Wednesday 22 May 2024

Trip 4H3M Ke Kuching, Sarawak

 
Trip 4H3M Ke Kuching, Sarawak

Ini merupakan kunjungan kali kedua saya ke Kuching, Sarawak. Sembilan tahun lalu iaitu pada Mei 2015, saya ke Kuching bagi memenuhi hasrat emak melawat adik saya yang ketika itu menetap di Betong.

Kunjungan kali ini pula bertujuan menikmati khazanah alam semula jadi dan budaya tempatan. Terlalu banyak tempat menarik untuk dikunjungi, tetapi saya harus memilih tempat tertentu sahaja untuk dimasukkan dalam itinerari atas faktor kekangan masa dan tenaga.

Saya catatkan ringkasan dan kos trip ke Kuching untuk tujuan rekod dan rujukan sendiri pada masa akan datang.

Dalam trip kali ini juga telah berlaku beberapa hal yang mengganggu kelancaran perjalanan dan rancangan yang telah dibuat. Apa pun, setiap yang berlaku pastinya ada hikmah sama ada kita sedar atau tidak. Yang pasti, semuanya menambah pengalaman hidup.


*************************************************

RINGKASAN TRIP KE KUCHING, SARAWAK
17 - 20 MEI 2024 | 4 HARI 3 MALAM

Hari Pertama | Jumaat 17 Mei 2024
  • Penerbangan menaiki pesawat Firefly dari Pulau Pinang ke Kuching mengalami kelewatan penerbangan (flight delay), sepatutnya berlepas pada pukul 10.10 pagi tetapi pesawat berlepas pada pukul 11 pagi.
  • 12.40 tengah hari - tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).
  • Sebuah beg (check-in baggage) didapati telah diselongkar dan ada satu barang hilang. Laporan dibuat di kaunter Firefly.
  • Ambil kereta sewa di luar balai pelepasan dan menuju ke hotel penginapan - Dormani Hotel.
  • Selesai urusan daftar masuk di Dormani Hotel, kami ke restoran Dapur Melanau bagi mencuba hidangan tradisional masyarakat Melanau.
  • Balik ke hotel penginapan untuk berehat dan solat.
  • 6.30 petang - keluar menikmati suasana malam bandaraya Kuching.
  • Ziarah dan solat Maghrib di Masjid India @ Masjid Terapung Kuching.
  • Jalan-jalan di sekitar Kuching Waterfront - menikmati pemandangan malam Sungai Sarawak dari Jambatan Darul Hana dan menyaksikan pertunjukan air pancut berirama (Darul Hana Musical Fountain).
  • Makan malam di RJ Cafe.

Hari Kedua | Sabtu 18 Mei 2024
  • Sarapan di Kopi-O Corner.
  • Daftar keluar Dormani Hotel.
  • 8.50 pagi - ke Terminal Bot Bako (jarak 28 km, 35 min)
  • 10.35 pagi - naik bot ke Taman Negara Bako. Lewat gerak sebab tunggu hujan teduh.
  • 10.55 pagi - tiba di jeti taman negara.
  • Jalan-jalan di sekitar Park HQ. Dapat tengok ular kapak, monyet belanda dan kubong.
  • 12.15 tengah hari - makan tengah hari di Kerangas Cafe.
  • 1 tengah hari - eksplorasi hutan melalui Trail No. 5 Teluk Pandan Besar.
  • 3.45 petang - selesai eksplorasi hutan.
  • 4 petang - daftar masuk penginapan taman negara. Rehat dan solat.
  • 7.40 malam - makan malam di Kerangas Cafe.
  • 8.05 malam - aktiviti berjalan malam (night walk) secara berkumpulan.
  • 10 malam - balik ke penginapan.

Hari Ketiga | Ahad 19 Mei 2024
  • 8.30 pagi - sarapan di Kerangas Cafe.
  • 9.15 pagi - eksplorasi hutan melalui Trail No. 2 Teluk Delima.
  • 9.55 pagi - selesai eksplorasi hutan.
  • 11 pagi - daftar keluar penginapan taman negara.
  • 11.45 pagi - terpaksa tumpang bot yang dinaiki pelancong asing sebab bot yang ditunggu tak muncul dan diganggu sekumpulan monyet yang agresif di jeti.
  • 12.30 tengah hari - makan tengah hari di gerai terminal bot.
  • 12.45 tengah hari - bergerak ke Fairy Cave/Gua Pari-Pari di Bau (jarak 65 km, 1jam 30 min).
  • 2.25 petang - eksplorasi gua bermula.
  • 3.50 petang - selesai eksplorasi gua.
  • Kembali ke bandaraya Kuching.
  • Makan di King Laksa Sarawak, Metrocity.
  • 6.30 petang - daftar masuk di Amamas Boutique Hotel.
  • Malam - berehat.

Hari Keempat | Isnin 20 Mei 2024
  • Encik Suami alami kecederaan pada kaki kiri - kaki terpelecok ketika eksplorasi hutan pada hari Sabtu, tapi pagi Isnin baru terasa sangat sakit sampai susah nak berjalan.
  • Maka semua rancangan pada hari ini dibatalkan.
  • 9.10 pagi - Encik Suami jumpa doktor di Klinik Perdana (berhampiran dengan hotel penginapan). Doktor beri dua suntikan - satu di kaki dan satu di lengan. Selepas beberapa jam, hilang rasa sakit dan boleh kembali berjalan.
  • Sarapan di King Laksa Sarawak.
  • 12.15 tengah hari - daftar keluar hotel penginapan.
  • Ke Kek Lapis Warisan Sdn Bhd - beli oleh-oleh dan tengok demo penghasilan kek lapis.
  • Ziarah dan solat di Masjid Jamek Negeri Sarawak.
  • Makan tengah hari di Moms Laksa.
  • 4 petang - tiba di lapangan terbang. Pulang kereta sewa di tempat sama ketika ambil.
  • 6.40 petang - penerbangan pulang ke Pulau Pinang menaiki pesawat Firefly.
  • 9.30 malam - perjalanan pulang ke Perlis.
  • Selamat sampai rumah sebelum pukul 12 tengah malam.


