Friday 10 May 2024

Harum Mewangi

Antara pokok yang terdapat di sekitar rumah saya - pokok limau kasturi dan pokok daun kari. Baru-baru ini saya perasan kedua-dua pokok sedang galak berbunga. Seronok rasanya melihat pokok berbunga lebat walaupun bukanlah saya yang menanamnya 😁. Semuanya hasil usaha penghuni rumah terdahulu.


Harum Mewangi | Bunga Pokok Limau Kasturi
Sejak berpindah ke sini, ini merupakan kali kedua saya menyaksikan pokok limau kasturi ini berbunga lebat. Kali pertama pada penghujung bulan Disember 2023. Kemudian ia menghasilkan buah limau kasturi yang cukup lebat sampai tak termakan oleh kami berdua, terbiar kekuningan di pokok. Walaupun banyak juga saya ambil untuk dicampur jusnya dalam minuman/masakan dan ada juga jiran datang ambil, masih banyak buah yang terbiar tidak dituai sehingga berguguran ke tanah.

Sekarang ni buahnya tinggal sedikit dan pokok limau kasturi kembali berbunga. Bunganya berbau harum, belum datang dekat dengan pokok pun dah boleh tercium aromanya. Pokok limau kasturi ini di tanam di laman depan rumah. Dulu sewaktu kali pertama saya tercium aromanya, saya tercari-cari pokok apa yang berbau wangi.

Bunga pokok limau kasturi
Bunganya berwarna putih.

Bunga pokok limau kasturi
Lebat putik dan bunganya.

Bunga pokok limau kasturi
Seekor kumbang bersaiz besar kelihatan sibuk terbang ke sana sini. Harapnya ia cuma kumbang penghisap madu bunga, bukan kumbang perosak. Saya tak pandai membela pokok, apa lagi nak kenal perosak dan masalah lainnya.


Harum Mewangi | Bunga Pokok Daun Kari
Pokok daun kari ini terletak di kawasan belakang rumah. Kebetulan pula, akhir-akhir ini saya jarang ke belakang disebabkan tak berani nak meredah rumput yang semakin tinggi sejak berakhirnya musim panas kering. Tetapi baru-baru ini saya redah juga sewaktu melakukan aktiviti ‘morning walk’.

Belum pun sampai dekat dengan pokok daun kari, deria saya dah terhidu bau harum yang menyegarkan. Rupa-rupanya pokok daun kari yang tempohari (sewaktu musim panas kering) kelihatan hampir mati kekeringan, kini sudah berubah rupa. Pokoknya segar, daun menghijau cantik, lebat berbunga dan banyak sungguh anak pokok tumbuh di kelilingnya. MasyaAllah!

Bunga pokok daun kari
Bunga pokok daun kari berwarna putih, bersaiz kecil dan berbau harum. Aromanya cukup menyegarkan! Berbeza sungguh bau bunga dengan daunnya yang kita gunakan dalam masakan.

Bunga pokok daun kari
Pokok daun kari ini bukan saja meriah dengan bunga, tetapi meriah juga dengan kehadiran pelbagai jenis serangga.

Bunga pokok daun kari
Dah macam tanam pokok bunga pulak, cantik penuh dengan bunga.

Saya nampak ada juga buah pokok daun kari ni, sudah bertukar warna hitam. Biji dalam buah tersebut boleh dijadikan benih pokok daun kari. Mungkin sebelum ni ada banyak buahnya, tetapi sudah dimakan burung. Kalau nak tengok rupa buah pokok daun kari yang masih berwarna kemerahan, boleh lihat di entri INI.

Alhamdulillah atas segala rezeki kurniaan-Nya.






.

37 comments:

  1. jarang nak jumpa bunga2 pokok tu kan kak..ke saya je yang tak pernah jumpa hehe
    sy 1st time tengok bunga pokok limau dengan pokok kari ni,indahnya ciptaan Illahi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok daun kari tu memang jarang jumpa berbunga, akak pernah tanam sendiri dulu pun cuma sekali je berbunga.

      Delete
  2. debunga wangi...cantikk..suka tengok kumbang & rama-rama diatas bunga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tambah berseri bunga dengan kehadiran serangga 😀

      Delete
  3. kan. sukaa wangi baunya
    limau kasturi sentiasa berbunga cuma pokok kari ni je byk musohnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo..sentiasa berbunga ya. Mungkin sebelum ni bunga limau kasturi ni tak banyak, jadi saya tak perasan 😄

      Delete
  4. Cantik bunga putih tu 🥰 Seronoknya pagi-pagi menikmati view alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah segar mental fizikal dapat tengok indah alam 😊

      Delete
  5. pokok daun kari berbunga putih gitu cantik..nk plak ada rama2

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah. Suka tengok kehijauan macam ni. Tenang je.

    ReplyDelete
  7. dekat rumah saya ada pokok daun kari, sekali pun tak pernah tahu pokok daun kari boleh berbunga sebab pokok rumah saya tu tak pernah berbunga. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni pujuk dia suruh berbunga ya 😁

      Delete
  8. pokok daun kari kat rumh ana selalu diseranggg serangga! geramm betul lah ha~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok rumah akak ni pun ada ulat..eeeuw. Cuma mujur setakat ni pokok belum togel dikerjakan ulat.

      Delete
  9. Saya baru melihat jenis bunga ini
    cantik juga ya,warnanya juga apik

    ReplyDelete
  10. Cantik hasil potretnya. Saya suka bau bunga limau kesturi tu. Baunya harum betul. Bunga kari tu sangat jarang berbunga. Pernah juga ambil gambar dulu sebab teruja pertama kali tengok. Pokok yang hidup di tanah terus ni memang subur betul kan. Hidup sihat je. Kalau di taman, tanam dalam pasu dijaga rapi pun kadang tak menjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fiza 😊

      Yelah kan...tanam di tanah ni lebih subur. Walaupun akak tak rajin membela dia. Siram pun kadang-kadang je 😄

      Delete
  11. Pertama kali juga tengok bunga kari.
    Nasib baik hidup ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...terkejut tengok pokok bertukar rupa 😁

      Delete
  12. First time tgk pokok kari berbunga. Seronok tengok pokok limau kasturi yg ditanam subur dan berbunga, tak lama lagi mesti meriah dengan buahnya pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya...seronok walaupun bukan akak yang tanam 😅

      Delete
  13. Ya Allah beruntung sangaaat kak. Pohon limau kasturi dan daun kari lebat yaaa. 2-2 nya memang penambah sedap masakan dan sambal 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...rezeki dapat pelbagai pokok 'segera' 😄

      Delete
  14. Subur pokok kari Ujie, keluar bunga.
    Nanti saya nak cium bunga pokok limau kasturi kat rumah ni. Saya tak pernah bau pun. Mungkin bau dia tak berapa kuat, dan bunga pun tak berapa banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah tu Nur, mungkin bau tak kuat sebab bunga tak banyak.

      Delete
  15. Tapi harum2 pun boleh menyeramkan juga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak tau, mungkin seram. Dah tau...bahagia kalau tercium baunya 😊

      Delete
  16. lady tak pernah tengok bunga dari pokok kari.. xsempat berbunga dah dimakan daunnye.. terbantut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah moga nanti ada rezeki Lady pulak tengok bunga pokok daun kari.

      Delete
  17. kalau dah nama kumbang and serangga tu mmg pantang jumpa bunga! kompem nak hinggap punyalah!

    ReplyDelete
  18. Meriah berbunga semuanya sebab musim panas agaknya.

    ReplyDelete
  19. Kadang faktor tanah dan faktor cuaca juga tanaman nampak subur

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****