Wednesday, 6 May 2026

Painted Stork di Jejak Sisiran 1 (Putrajaya City Trail)

Catatan hari Sabtu, 2 Mei 2026.

Saya suka bila Encik Suami ada urusan di sekitar KL dan kami menginap di The Everly, Putrajaya. Penginapan yang selesa, lokasi berhampiran kompleks beli-belah Alamanda dan taman rekreasi Jejak Sisiran 1 - juga dikenali sebagai Putrajaya City Trail.

Pagi hari Sabtu, Encik Suami keluar selesaikan urusannya dan saya pula keluar beriadah di laluan Jejak Sisiran 1. Kali ini saya dah bersedia dengan pakaian bersesuaian termasuk kasut joging. Saya berazam nak brisk walk (berjalan dengan cepat), bukan berjalan santai (sekejap berhenti belek tumbuhan, sekejap lagi berhenti memotret itu ini 😄) seperti kali pertama ke sini dulu - entrinya DI SINI.

Tiap kali nampak sesuatu yang menarik, saya ingatkan diri sendiri jangan berhenti untuk memotret. Sehinggalah tiba di kawasan santuari spesis burung air, ada seekor burung bangau bersaiz besar dengan warna yang menarik berada tak jauh dari kedudukan saya.

Seperti sengaja mahu dirinya menjadi sasaran lensa kamera saya, burung ini tak segera terbang. Burung daripada keluarga Burung Bangau (Heron) ini berjalan ke sana ke sini memberi peluang kepada saya memotretnya dari beberapa sudut.

Inilah hasilnya…

Painted Stork di Jejak Sisiran 1 (Putrajaya City Trail)

Painted Stork di Jejak Sisiran 1 (Putrajaya City Trail)
Masya Allah…cantik sangat!

Painted Stork di Jejak Sisiran 1 (Putrajaya City Trail)

Painted Stork di Jejak Sisiran 1 (Putrajaya City Trail)

Painted Stork di Jejak Sisiran 1 (Putrajaya City Trail)
Burung ini dikenali sebagai Painted Stork.

Nama Inggeris : Painted Stork
Nama saintifik : Mycteria leucocephala
Nama Melayu : Upih Sawah / Botak Padi

Ciri-ciri Painted Stork :
  • Kaki panjang berwarna merah jambu.
  • Bulu badan warna putih dengan corak hitam di bahagian sayap.
  • Paruh panjang warna kuning terang.
  • Bulu berwarna merah jambu di bahagian belakang.

Puas memotret, langkah kaki diteruskan. Saya berjalan melewati bawah Jambatan Seri Bakti dan seterusnya menghampiri Masjid Putra - masjid dengan kubah berwarna pink.

Nampak kubah cantik warna merah jambu di atas sana? Saya tak naik atas pun, melangkah lebih kurang suku anak tangga je lepas tu berpatah balik. Semangat sangat naik atas, nanti sendiri yang tanggung penat nak patah balik ke hotel 😅

Alhamdulillah…dapatlah saya beriadah sejauh 5.19 km. Jarang-jarang ya saya dapat pergi jauh begini. Seronok betul dapat beriadah di taman yang dijaga rapi dan lengkap kemudahan. Pakai pula kasut yang bersesuaian, kaki rasa selesa walau dah berjalan jauh. Bukanlah tak rasa penat kaki, tapi tidaklah teruk sangat rasanya.

Ada rezeki menginap di The Everly, bolehlah saya brisk walk lagi di sini.







20 comments:

  1. Alahai kita berada di area yang sama lah Ujie pagi Sabtu lepas. Cuaca memang cantik pagi tu Alhamdulillah. Kadang cycle memang lalu belakang Everly tapi baru ni parking di Masjid Putra.

    ReplyDelete
  2. Geram pulak nak pegang kan? Tapi binatang ni boleh tahan besar jugak kan?

    ReplyDelete
  3. Cantik bulu painted stork ni. Selalu jumpa bangau yang putih tu je.

    ReplyDelete
  4. Cantik bangau tu.. kalau dapat selfie mesti best hihii.. The Everly Putrajaya.. macam best untuk dicuba.. Alhamdulilah dapat beriadah 5 km... 👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
  5. hari tu ada seekor bangau tak pasti spisis apa duk sesat kat kebun belakang rumah kak ana, jiran kata dia mai dari tasik taman tu... Cantik pemandangan pagi tu Ujie, Masyaa Allah

    ReplyDelete
  6. cantiknya . saya ingat dia jenis flamigo . lain rupanya. nampak jinak elok je dia santai tak lari nampak manusia ye?

    ReplyDelete
  7. Cantik bangau tu, untuk dapat tangkap dari dekat dan elok pula sharp. Terganggu brisk walk nya pun tak apa dapat moment berharga macam tu.

    ReplyDelete
  8. Cantiknya bangau tu. Saya yg duk Putrajaya pun tak pernah lagi ada peluang nak brisk walk sambil memotret margasatwa yg ada kat sini. Selalu nampak diorang terbang2 and lepak tepi tasik2 je.

    ReplyDelete
  9. jauh jugak tu berjalan. tahniah sebab tak berhenti hehe. cantik bangau tu, tergedik-gedik kaki dia xD

    ReplyDelete
  10. Salam kenal, what a nice view & gambar di ambil pun cantik² belaka

    ReplyDelete
  11. Patutlah dia berhenti, nak tunjuk kecantikan dia :D tapi mmg impress tengok ekornya warna pink tu PU. Subhanallah cantik sangatttttt

    ReplyDelete
  12. Putrajaya memang menenangkan, indah dan mesra alam.

    ReplyDelete
  13. Banyak la saya jumpa burung bangau tapi bukan jenis ni. Dia lepak kat Fakulti Dania. Mundar mandir cari makanan agaknya.....

    ReplyDelete
  14. lawa nya burung bangau ni...
    saja pula dia buat catwalk depan tu, macam tau je kak ujie nak ambil gambar dia

    ReplyDelete
  15. Subhanaullah
    Cantiknya dia
    Seronoknya ujie jln sini
    Memanggg tenanggg sgtt

    ReplyDelete
  16. Waaah serunya menginap di Everly Putrajaya kak. Lagi best Krn ada laluan jogging . Sayapun akan semangat utk brisk walk di sana.

    Betul2 cantiiiiiiik burung painted stork ini. Nampak anggun kaki dia yaa. Panjang dan jenjang 😄👍👍.

    ReplyDelete
  17. Tergoda jugak ya tengok burung bangau yg langsung macam model tu. Rugilah kalau tidak dibidik gambarnya, warnanya menarik, bukan putih seperti kebanyakan bangau kita jumpa sebelum² ni.

    Tengok badan bangau, baru tahu kenapa lirik lagu tu.. bangau oh bangau, kenapa engkau kuruus??

    ReplyDelete
  18. bangau tu dah gaya catwalk model..untung kak dapat tengok dekat depan mata

    ReplyDelete
  19. Elok bangau tu tak lari, ya. Cantik gambar Ujie ambil. Seronok dapat brisk walk di taman tasik Putrajaya tu. 👍

    ReplyDelete
  20. Bangau itu berjaya goda Puan Ujie untuk berhenti jalan laju.
    Masya Allah jauh jalan. Alhamdulillah segala perancangan berjalan lancar.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****