Tuesday 10 May 2022

Pondok Style, Bayan Lepas

Ada yang masih bercuti raya di kampung halaman ke tu? Saya dah selamat kembali ke rumah PP pada tengah malam, hari Jumaat malam Sabtu yang lalu. Dapatlah sekali lagi merasa tol percuma, penjimatan sekitar RM62 (Johor - PP). Alhamdulillah!

Hari Sabtu berehat di rumah, saya agak kurang sihat sedikit mungkin sebab keletihan menempuh perjalanan jauh dari selatan ke utara. Hari Ahad dah sihat, encik suami ajak jalan-jalan cari makan (JJCM) di bahagian pulau PP.

Kami ke Bayan Lepas, mulanya nak makan Nasi Dalca tapi gerainya masih belum beroperasi. Saya pun buka aplikasi Google Maps dan mula buat carian ‘makan sedap near me’. Daripada senarai diberi, saya semak satu persatu - lihat waktu operasi, menu dan baca ulasan. Saya kemudiannya memilih kedai makan dengan nama Pondok Style sebagai destinasi JJCM kami.

Berpandukan aplikasi Google Maps, kami dibawa melalui jalan di taman perumahan dan kemudiannya menuju ke hujung jalan mati. Eh?? Rupa-rupanya kami dibawa ke bahagian belakang kedai (ada pintu pagar kecil untuk masuk ke kedai). Tak selesa pulak nak parkir, takut mengganggu rumah penduduk. Kami keluar dari jalan tersebut dan pusing ikut laluan lain untuk ke bahagian depan kedai.

Inilah kedai makan Pondok Style yang terletak bersebelahan Balairaya Sungai Ara. Lokasinya di tepi jalan besar, mudah dilihat. Kami parkir di bahu jalan, berhadapan balairaya. Sebab tu dapat ambil gambar dari sudut sisi begini. Bolehlah kan…sekadar buat panduan bagi yang nak ke sini.

Kedai makan yang nampaknya bersih dan teratur. Kat sini konsep layan diri. Kita perlu beratur untuk membuat pesanan dan ambil nombor.

Lepas ambil nombor, duduklah menunggu nombor kita dipanggil bila minuman/makanan siap. Jangan leka berborak atau membelek gajet, nanti tak dengar pulak nombor kita dipanggil. Nombor ni kita pulangkan semula selepas kita dapat semua minuman/makanan yang dipesan.

Minuman kami - cendol 3 layer dan air limau ais. Cendol 3 layer tu harganya RM4, ada ais krim dan potongan buah mangga. Sedap, menepati selera saya.

Nasi Pandan Ayam Thai / RM6. Nasi berwarna hijau dihidangkan bersama ayam goreng, sup kosong dan sos sambal. Ayamnya sedap, masih panas. Set hidangan ni biasa saja bagi pendapat saya, tapi tetaplah habis licin dimakan.

Nasi Kerabu Daging Danok / RM9. Alhamdulillah sedap dan lembut dagingnya. Dalam bekas kecil tu budu dan sos masam (cuka?). Serundingnya pun ada dua jenis (serunding kelapa dan serunding ikan agaknya). Bila dicampur gaul semua, memang sedap! Disebabkan sedap, kami terus memesan lagi dua set nasi kerabu (ayam dan daging) untuk makan malam. Haa…senang gitu.

Insya Allah kami akan ke sini lagi, ada banyak lagi makanan yang belum dicuba. Harganya pun berpatutan. Pondok Style ni juga ceria dengan lukisan mural. Juga ada pilihan tempat duduk - meja biasa, buaian dan makan duduk di lantai. Paling penting, kedai ni nampaknya bersih. Singki bersih, paip di singki berfungsi dengan baik, siap ada sabun tangan dalam botol.

———————————————————————
PONDOK STYLE
Lot 45 Lintang Bayan 7,
Persiaran Bayan,
Taman Tunas Muda,
11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang.

Waktu operasi :
Sabtu - Khamis
10 pagi - 6 petang


11 comments:

  1. nasik kerabu tu nmpk menarik je.. selamat hari raya, maaf zahir batin dr kakmim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang sedap.
      Selamat Hari Raya :)

      Delete
  2. wahh cendol 3 layer potong kaki nih.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. hahaaha selamat hari raya ujie... wow raya sambil jjcm :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Ako…beraya kat kedai makan jelah 😄

      Delete
  4. slmt hari raya
    alhamdulillah
    ciknur pun jumaat ptg gerak blk KL , sampai jam 2 pg he hee
    tol free, taktau pulak dpt percuma apapun rezeki la kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya ciknur.
      Kami memang tau tol percuma tu, tu saja adjust bagi ngam lepas pukul 12 malam 🤣

      Delete
  5. tempat makan bersih dan sedap, harga pun berpatutan. saya pun selalu google je 'food near me' bila tak tau nak makan apa. hehe

    ReplyDelete
  6. menarik cendol 3 layer tu, ada buah mangga..tak pernah lg jumpa...nasi kerabuuu..feverett..

    ReplyDelete
  7. Jauh perjalanan tu, mahunya tak penat. Untung juga dapat tol percuma. Besar jumlahnya boleh jimat. Menarik tempat makan ni. Ruang luas besar dan selesa. Tengok pun bersih. Menu menu pun menyelerakan.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****