Sunday, 5 May 2024

Pulut Sambal

Minggu lepas, tempat kerja Encik Suami mengadakan jamuan hari raya. Banyak juga lebihan makanan yang dibawa balik, antaranya kuih pulut sambal iaitu sejenis makanan tradisi Perlis.

Pulut sambal, kuih apa tu? Kalau kuih pulut inti (pulut dengan serunding kelapa manis yang dibungkus seperti bungkusan nasi lemak), saya pernah makan dan kurang gemar kerana rasa serunding kelapa yang manis.

Pulut Sambal Perlis
Kuih pulut sambal dibungkus dengan daun pisang berbentuk seakan piramid.

Pulut Sambal Perlis
Beginilah rupa kuih pulut sambal dalam bungkusan daun pisang.

Pulut Sambal Perlis
Pulut dengan serunding ikan. Awal tadi saya bayangkan ada sambal tumis warna merah sebab namanya ‘pulut sambal’. Rupanya sambal merujuk kepada serunding ikan. Tetapi bukanlah serunding ikan jenis kasar kering tu tau, ni serunding ikan jenis halus dan lembab dengan rasa yang menambat selera. Tak cukup makan satu bungkus, saya buka bungkusan kedua pula. Sekali cuba, terus saya suka!

Alhamdulillah dapat saya merasa sejenis lagi makanan tradisi di sini. Carian info mendapati kuih pulut sambal ini juga merupakan makanan tradisi di negeri Kedah.






.

16 comments:

  1. Comel pulut sambalnya. Memang sedap tu pulut makan dengan serondeng ikan.

    ReplyDelete
  2. kalau sambal kelapa digantikan dengan serunding... mungkin lebih sedap kot kan...

    ReplyDelete
  3. sy suka pulut sambal yg dalam daun mcm ni... aromanya sedap... tp kat sini sambalnya kelapa kering dgn udang kering, ada jugak pedas ada yg x... jaranglah jumpa sambal dr serunding manis mcm di sana

    ReplyDelete
  4. Apa saja asalkan pulut, memang saya pun suka :D

    ReplyDelete
  5. tk pernah mkn lg kuih pulut sambal...oh serunding ikan...mcm klate la panggil sambal daging ikutkan serunding daging la kalau org luar panggil

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap tu Kak Ujie.

    ReplyDelete
  7. Sedap, sedap! Saya pernah makan. Alamak, rindunya, lama tak jumpa pulut sambal.

    ReplyDelete
  8. sama!!!! baca tadi pulut sambal, dah terbyg sambal ikan bilis hehehe rupa nya serunding ye

    ReplyDelete
  9. eh yela Ana pun membygkan sambal merah hehehe

    ReplyDelete
  10. Sedap ni. Saya suka. Dulu pun fikir sambal tumis, rupanya bukan. Makan satu tak cukup ni. hihi...

    ReplyDelete
  11. setiap negeri ada kuih pulut masing-masing.. sedapnyaaa

    ReplyDelete
  12. sukaa..pulut makan dgn lauk pedas..

    ReplyDelete
  13. Itulah tengok tahun bayangkan sambal warna merah.
    Untung dapat cuba rasa bagaimana.

    ReplyDelete
  14. Serundeng kelapa yg dimakan dengan pulut, di sini juga ada, tp biasa tak dibungkus daun. Saya pun kurang suka Krn maniiis. Tp Krn biasanya makanan itu dipakai utk acara syukuran, mau tak mau kena makan, tp sedikiiit saja.

    Naah kalau isinya gurih Krn pakai serundeng ikan, mungkin saya suka

    ReplyDelete
  15. nampak sedap!
    kat sini mmg x jumpa laa pulut sambal ni
    kalau pulut inti tu ya ;-)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****