Lewat petang semalam (Rabu, 3 April 2024), saya dan Encik Suami memulakan perjalanan dari rumah Perlis menuju ke Putrajaya. Permusafiran pertama kami dalam bulan Ramadan kali ini. Awalnya saya dah rasa lega sebab Ramadan kali ini tak perlu bermusafir jauh. Tak sangka pulak dah hujung puasa begini terpaksa jugak bermusafir atas tuntutan kerja Encik Suami.
Kami bawa bekal minuman air kosong dan air Ribena sejuk sebagai persediaan buka puasa dalam kereta. Kemudian kami keluar di tol Bertam/Kepala Batas untuk makan. Ada banyak pilihan tempat makan di sini, kenderaan kami berlegar seketika sebelum berhenti parkir di sebuah kedai makan yang nampaknya meriah dengan pelanggan.
Pengalaman pertama saya berbuka di luar (bagi Ramadan kali ini). Saya pesan mi bandung dan neslo ais, pilihan Encik Suami pula bihun tomyam dan limau ais. Alhamdulillah sedap memuaskan selera, kecuali neslo ais rasa terlebih manis. Itu silap saya sendiri lupa pesan kurang manis. Insya Allah lain kali bolehlah singgah makan di kedai ni lagi.
Tengah makan, saya perasan ada kedai BumbleBee di situ. Teringin pulak nak mencuba buat kali pertama bila dah ada depan mata dan mungkin dek nafsu orang berpuasa 😄. Ada pilihan aiskrim atau aiskrim yogurt. Saya peminat yogurt, jadi saya pilih aiskrim yogurt cawan paling kecil. Cawan paling kecil boleh pilih mana-mana satu jenis topping, perasa mangga menjadi pilihan saya. Bagaimana rasanya? Nampaknya tak menepati cita rasa saya kerana kurang rasa masam yogurt (saya suka rasa masam) dan topping perasa mangga yang terlampau manis. Lain orang lain cita rasanya, kenalah cuba sendiri ya.
Pemanduan pada waktu malam tanpa persediaan tidur waktu siang memang sangat mencabar. Sekitar pukul 11.35 malam kami berhenti di Hentian Sebelah Simpang Pulai bagi melelapkan mata. Enjin kereta dimatikan, tingkap di kedua-dua belah dibuka sedikit bagi tujuan pengudaraan. Sekejap saja dah terdengar bunyi dengkuran kecil Encik Suami di tempat duduk pemandu. Saya pulak cuma mampu tidur-tidur ayam, sekejap buka mata memerhati kenderaan di kanan dan kiri silih berganti dan kemudian terlelap seketika.
Sekitar pukul 12.10 tengah malam barulah kami menyambung perjalanan setelah menyegarkan diri dengan minuman yang dibeli di kedai stesen Petronas dan ke tandas.
Alhamdulillah kami selamat tiba di hotel penginapan The Everly Putrajaya sekitar pukul 2.45 pagi, setelah menempuh jarak perjalanan kira-kira 530 km dengan tempoh masa 8 jam 45 minit.
Secara keseluruhannya, perjalanan malam tadi di Lebuhraya Utara-Selatan adalah lancar walaupun terdapat beberapa kemalangan melibatkan kenderaan berat. Tiada kerja-kerja baik pulih jalan dan kurang kenderaan. Cuma sesekali terasa seram bila melalui laluan mencabar seperti laluan sebelum dan selepas terowong Meru dengan kenderaan berat di sebelah, di depan dan di belakang kita 😅. Masuk tandas dan surau hentian pun lengang je, kawasan parkir hanya dipenuhi kenderaan berat. Mungkin sebab tengah minggu dan bulan puasa, orang kurang melakukan perjalanan.
.
Alhamdulillah selamat tiba di hotel.
ReplyDeleteBagus juga musafir pada jari biasa sebab kalau sesak lagilah rasa lagi tidak selesa untuk gunakan kawasan R&R.
