Tuesday, 30 April 2024

Mencuba Sajian Eksotik Kerabu Telur Belangkas

Lewat petang Jumaat lepas, saya dan Encik Suami jalan-jalan cari makan di Kuala Perlis. Ada banyak pilihan restoran makanan laut di sini. Kami pun tak tahu mana satu yang sedap dan harga berpatutan, terus saja pilih mana-mana restoran yang nampak agak meriah. Kami ke Restoran Nyiru Klasik Ikan Bakar.

Pesanan dibuat secara layan diri - pergi ke bahagian hadapan restoran, pilih serta timbang makanan laut yang kita mahu, kemudian pilih jenis masakan.

Sajian eksotik KERABU TELUR BELANGKAS merupakan antara menu yang kami pilih. Eh, sebenarnya pilihan Encik Suami yang bersungguh nak saya mencuba makan menu belangkas. Seumur hidup memang saya tak pernah makan belangkas, berbeza dengan Encik Suami yang pernah makan sebelum ini.

Sajian Eksotik Kerabu Telur Belangkas
Beginilah rupa sajian eksotik - kerabu telur belangkas. Foto sudut pandang dari atas. Rupa bentuk belangkas agak menakutkan bagi saya, mungkin sebab tak biasa.

Sajian Eksotik Kerabu Telur Belangkas
Kerabu mangga diletakkan di atas telur belangkas.

Sajian Eksotik Kerabu Telur Belangkas
Begini rupa telur belangkas, bentuk bulat bersaiz kecil.

Bagaimana rasa sajian eksotik ini? Menurut saya, rasanya biasa saja tanpa ada rasa pelik atau rasa tak sedap. Lagi pula telur belangkas ini saya makan bersama kerabu mangga, jadi lebih kepada rasa sedap kerabu mangga. Tekstur telur belangkas ni pula agak kenyal.

Nak makan lagi atau tidak? Err…cukup sekali ini. Saya boleh makan sekadar untuk mencuba, tapi ia bukan makanan yang sesuai dengan cita rasa saya. Menurut Encik Suami pula, belangkas yang kami makan ni terdapat sedikit bau hanyir berbanding yang pernah Encik Suami makan sebelum ini lebih menyelerakan.

Sajian ini berharga RM40.






.

22 comments:

  1. Saya biasa makan telur belangkas. Apabila musim belangkas bertelur banyak pasangan belangkas terdampar di tepi laut. Kami kutip berkarung-karung. Bawa pulang dan panggang, ambil telurnya dan cecah air asam. Tidak ada bau hanyir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah menarik pengalaman kak Amie.
      Itulah…yang suami saya makan sebelumnya tak bau hanyir. Mungkin ada silap cara proses, jadi yang ni sedikit hanyir.

      Delete
  2. Saya pun tak pernah mencuba lagi belangkas. Sama la kita Kak Ujie, saya pun rasa rupa belangkas tu agak menakutkan 😅 Mahal jugak ye hidangan kerabu telur belangkas tu, agaknya sbb ikut timbang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga makanan laut lain ikut berat, kena timbang. Tapi untuk belangkas ni dia kira seekor. Kalau bakar RM35, ni tambah kerabu jadi RM40.

      Delete
  3. Kerabu Telur Belangkas woww mesti sedap. First time dengar. Pernah makan menu Telur Belangkas di Kota Tinggi, sedap2 semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau minat, mungkin sedap.
      Saya boleh makan setakat mencuba 😄

      Delete
  4. xpernh cube mkn telur belangkas atau ibunye... tak dpt nk telan... huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba dulu Lady, baru tau boleh telan ke tak 😀

      Delete
  5. Kalau kali pertama mesti perlukan keberanian untuk cuba.
    Macam mana bersedia daripada mental dan fizikal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab ada perasaan ingin tahu yang tinggi. Nak tahu apa rasanya, kenapa ada orang suka makan. Lagi pulak, saya rasa rugi kalau tak mencuba kepelbagaian jenis makanan yang ada 😄

      Delete
  6. Sy belum pernah makan belangkas atau telurnya. Tapi kalau telur ikan, telur sotong tu favorite.
    Bagus PU berani mencuba 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin nak tahu rasanya, cuba jugaklah 😀

      Delete
  7. saya pun tak pernah makan telur belangkas...tak berani nak makan sebab pernah dengar cerita ada yang pening lepas makan belangkas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo..akak tak tau apa, maka dengan yakin mencuba 😄

      Delete
    2. Kalau rasa pening lepas makan belangkas maknanya termakan tahi belangkas (kadang-kadang tahi ada bersama telurnya).

      Delete
  8. tk pernah mkn belangkas...oh begitu rupa telurnya

    ReplyDelete
  9. boleh tahan harganya ye kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya sebab makanan eksotik dan ada musim tertentu saja. Itu jadi mahal.

      Delete
  10. Sy pun pernah mkn sekali... bila pegi ke kampung² masa urusan rasmi x manis pulak x merasa apa yg orang kpg hidangkan... tp cukuplah sekali je mkn, pening pulak lepas mkn.. hihihi

    ReplyDelete
  11. Agak mirip dengan telur ikan yg sering dipakai di restoran sushi ya kak? Saya tak terlalu suka telur ikan. Termasuk yg sering ada di sushi itu. Bulat2 kecil macam di atas. Krn pernah dapat yg baunya hanyiiir. Sejak itu macam trauma nak makan 😅

    ReplyDelete
  12. Saya pula terbayangkan predator kalau tengok belangkas ni. hihi...Saya tak berani nak cuba makanan exotic ni. Orang dah biasa makan of course suka dan dapat bezakan hanyir atau tidak. Harga boleh tahan juga ye.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****