Masih ada sebuah buku separa ilmiah yang sedang saya baca dan belum berjaya khatam. Gitulah selalunya, memang ambil masa lama untuk menghabiskan bacaan yang agak ilmiah 😅. Tapi ni saya dah mula membaca buku lain pula, sebuah novel. Biasanya kalau saya rasa susah nak hadam satu-satu bahan bacaan, saya akan berhenti dan baca bahan bacaan lain yang lebih ringan dan lebih seronok untuk dinikmati. Nanti lepas tu baru sambung semula bacaan yang terhenti tadi.
Novel Guru Aini - sebuah karya Indonesia yang mengangkat kisah perjuangan pendidikan (diterjemahkan ke bahasa Melayu tetapi masih mengekalkan gaya bahasa Indonesia) ni saya baru je mula baca. Di sela waktu yang lain pula, saya menonton filem Sang Pencerah - sebuah filem keagamaan dari Indonesia yang turut membawa kisah perjuangan memandaikan anak bangsa.
Insya Allah kalau dah habis membaca novel dan menonton filem ni saya akan buat perkongsian di blog. Kisah-kisah dengan tema pendidikan begini memang menarik minat saya. Cuma di Malaysia mungkin kurang, kalau ada pun mungkin dalam bentuk drama untuk Hari Guru. Kalau ada yang tahu novel atau filem Malaysia dengan kisah sebegini, bolehlah kongsikannya di ruangan komen ya.
novel saya tak tahu lah, tapi kalau filem bertemakan pendidikan saya pernah tonton 'Adiwiraku' dan 'Baginda' sahaja. Bab filem tema berat begini, Indonesia lebih hebat. Filem Malaysia tak habis-habislah seram komedi yang kelakar tidak, seram jauh sekali
ReplyDeleteHaa..ya, filem Baginda tu pernah tonton beberapa kali. Adiwiraku belum pernah lagi.
DeleteSetuju dgn ayat terakhir Sal tu - seram komedi yang kelakar tidak, seram jauh sekali 😄
Sedap-sedap tulisan dari seberang. Pernah tengok Perempuan Berkalung Sorban? Best juga tu. Lakonan Reza Rahadian dan Revalina S. temat
ReplyDeleteBelum lagi. Insya-Allah nanti saya cari dan tonton.
DeleteGuru Aini..belum habis baca...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin!
ReplyDeleteWalaupun buku separa ilmiah tapi kalau ilmiah ni kena faham betul betul. itu yang kadang ambil masa nak membaca. Tapi itulah kalau dah baca buku lain, lupa pulak buku yang dah stop dulu. hehe..lagilah lambat nak habiskan :)
ReplyDeleteSetakat ni belum pernah baca lagi buku dari seberang. Mungkin ambil masa jugak untuk faham vocab dia jugak.