Cerita hari Ahad lalu, kami tuai buah mangga harumanis buat kali ketiga. Sepatutnya dah boleh tuai berkali-kali buah yang matang (sesuai dituai), tetapi Encik Suami agak sibuk dengan kerjanya sampai tak ada masa nak melayan pokok di belakang rumah.
Saya pulak tak rajin nak buat sebab perlu berperang dengan kumpulan kerengga yang berkampung di pokok mangga harumanis. Jadi tunggu sajalah bila Encik Suami ada kelapangan untuk menuai buah harumanis.
Tak mudah kerjanya, Encik Suami perlu menggunakan tangga bagi menuai buah yang berada pada kedudukan tinggi. Dalam masa yang sama, perlu berperang dengan kerengga dan juga nyamuk yang banyak. Sekarang ni di sini kerap hujan, rumput cepat meninggi dan banyak nyamuk.
Buah mangga harumanis kami ni cuma sedikit yang berbungkus di pokok, yang lainnya dibiar begitu saja sebab tak mampu nak berlawan dengan tentera kerengga. Secara teorinya, pokok yang banyak kerengga akan kurang serangan serangga pada buah. Cuma kesannya apabila tak dibalut, rupa luaran buah jadi tak elok. Tapi tak mengapa sebab bukan untuk dijual. Lepas habis buah nanti bolehlah dipangkas dahan pokok supaya rendang, mudahlah nak bungkus dan tuai buahnya pada musim akan datang.
Punyalah ‘rajin’ menuai, sampaikan buah dah termasak di pokok 😆. Buahnya berbau harum menandakan ia dah sesuai di makan. Yelah memang dah kuning sangat warna kulitnya. Isinya elok tak rosak, rasanya sedap manis tetapi tahap masak isi buah tidak sekata. Ada bahagian yang sedang elok masak dan ada bahagian yang lembik. Sebab itulah, buah mangga harumanis perlu dituai ketika matang dan kemudian diperam supaya isinya masak sekata. Barulah sedap dimakan.
Hasil tuaian yang elok kali ini - 29 biji semuanya. Yang lain dibuang kerana buah sudah rosak dan ada juga yang gugur ke tanah sebelum buah matang. Ada juga yang tak dapat dituai kerana kedudukannya sukar dicapai, apatah lagi dengan ancaman kerengga.
Ini antara buah mangga harumanis yang agak cantik rupa luarannya. Kalau kita bungkus buah mangga harumanis dengan menggunakan pembalut warna coklat (ada lapisan karbon), kulit buah akan jadi warna kuning/hijau muda begini. Tapi saya pun tak pasti buah dalam foto ini hasil yang dibalut atau tidak.
Close-up hasil tuaian kali ini. Ada penampakan kerengga di situ 😄
Setakat ini, kira-kira 60 biji buah mangga harumanis sudah berhasil dituai dari dua batang pokok. Tetapi antara dua batang pokok mangga harumanis tersebut, hanya sebatang pokok sahaja yang banyak menghasilkan buah manakala sebatang lagi sekadar beberapa biji buah mangga yang terhasil. Begitulah, bersebelahan tetapi hasilnya jauh berbeza.
Alhamdulillah atas rezeki kurniaan-Nya.
.
syoknya kak boleh petik buah pokok sendiri harum manis pula tu..menjadi betul buahnya ye
ReplyDeleteRezeki tak diduga, dapat pokok segera 😄
DeleteTapi lepas beberapa hari peram, ada buah yang busuk. Nampaknya memang wajib bungkus buah di pokok.
Nampak sedap buah harumanais tu kak...SA pi=un baru je habis buah harumanis tu baru ni hasil adik bawak dari perlis..mertua dia ada ladang harumanis..
ReplyDeleteAda ladang, tentu elok sedap buahnya tu.
DeleteSeronoknya banyak hasilnya. Kerengga ni memang kena berjaga2. Sekali masuk dalam baju dia menggigit. eiiii sakit....
ReplyDeleteTau tau sakit pedih 😄
DeletePuaslah makan harumanis itu.
ReplyDeleteKira suami Puan Ujie boleh 'bertahan' dengan kerengga itu.
Alhamdulillah tahun ni puas makan harumanis, tak putus stok sebab banyak jugak dapat harumanis orang beri.
DeleteSeronoknya ada pokok sendiri boleh tuai hasil.
ReplyDeletePaling seronok sebab tinggal tuai je, yang tanam orang lain 😅
DeleteAlhamdulillah banyak hasil tuaian tu. Tak perlulah Kak Ujie beli buah harumanis sebab ada pokok sendiri.
ReplyDeleteAda jugak kami beli sebab nak bawak balik kampung. Kalau harap pokok sendiri ni cuma sikit masa awal tuaian.
DeleteAlah, kalau tahu masa ke Perlis hari tu boleh singgah makan mangga. Untung2 boleh bawa balik.
ReplyDelete😁 sempat beli harumanis tepi jalan tak haritu?
Deleteseronok byk hasil tuaian harumanis....puas mkn tu
ReplyDeleteAlhamdulillah memang puas makan kali ni.
DeleteSyukur alhamudlillah...rezeki buah yang terbaik...Harumanis sangat popular dan menjadi idaman saya untuk mencuba...
ReplyDeleteInsyaAllah moga ada rezeki mrhanafi untuk mencuba.
DeleteAissssh mangga harumanis ini memang sesuai namalah. Kalo matang, harum dan maniiiis isinya 🤤🤤😍😍😍. Kalo utk dimakan sendiri, ini pun dah banyaaak ya kak. 👏👍👍
ReplyDeletewah.. saya tengah membayangkan saya sedang memetik buah dari pokok mangga di belakang rumah.. hehehe..
ReplyDeleteAlhamdulillah ldy berjaya juga makan buah ni tahun ni :D :D.. sedap yang amat...
ReplyDeleteEntah bila hendak merasa mangga harumanis. Moga ada rezeki suatu hari nanti.
ReplyDeleteAlhamdulillah, lebat berbuah 2 btg pokok...
ReplyDelete