Betul. Ni lengang, tandas pun bersih je selesa nak guna.
DeleteJauh bermusafir tu kak, dekat 9 jam lamanya. Mi Bandung ni susah betul nak dapat sama macam mi bandung Johor. Minuman atau makanan manis, agak patah selera nak habiskan. Lewat jugak check in tu. Mesti penat ya amat.
ReplyDeleteKalau ikut anggaran Google Maps terus je dalam 6 jam lebih. Tapi ni berhenti makan/tandas/solat/tidur bagai dan kadang drive slow tak nampak sangat waktu malam. Jadilah dekat 9 jam 😅
DeleteDah duduk jauh ni jarang dapat balik Johor, akak beli sesiap pes mi bandung muar. Bila² teringin, buat sendiri. Tapi tetap rasa yang kat kedai Johor lebih sedap 😀
jauhnya bermusafir kak...kalau SA confirm sakit- sakit badan tu...mee bandung tu nampak sedap...SA dah la pencinta mee bandung
ReplyDeleteKalau dulu memang biasa sakit badan lepas jalan jauh. Tapi sejak amalkan vitamin fish oil, Alhamdulillah jarang sakit badan atau letih melampau.
DeleteSA balik JB bolehlah selalu makan mi bandung kan..😁
raya mana tahun ni kak?
ReplyDeleteInsyaAllah balik kampung akak dulu di Pontian, lepas tu baru ke kampung suami. Daerah sebelah² je 😁
DeleteAlhamdulillah selamat tiba di hotel. Sedap Mee dan ice cream yogurt tu. Kami Alhamdulillah suami cuma sekali je urusan kerja di KL. Bulan puasa kurang suka travel. Moga dipermudah kan perjalanan balik nanti. Take care.
ReplyDeleteItulah..dok doa janganlah kena travel bulan puasa. Letih lebih dan kadang tak dapat buat tarawih.
DeleteTerima kasih doanya. Alhamdulillah dah sampai rumah Perlis dalam pukul 1.30 pagi tadi 😅
Alhamdulillah selamat semuanya.
ReplyDeleteMmg penat drive malam², sbb tu kami prefer perjalanan siang. Mengantuk pun sama :)
Samalah kami tak suka travel malam sebab susah drive mata rabun silau tinggi. Tapi selalu terpaksa meredah malam sebab urusan kerja.
DeleteIni buat uncle pun nak try BumbleBee tu lah....
ReplyDeleteTak cuba tak tau kan...cubalah 😁
Deletemungkin sebab bukan hujung minggu kak sebab tu lenggang je, so nnti akak akan balik kg terus la ye? takkan nk balik penang lagi kan hhehehhe
ReplyDeleteTak Dana. Ni dah selamat balik utara semula 😄. Suami masih ada kerja nak dibereskan.
DeleteSeronok jika kurang kenderaan di jalan tapi ada jugak rasa seram terutama bila lalu di tempat sunyi. Lagilah kalau di sebelah utara tu kiri kanan masih hutan lagi, kan. Terliur plak tengok mee bandung tu agaknya pasal tengah puasa, hehehe.
ReplyDeleteHutan Banjaran Keledang (area terowong), memang seram sikit bila lalu waktu malam 😄.
Deletedi kesempatan ini, ldy nk ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Lady 😊
DeleteJauh perjalanan tu. Kalau saya pun tidur tidur ayam je. Kejap2 terjaga kalau kereta sebelah parking ke, bercakap ke......driver sebelah kejap je dah lena....
ReplyDeleteKalau perginya masih beberapa hari sebelum lebaran, memang lah masih sepi yaa. Orang belum banyak mudik. Saya rindu road trip sebenarnya 😄. Tapi memang belum ada waktu lagi.
ReplyDeleteExit Bertam tu teringat perjalanan kami balik KL weekend baru ni...15 jam...Tapi makanan dia nampak sedap la
ReplyDelete