Monday 23 May 2022

Laksa Thai di Bayan Lepas

Rasanya ramai yang sibuk menghadiri jamuan rumah terbuka raya dan majlis perkahwinan pada hujung minggu lepas kan? Terutamanya mereka yang tinggal di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, jalan-jalan sesak dengan kenderaan di sana sini. Hari Sabtu (kelmarin), saya dan encik suami bergerak dari rumah NS ke rumah PP. Keluar je ke jalan besar Pajam, kenderaan bergerak perlahan. Di tambah dengan kemasukan kenderaan dari Lebuhraya LEKAS, memang bertambah padat! Hinggalah ke Rawang, jalan sesak dan kenderaan bergerak perlahan kecuali di beberapa tempat kenderaan bergerak lancar.

Setelah 7 jam perjalanan - termasuklah berhenti untuk ke tandas/solat/makan sebanyak dua kali, Alhamdulillah kami sampai ke rumah PP.

Berbalik kepada tajuk entri, petang Ahad (semalam) ada urusan di Bayan Lepas. Jadinya selesai urusan, terus pergi makan di Pondok Style

Laksa Thai
Saya dan encik suami masing-masing memesan Laksa Thai. Dah 2 kali saya makan Laksa Thai di sini, kali ni baru ambil gambar bolehlah buat catatan di blog. Berbanding Laksa Penang, nampaknya saya lebih gemar makan Laksa Thai. Antara sebabnya - jenis mi yang digunakan. Saya tak tau jenis mi, tapi mi yang digunakan untuk Laksa Thai ni lebih halus dan kurang pejal. Harga semangkuk Laksa Thai ni RM5.

Minuman kami pesan satu je, kali ni cuba air jagung cincau. Sedap! Setiap kali datang memang cuba air berbeza. Dan setiap kali datang mesti beli bungkus jugak untuk makan malam. Kali ni beli sebungkus je Nasi Kerabu, konon supaya tak makan banyak bila berkongsi makanan.

Sekali ternampak pulak gerai menjual cucur udang berhampiran kedai makan ni. Dah menambah cucur udang pulak. Bukan cucur udang je, tambah tauhu goreng, kentang goreng dan telur rebus goreng. Tu diaaa…banyak jadinya. Sudahnya bila di rumah waktu makan malam, tak larat pun nak makan Nasi Kerabu dek dah kenyang makan gorengan-gorengan tadi bersama kuah kacang yang sedap. Nasi Kerabu simpan di peti sejuk jelah jawabnya.



21 comments:

  1. pernah makan laksa thai..suka jg...pasemboq kuah kacang mmg sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..itulah, sejak duduk utara ni dah belajar mkn cuq udang tu dgn kuah kacang. Memang lebih sedap.

      Delete
  2. Ada pula laksa Thai tapi rupa sama macam laksa utara.
    Hehe asal jangan membazir makanan. Tidak larat makan simpan dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tau pasal Laksa Thai ni 😀

      Laksa Thai letak santan, bila makan sedap lemak2 gitu.

      Delete
  3. Kat sana memang heaven la makanan kan..sedap plak tgok laksa tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heaven..tu yang bahaya. Memanggil manggil..haha

      Delete
  4. kebetulan smlm wak baru je mkn laksa kat johor tp lupalah pulak laksa negeri mana.., huhuhu tapi laksa siam tu nmpk menarik jugak ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti dah macam2 laksa wak pernah makan 😀

      Laksa Johor saya suka, tapi susah la nak cari kat utara ni.

      Delete
  5. Tang tambah-menambah ni juga kepakaran uncle! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😀 seronok menambah sebab nampak macam,,,alah sikit je ni.

      Delete
  6. kat ganu ni ada juga jual..tapi tak pernah nak cuba..nanti nak cuba la..hihihi..btw, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kak ujie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lah, mana tau kena dengan selera.

      Selamat Hari Raya juga untuk Leeya, maaf zahir batin 😊

      Delete
  7. tak pernah lagi makan laksa thai. amboi seronoknya dating berdua.

    ReplyDelete
  8. Hujung minggu sekarang kl selangor memang sana sini jem kak

    ReplyDelete
  9. PH pernah makan laksa ni,, ,tak silap kami panggil laksa siam :)
    Tak muak makan sbb laksanya halus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya la tu sama. Thai/Siam.
      Betul, mi laksa halus. Tu yang saya suka.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****