KOS TRIP KE KUCHING, SARAWAK
4 HARI 3 MALAM | DUA ORANG

Pengangkutan :
  • Penerbangan pergi-balik PEN-KCH menaiki Firefly - RM921.32
  • Caj parkir kereta di lapangan terbang Pulau Pinang - RM127
  • Sewa kereta Axia di Kuching - RM345
  • Minyak kereta Axia - RM41
  • Bot pergi-balik Taman Negara Bako - RM100
  • Kupon letak kereta bandaraya Kuching - RM5.40
Penginapan :
  • Dormani Hotel - RM62.86
  • Taman Negara Bako - RM50
  • Amamas Boutique Hotel - RM113
Makan :
  • RM339.75
Bayaran masuk / permit :
  • Permit Taman Negara Bako - RM20 (RM10/orang)
  • Bayaran masuk Fairy Cave - RM2 (RM1/orang)
Bayaran aktiviti :
  • Night walk - RM30 (RM15/orang)
Oleh-oleh :
  • Kek lapis dan keropok dabai - RM182
  • Keychain - RM10
Rawatan :
  • RM399
TOTAL PERBELANJAAN :
RM2,748.33


Alhamdulillah selesai satu trip alam semula jadi yang ada dalam wish list saya iaitu Taman Negara Bako. InsyaAllah kami akan datang lagi kerana masih banyak tarikan alam semula jadi yang masih belum sempat kami kunjungi. Juga Taman Negara Bako yang masih belum habis kami terokai.

InsyaAllah catatan lanjut berkenaan trip ini pada entri seterusnya 😊






.

22 comments:

  1. Wah.. ada di kuching rupanya.. mahal jugak rawatan tu dkt nk 400 kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi jalan-jalan tempat Mim 😁

      Mahal sebab injection apa entah namanya. Tapi berbaloi sebab petang tu dah tak sakit, boleh jalan elok.

      Delete
  2. Seronoknya, doakan ada rezeki saya sekeluarga ke Kuching juga nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah moga ada rezeki Syaz sekeluarga ke Kuching 😊

      Delete
  3. kami x pernah ke sabah n sarawak... semenanjung dah semua negeri kami lawat.. insyaAllah suatu hr nnti akn ke sana pula.. boleh jadikan entry ni sbg rujukan.. :)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah moga ada rezeki untuk Lady sekeluarga 😊

      Delete
  4. Mesti rasa takut sangat diganggu monyet.
    Nasib baik kaki terpelecok itu tidak sakit lepas jumpa doktor.
    Hehe puas makan laksa Sarawak di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang takut, monyet-monyet tu garang.

      Tak sangka sebenarnya, dengan suntikan boleh elok cepat kaki. Alhamdulillah ke klinik yang ada rawatan sesuai.

      Sesekali sampai, kita cuba laksa Sarawak berkali-kali 😀

      Delete
    2. kalau ke bako NP tu mmg scary... monyetnya liar & nakal... kami dlu pernah kena selongkar bilik oleh monyet² ni... belum lg babi hutan suka lalu-lalang depan cafe

      Delete
  5. sronok trip ke kuching...saya ke kuching urusan kerja dpt la merasa jln2 seketika sambil kerja....nasibaik sakit kaki encik suami tu tk melarat ye dh nk ujung2 time percutian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...Syukur juga kaki sakit teruk tu masa hari last. Program hari tu jelah yang tergendala.

      Delete
  6. satu2 negeri yang saya belum pernah sampai..InsyaAllah 1hari nanti teringin nak jejak kaki ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah moga ada rezeki Afzan sekeluarga 😊

      Delete
  7. Tak sabar Sy nak baca coretan setiap tempat/aktiviti ni, khususnya Taman Negara Bako tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pengalaman yang sangat menarik di taman negara. Dapat kenal pelbagai hidupan liar depan mata.

      Delete
  8. Kakak saya yang di Kuching selalu ajak saya pergi join event lari sana. Entah bila akan tercapai. :)
    Macam-macam yang berlaku ye, Ujie. Beg boleh kena selongkar, suami terseliuh tapi nasib baik ok, trip masuk taman negara mesti best. Tak sabar nak dengar cerita selanjutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak berlaku drama kali ni. Banyak juga pengajaran yang boleh diambil.

      Alhamdulillah best trip taman negara, rasa tak puas sebab tak dapat explore semua trail yang ada.

      Delete
  9. zhi tak pernah sampai sarawak.. 1 negeri ni je x pernah sampai.. ahha .. thank you for sharing.

    ReplyDelete
  10. Jauh Ujie berjalan kali ni. Sy pun lama tak ke Sarawak, memang dah tak ada angan² lagi nak ke sana, hihi.

    ReplyDelete
  11. Terlepas dari koper yg dibongkar , dan kaki suami terseliuh pula, tapi Alhamdulillah lain2nya lancaaar ya kak. Sabah Serawak ini salah satu bucketlist saya yg blm kesampaian hingga sekarang. Tiap ke Malaysia selalu saja KL Penang. Nak juga kapan2 ke wilayah Malaysia yg lain

    ReplyDelete
  12. menarik!! travel ke Sarawak melihat alam semula jadi..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****