Friday, 27 May 2022

Eh, Dapat Kad Raya!

 
Kad Raya dari blogger

Petang semalam saya turun ke bawah blok rumah - pergi buang sampah ke tempat pembuangan sampah, pergi ambil bungkusan di rak penerimaan bungkusan dan lepas tu terus menjenguk peti surat rumah kami. Ada bil air dan sekeping sampul surat berwarna putih yang ditujukan buat saya. Eh!

Rupa-rupanya…sekeping kad ucapan Selamat Hari Raya daripada blogger Shida 😍. Cantik kadnya berwarna biru dan ada gambar Shida bersama suami.

Kalau tengok pada cop pos di sampul tu, bertarikh 26.04.2022. Kali terakhir saya menjenguk peti surat pada beberapa hari lepas. Tu diaa…bukan main jauh perjalanan dari Perak nak sampai ke Pulau Pinang. Hampir sebulan! Alhamdulillah sampailah jugak kan 😀


Kepada Shida,
Terima kasih banyak atas tanda ingatan.
Moga Allah membalas kebaikan Shida.




14 comments:

  1. sepurnama perjalanan kad tu..hihi

    ReplyDelete
  2. samalah kita, lepas raya baru jenguk peti surat...

    ReplyDelete
  3. Eh saya dapat 2 hari lepas itu iaitu 28 April.
    Apapun alhamdulillah selamat sampai.

    ReplyDelete
  4. wak baru baca berita Pos Malaysia catat rugi RM30.37 juta.. huhu tiap2 tahun rugi

    ReplyDelete
  5. Rinduuu zaman kad raya kan
    Zaman sek dulu2 he he

    ReplyDelete
  6. saya di KL pun dapat cepat. hihi

    ReplyDelete
  7. Dan berjaman taon tak dapat kad raya

    ReplyDelete
  8. Skrg ni kiriman kad ry dah jadi suatu yg rare & nostalgia kan puan? Bila dapat tu, Allah seronoknya :)

    ReplyDelete
  9. tahun ni tak dan nak hantar kad raya..apa2 pun leeya suka kalau dapat kad raya..rare zaman2 sekarang ni..hihi

    ReplyDelete
  10. Tahniah! Sudah tentu seronok dapat kad raya!

    ReplyDelete
  11. Terima kasih kak ujie atas entri kad raya ini. Maaf juga baru boleh baca :) Sama2 <3

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****