Saturday, 14 May 2022

Kombo Merdeka 65 Tahun | A. Samad Said


Kombo Merdeka 65 Tahun | A. Samad Said
KOMBO MERDEKA 65 TAHUN adalah gabungan tiga karya besar dan penting seorang Sasterawan Negara dalam sebuah koleksi, yang julung-julung kalinya diterbitkan. 

Salina, Hujan Pagi dan Langit Petang karya Sasterawan Negara A. Samad Said dipilih sebagai penghormatan kepada seorang sasterawan besar tanah air kita.

Kombo Merdeka 65 Tahun | A. Samad Said

Nikmatilah tiga novel istimewa hasil buah tangan SN A. Samad Said dalam sebuah edisi khas - Kombo Merdeka 65 Tahun!

SALINA: 
Anak yang menjadi mangsa Perang Dunia Kedua, perang yang memusnahkan segala yang dimilikinya. Novel ini diakui oleh para pengkaji dan pengkritik sastera sebagai novel yang memiliki mutu pengkaryaan novel bertaraf dunia.

LANGIT PETANG: 
Elemen falsafah yang didakap dalam aspek penceritaan akan mendorong keghairahan pembaca untuk menghirup karya ini sehingga ke akhir. Digerakkan oleh 3 watak utama yang bertukar pandangan dan falsafah mengenai apa yang dicari manusia dalam hidup mereka.

HUJAN PAGI: 
Menerima hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1986/1987. Antara novel SN A. Samad Said yang dikatakan sukar dihadam. Keresahan penulisnya terhadap kebebasan akhbar ditonjolkan secara bawah sedar oleh watak dalam karya ini. Persoalan kebenaran yang tersekat dan disembunyikan menjadi pola yang menggerakkan ceritanya sehingga menampakkan kebobrokan masyarakat.


Promosi Istimewa Pra Tempah Set Kombo Merdeka 65 Tahun A. Samad Said



Istimewanya set kombo Pak Samad ini, kita akan dapat semua di bawah:
1. Buku (3 Dalam 1) | Salina + Hujan Pagi + Langit Petang
2. T-Shirt
3. Non-Woven Bag
4. Kotak Eksklusif
5. Sijil Pemilikan (1 - 500 naskhah sahaja) 

Harga sebenar set kombo ini adalah RM188. Istimewa sempena promosi pra tempah cuma RM128 saja. Ada lagi yang lebih menarik - untuk 100 pembeli terawal cuma perlu bayar RM110 saja! Fuh, memang untung siapa yang bertindak segera kan?

📆 Pra tempah tamat : 22 Mei 2022
🚚 Penghantaran dibuat bermula: 23 Mei 2022

Selepas tamat promosi pra tempah, harga RM128 adalah untuk pembelian buku saja tanpa kotak eksklusif, t-shirt & non-woven bag.

Saya dah pun buat tempahan, tak sabar nak terima 🤩. Ada yang berminat? Jomlah tempah segera, kot masih boleh dapat harga RM110. Caj pos? Percuma.


Nak tempah? Klik DI SINI




6 comments:

  1. Berbaloi dimiliki ni. Harga dah ngam tu.

    ReplyDelete
  2. pernah pinjam dan baca novel salina dari library disekolah dulu...tapi dah lupa jalan ceritanya.

    ReplyDelete
  3. promosi menarik...karya seni Sasterawan Negara..

    ReplyDelete
  4. saya ada novel langit petang dan pernah baca Salina tapi keduanya tak habis baca. maybe latar masa tu saya tak dapat nak bayangkan. lama sangat,. tak lahir lagi

    ReplyDelete
  5. menarik offer ni... br tgk hari ni.. pasni sy try.. tq share kak

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita ^_^