Tuesday, 11 April 2023

Sakitnya Nak Menelan Bila Gusi Belakang Bengkak

Sejak minggu lepas, saya mulai rasa sakit di bahagian kanan belakang dalam mulut. Awalnya cuma rasa sakit yang sedikit, kemudian hari demi hari ia jadi bertambah sakit. Bila saya lihat di cermin, nampak seperti benjolan kecil di gusi belakang. Kemerahan dan sakit bila disentuh. Tak berdenyut, cuma rasa sakit.

Walaupun tak berdenyut, tetapi kesan sakitnya membawa ke tekak dan leher. Saya jadi susah nak menelan air liur, rasa sangat sakit. Nak membuka mulut pun terasa susah dan sakit. Tambahan pulak bila berpuasa, tekak tak digunakan untuk makan dan minum. Bila nak makan waktu berbuka tu memang sangat seksa.

Jadinya pada hari Sabtu semasa dalam perjalanan dari Ampang ke rumah NS, saya singgah ke klinik gigi di Bandar Seri Putra, Bangi. Klinik yang dah beberapa kali saya kunjungi sewaktu menetap di NS.

Sumber foto Google.
Foto hasil carian Google. Bengkak gusi saya terjadi di kedudukan yang hampir sama seperti dalam foto di atas, iaitu berhampiran gigi bongsu sebelah kanan. Tapi lebih belakang dan di atas sedikit. Saya tulis terperinci supaya mudah nak rujuk semula pada masa akan datang.

Setelah melakukan pemeriksaan, doktor maklumkan mungkin berlaku infeksi pada gigi bongsu. Doktor beri 4 jenis ubatan :
  • Mefenamic acid 500mg - untuk legakan kesakitan, makan bila perlu.
  • Metronidazole 200mg - antibiotik.
  • Lysozyme chloride 120mg - antiradang untuk susut bengkak.
  • Ubat kumur.
Alhamdulillah mulai semalam (hari Isnin), saya dah tak rasa sakit tekak bila menelan air liur. Begitu juga leher dah tak rasa sakit. Tapi saya masih teruskan makan ubat terutamanya antibiotik bagi memastikan bengkak tersebut surut sepenuhnya. 

Bila jadi begini, terasa nikmatnya keupayaan ‘menelan air liur’! Nampak macam perkara remeh, telan air liur je. Sesungguhnya tanpa anugerah kesihatan dari Allah, perkara sekecil menelan air liur pun kita tak mampu. Begitulah kerdilnya kita, sentiasa mengharap pada Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekalian alam.


Terima kasih Allah atas nikmat sihat ❤️





19 comments:

  1. aduhh kak sakitnya...hrp cpt baik ye kak berkat ramadhan ni moga sihat2 selalu kak

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainnailaihirajiun. Semoga sembuh 100%.
    Betul itu nikmat kecil ditarikpun rasa susah dan berharga.

    ReplyDelete
  3. Betul. Nampak macam benda kecil je, tapi kesan dia dalam hidup, terjejas, nak makan susah, dan sebagainya. Semoga bengkak terus surut.

    ReplyDelete
  4. Alhamdullilah sudah pulih kembali, seperti nya perkara remeh tapi ternyata sangat menyiksa

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, semoga sembuh sepenuhnya...

    ReplyDelete
  6. i feel you ujie... tuhan je tau betapa sakit, ngilu, tekak, pp, gusi semua la yg berdekatan ngan gigi tu... now alhamdulilah bila 2 gigi bongsu kat bahgaian blkg tu dah dicabut, rasa lega sangat cuma skrg nak makan rasa xbest dah le hehhe... mcm x puas nak mengunyah gitu

    ReplyDelete
  7. Aduhai Ujie.... bertabahlah.
    Semoga sembuh sepenuhnya sebelum raya.
    Teringat saya uruskan gigi berbulan-bulan lamanya tahun lepas.

    ReplyDelete
  8. Aku sering seperti ini kak, karena ada dua gigi kecil yang tumbuh di belakang. ada dua di bagian kiri dan kanan. kalau sudah sakit, makan pun tidak bisa.

    ReplyDelete
  9. Aduh...sakit gigi(gusi) la antara sakit yang payah nak cerita..serba tak kena dibuatnya

    ReplyDelete
  10. semoga diberi kesembuhan dan kesihatan yg baik slpsnya.

    ReplyDelete
  11. gigi bongsu ni memang macam-macam hal betul

    ReplyDelete
  12. semoga cepat sembuh ya
    alahaiii faham sgt sakit gusi ni
    ciknur jga gg nk tampal x pegi2 lg

    ReplyDelete
  13. allahuakbar. sakit gigi/gusi ni lah yg paling tak sanggup..
    moga terus sihat aje hendaknya utk akak :)

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah makin bertambah baik...

    ReplyDelete
  15. semoga cepat sembuh kak Ujie

    ReplyDelete
  16. penah alami dulu. dah serupa mcm skt gigi. nak demam laa sy tekak laa nak mkn pun tak de mood...

    syafakillah

    ReplyDelete
  17. Cepat sehat kak ujie. Tau sangat rasa sakitnya itu, kalo dah menyangkut gigi dan gusi, menderita sangaaat sakitnya 😭. Krn terkadang nyeri nya sampai ke kepala.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****