Friday, 14 April 2023

Gulai Lemak Cili Api Telur Itik

Minggu ini sekali lagi saya temankan encik suami bermusafir. Nampaknya sejak 4 minggu terakhir ni, setiap minggu kami berulang-alik di antara Pulau Pinang dan kawasan tengah (KL/Selangor) juga ke rumah sendiri di Negeri Sembilan.

Memang terasa lebih letih dan mudah mengantuk bila bermusafir di siang hari pada bulan Ramadan, tambahan lagi dengan cuaca panas terik. Saya lebih mudah terlelap, tak berborak dengan encik suami yang sedang memandu. Tapi bila dah tak boleh makan minum ni memang kena kurangkan berborak, nanti haus pulak kan.

BALIK NS, KITA MAKAN MASAKAN ‘NISMILAN’

Awal pagi semalam kami bertolak dari rumah PP ke rumah NS. Dalam perjalanan, encik suami menyebut pasal keinginannya nak makan lauk kegemaran kami di Aunty Aini’s.

Menjelang waktu berbuka tu encik suami balik dari kerja dengan membawa bungkusan agak besar. Saya bawa bungkusan ke meja makan untuk dihidang. Bila buka bungkusan, barulah nampak bersusun lauk kuning-kuning. Eh…ingatkan cakap kosong je 😄. Rupanya encik suami telefon kedai buat tempahan awal, balik dari kerja teruslah singgah ambil.
Inilah juadah berbuka kami semalam - kerabu pucuk paku, gulai lemak cili api daging salai dan gulai lemak cili api telur itik. Akhirnya, dapat juga makan masakan lemak cili api telur itik di Aunty Aini’s Garden Cafe. Bulan lepas kami pergi, tak ada rezeki nak merasa lauk tersebut.

Bila perut kosong lepas tu makan banyak begini, memang terasa kekenyangan. Baru berjaya turun berat sikit, ni naik baliklah nampaknya 😅







17 comments:

  1. petang sebelum berbuka turun sikit lepas dah berbuka dia naik banyak kak.... saya bulan ni berat naik turun misi tak berjaya huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah berbuka, naik banyak...tapi lepas tu susah nak turun banyak, kan. Haru sungguh 😄

      Delete
  2. sedap tu menu iftar. sy pun suka gulai lemak telur itik...

    ReplyDelete
  3. Lezatnya menu berbuka,gulai lemak telur itik,sayur daun pucuk paku pun sedapnya,tekstur yg kriuk 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batang pucuk pakunya lembut tapi rangup, itu yang sedap.

      Delete
  4. Alhamdulillah, dapat juga merasa. Sedap tu, daging salai, saya suka!

    ReplyDelete
  5. Hehe setahu saya Puan Ujie dan suami tidak makan nasi untuk buka.
    Ini mesti sebab teringin masak lemak cili api. Alhamdulillah dapat merasa gulai lemak cili api telur itik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu NA 😄, boleh kira berapa kali je makan nasi masa berbuka. Itu pun sebab nasi special - nasi arab dan kali ni nasi lauk masak lemak cili api.

      Delete
  6. Sy pun baru je masak telur itik masak lemak ni...anak bongsu request :D

    ReplyDelete
  7. Uiii....tolo itik tu...sedapnya lahai egg yolk dia yang kemerahan tu.Kalau + belimbing buloh pulak..aduiiii

    ReplyDelete
  8. Dulu ada jual kat area rumah uncle... sekarang dah takde

    ReplyDelete
  9. fuhhhh tolo itik tu waduhhhhh sedapnyaaa!

    ReplyDelete
  10. Langsung berair mulut saya melihat menu ini 🤤😍😍. Kliatan sedap sangat kak. Tak sabar pengen cepat ke Malaysia, insyaallah Juli ini. Saya nak puas-puasin wisata kuliner di sana 😄

    ReplyDelete
  11. orang lelaki jarang cakap kosong, tak macam kita orang perempuan suka berkias. haha

    ReplyDelete
  12. sedapnya masak lemak cili api telur itik tu... sy pernah merasa sekali je sampai sekarang masih tercari²

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****