Saturday 10 December 2022

Ertugrul - Selesai Musim 3, 4 & 5

Dalam entri pada bulan Januari 2022, saya menulis berkenaan drama bersiri Resurrection Ertugrul (judul Turki - Dirilis Ertugrul) bagi musim 1 & 2 yang telah selesai saya tonton di YouTube. Entrinya DI SINI.

Selepas itu sekitar bulan Februari saya sambung menonton musim 3, 4 & 5 di Netflix pula. Episod terakhir selesai saya tonton semalam. Saya mengambil masa kira-kira 10 bulan jugalah bagi menghabiskan tontonan 3 musim  tersebut. Satu pencapaian baru buat saya (kalaulah boleh disebut sebagai pencapaian πŸ˜…), kerana mampu menonton drama bersiri sebanyak ini. Saya tonton semua tanpa melangkau mana-mana episod tau, tetapi ada ketikanya saya percepatkan bila tak sanggup nak menonton lebih lama babak penyeksaan oleh orang Mongol.


Musim 3 | 91 Episod





Musim 4 | 90 Episod





Musim 5 (Akhir) | 88 Episod




————————————————————————————————-


Ertugrul - sebuah drama bersiri paling hebat dan paling menarik yang pernah saya tonton. Kisah yang sarat dengan semangat juang, keyakinan terhadap Allah, nilai kasih-sayang dan aksi-aksi mendebarkan!

Mahu tahu ciri-ciri pemimpin terbaik? Boleh lihat pada watak Ertugrul yang bijak, cekap, tegas, adil, bercita-cita tinggi dan sentiasa ingat matlamat perjuangannya kerana Allah. Watak Ertugrul juga menunjukkan bahawa sebagai pemimpin sesorang itu mesti berlaku adil walaupun dalam soal menjatuhkan hukuman terhadap ahli keluarga dan sahabat yang disayangi.

Biarpun drama bersiri ini bukanlah berdasarkan sejarah yang tepat, tetapi perjalanan juga latar cerita yang menarik, penerapan nilai murni dan lakonan mantap para pelakon sudah cukup untuk menjadikan drama bersiri ini menjadi fenomena di seluruh dunia.

Selepas ini nak kena tonton drama bersiri Kurulus Osman, kisah pengasas Empayar Uthmaniyyah yang merupakan anak ketiga Ertugrul. Katanya kurang menarik, tapi tak apa kita cuba tonton. Lain orang lain pendapatnya.


To those who say our power is not enough, we will say our faith is enough. To those who say our lifespan is not enough, we will say our history is enough. To those who say that the universe is not enough, we say God is enough for us.
- Ertugrul Gazi





15 comments:

  1. Tahniah!! saya season 1 pun blm hbs..huhu...hati rasa risau je tgk adik ipar & bapa saudara dia yg jahat tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menonton cerita Ertugrul ni memang hati selalu risau..dup dap manjang..haha

      Delete
  2. 10 bulan..lama tu🀭
    Kira Ujie ni seorang yang sabar..
    Saya jenis tak sabarπŸ™ˆ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kurang 'stamina' menonton. Jenis tak boleh tonton apa2 cerita berlama-lama. Itu yang sikit2 tengoknya πŸ˜…

      Delete
  3. Sy tak follow drama ni tapi selalu juga nampak iklannya di TV, mugkin season yg dah lepas. Tapi tahu drama ni hebat katanya. Apapun bagus Puan Ujie dah khatam semuanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah saya tak ada tv, baru-baru ni tengok tv di hotel barulah tau ada ditayangkan di TVS. Cuma saya rasa pelik sikit bila baca terjemahan dalam BM 😁

      Delete
  4. Rajinnya. Saya yang tengok siri Adam & Hawa 80 episod pun belum habis lagi.
    Agaknya jalan cerita yang mantap buatkan Puan Ujie setia menonton setiap episod.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan ceritanya tak bosan, sentiasa penuh debaran, sentiasa ada watak2 baru dan cabaran baru setiap musim. Lepas tu suka tengok kostum mereka, aksi pertarungan dan berkuda. Memang belum pernah lagi saya mampu tonton episod sebanyak ini πŸ˜„

      Delete
  5. banyaknya sampai lima musim. dah la drama turki panjang giler..terbaiklah sis..hehe

    ReplyDelete
  6. Bagusnya, saya bukan jenis yang suka binge watch. layan filem pun kadang-kadang tengok separuh berhenti, esok sambung lagi. Tapi siri Ertugrul ni memang ramai peminatnya tu yang sampai 5 season.

    ReplyDelete
  7. banyaknya episod dia kak oi, kalau dana memang idokla melayannya

    ReplyDelete
  8. Fuhhh..sampai musim 5. Satu musim pun dah banyak episodnya. Hebatlah pembuat drama boleh fikirkan idea sampai ber episod banyaknya. No wonder sampai musim 5 sebab ceritanya bagus dan ada peminatnya. Paling penting ada pengajarannya tu :)

    ReplyDelete
  9. Kalau Sha memang surrenderlah.. Nak tengok drama bersiri 6 episod pun stress sekarang ini.. kikiki.. Tapi suka quote yang akak sertakan dibahagian bawah tu..

    ReplyDelete
  10. UPDATE ‼️
    Siri Ertugrul telah dikeluarkan dari Netflix mulai April 2023.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****