Sunday, 2 April 2023

Malam Ramadan di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur

Sambungan catatan Ramadan di KL. Sebelah petangnya saya dan encik suami sempat ke bazar Ramadan. Waktu malam pula kami berpeluang solat isyak dan solat sunat tarawih berjemaah di Masjid Jamek Kampung Baru.

Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur
Suasana di dalam masjid. Ruang masjid pula terasa lebih lapang kerana tiada tabir pemisah antara jemaah lelaki dan perempuan.

Menariknya di sini, terdapat beberapa skrin besar bagi menyampaikan maklumat kepada para jemaah. Menerusi paparan di skrin, saya dapat menyaksikan suasana berbuka di sini. Selain menyediakan agihan percuma bubur lambuk selepas solat asar (kami tak sempat ambil), pihak masjid turut menyediakan hidangan berbuka puasa untuk 500 orang.

Solat sunat tarawih di sini dibuat sebanyak 20 rakaat. Kira-kira pukul 9.45 malam, kami berhenti selepas 8 rakaat. Tak boleh nak berlama lagi, esok nak bangun sahur dan perlu bertolak ke Perak sebelum pukul 7 pagi.

Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur
Suasana di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru, KL. Ramai juga yang berhenti dan keluar selepas 8 rakaat, macam kami 🤭. Tapi tak salah ya, solat tetap sah walau tak ikut imam sampai habis. Masing-masing ada urusan hidup yang perlu diselesaikan, terutamanya mereka yang perlu keluar bekerja awal pagi.

Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur
Saya mendongak ke langit. MasyaAllah, cantiknya bulan! Siap ada sebuah planet berdekatan bulan. Bukan saya seorang je yang sibuk merakam keindahan langit, ada beberapa orang berhampiran saya turut teruja seperti saya. Sempat saya berbual ringkas dengan seorang jemaah perempuan, menurut beliau dah beberapa malam bulan bersinar cantik pada kedudukan begini.

Kalau dulu saya fikir semua butiran kecil yang bersinar di langit tu adalah bintang. Tapi selepas mengikuti FB FalakOnline, saya jadi lebih peka apa yang ada di langit. Barulah saya faham bahawa - bintang berkerlip (dengan kerlipan tak sekata), manakala planet pula bersinar tanpa kerlipan. 

Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur
Kedudukan masjid dan Hotel Tamu (bangunan tinggi di sebelah kiri foto). Dekat je, cuma cabarannya nak melintas dua kali di jalanan yang agak sibuk. Boleh gunakan lampu isyarat untuk melintas jalan, tapi kena hati-hati sebelum melintas sebab ada kenderaan yang tak memerhati lampu isyarat.

Kampung Baru, Kuala Lumpur
Panorama malam di Kampung Baru, sebuah penempatan unik dengan kawasan rumah kampung masih berdiri teguh dikelilingi bangunan pencakar langit. Perkampungan di tengah hutan konkrit. Foto dirakam dari jendela penginapan kami di aras 26, Hotel Tamu.

Alhamdulillah…dapat juga saya menunaikan solat sunat tarawih berjemaah di masjid buat kali pertama sejak pandemik melanda pada awal tahun 2020. Bagusnya bila solat berjemaah di masjid, saya jadi auto rajin untuk menunaikan solat sunat rawatib (solat sunat yang mengiringi solat fardu - qabliah & ba’diah). Kalau di rumah…hmm, jarang-jarang 😬







23 comments:

  1. Cantik gambar bulan. Baru beza sinaran bintang atau planet di langit. Tq kongsi ilmu baru.
    Semoga ada rezeki Puan Ujie untuk dapat bubur lambuk Kg Baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama NA.

      Aamin..tak dapat tahun ni, kot ada rezeki tahun akan datang. Tahun lepas sempat ambik sekali.

      Delete
  2. Sayang tak sempat ambik bubur lambuk Kampung Baru. Memang sedap sangat bubur lambuknya, walaupun dah bertahun2 tak makan masih lagi ingat kesedapannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah makan sekali, tahun lepas. Memang sedap! Kali ni tak sempat sebab suami akak balik kerja lambat. Akak segan nak g ambik sorang 😄

      Delete
  3. Kami di sini pun sholat tarawih delapan rakaat + witir 3 rakaat,ya kadang tiap-tiap mesjid berbeda"yaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 8 rakaat menurut saya lebih praktikal untuk kebanyakkan orang.

      Delete
  4. Selamat solat tarawih berjemaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak orang kuat masjid, tentu tiap malam berjemaah di masjid kan?

      Delete
  5. Cantik2 foto nya... nak nak yg skyscraper tu...

    ReplyDelete
  6. Kami cuba booking Tamu Hotel untuk hujung minggu nanti, fully booked semuanya :(
    Cantik² gambar 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan puasa pun laris jugak ya. Lagi pulak ada harga promo sepanjang Ramadan.

      Harga menarik untuk bilik + bufer sahur kalau booking direct dengan pihak hotel. Kami haritu booking di Agoda, rugi tak dapat promo tu.

      Delete
  7. seru ya sepertinya puasaan di kuala lumpur

    ReplyDelete
  8. takpe kan kak 8 rakaat pun tetap solat terawih jugak kan. Cantik betul gambar bandar KL di waktu malam kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, cuma rasa sikit seganlah nak keluar awal 😅

      Kota konkrit, cantiknya di waktu malam dengan cahaya lampu.

      Delete
  9. Cantik gambar KL, yang dari tingkat 26 tu.
    Oh, dekat rupanya, Hotel Tamu dengan masjid. Memang lokasi strategik ni.
    Memang seronok dapat buat terawih di masjid. Rasa lain, banding sendiri di rumah. Alhamdulilah.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah...rezeki Ujie dapat berterawikh kat Masjid Kg Baru .
    Syyy...tak ambil bubur lambuk yang yang terkenal tu ker

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, dapat berterawih di masjid kpg baru....dulu pernah berterawih di sini, masa tu masjid belum renovate lg..imam Arab, baca doa qunut punyalah panjang...

    ReplyDelete
  12. part solat rawatib tu samalah kita. teringin juga ke masjid besar tengah kota macam ni, tapi tulah nak memandu ke sana tu malasnya

    ReplyDelete
  13. Oh! Masih ada agihan bubur lambuk. Dulu, lebih 30 tahun lalu saya selalu tengok orang lelaki sediakan bahan untuk masak bubur lambuk di situ.

    ReplyDelete
  14. senang tak nak parking? pernah jg terawih kat sini dulu. tp tu laa terpaksa menapak jauhhhhh😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa ni akak stay kat Hotel Tamu, parking situ. Tak jauh la menapak 😀

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****