AHAD | 30.01.2022
Sambung cerita di Perlis. Dari Pusat Eko Pelancongan Gua Kelam, kami ke View Point Wang Kelian, hajatnya nak mengulang makan Char Kuey Teow dan minum Cafe Latte yang sedap tu. Tapi tak ada rezeki, datang dah petang penjual pun dah habis jualan.
Tak tahu nak ke mana, nak balik ke PP masih awal lagi. Lepas tu saya teringat pasal Pasar Terapung di Perlis ni. Terus buka aplikasi Google Maps dan buat carian ‘Pasar Terapung Perlis’. Ok, masih buka. Jom kita pergi!
Kami tiba di Kompleks JPS Perlis sekitar pukul 3.40 petang. Cuaca panas terik.
Beginilah rupa dan suasana Pasar Terapung, Perlis. Terdapat sebuah tasik yang menempatkan bot-bot jualan. Pengunjung agak ramai, tapi tak sesak.
Sudut yang cantik untuk pengunjung berfoto.
Kami berjalan dari satu bot ke satu bot, melihat-lihat makanan yang dijual. Tak banyak bot jualan, tak sampai 10 buah bot pun. Dan nampaknya tak ada yang menarik untuk kami beli. Bot yang ramai pembeli, bot menjual aiskrim. Panas terik begini, memang sedap makan aiskrim.
Dah sampai sini, tak kan tak membeli pulak. Beli jugaklah Pulut Ayam Thai dan Somtam, dua jenis makanan yang belum pernah kami berdua makan.
Di bahagian hujung kawasan ni, terdapat sebuah khemah besar untuk kita duduk makan dan terdapat gerai jualan air di bahagian tepi khemah. Tapi penuh pulak, tak dapat nak duduk sambil makan makanan yang dibeli tadi.
Selain aktiviti jual beli di bot, pengunjung boleh juga berjalan-jalan ke bahagian tengah tasik. Terdapat semacam pulau kecil dan ada Mini Zoo di situ. Sesuailah untuk kanak-kanak. Bayaran RM2 dikenakan untuk ke pulau. Selain tu pengunjung juga boleh memancing, mendayung sampan dan berkayak dengan bayaran tertentu.
Pada pendapat saya, secara keseluruhannya Pasar Terapung JPS Perlis ni menarik kerana keunikan konsep jualan di atas bot. Cuma kalau boleh tambah bot jualan, itu akan lebih menarik. Tempat ini juga cantik untuk berfoto.
Kalau ada ke Perlis, cubalah ke Pasar Terapung ni. Ambil pengalaman, sambil tu kita bantu merancakkan sektor pelancongan domestik. Nak parkir pun mudah, ada ruang parkir yang luas disediakan di hadapan kompleks JPS.
———————————————————————————————-
PASAR TERAPUNG JPS PERLIS
Kompleks JPS Perlis,
Pengkalan Asam,
Kangar, Perlis.
Waktu operasi :
Sabtu dan Ahad
9 pagi - 8 malam
cantik viewnya..mmg menarik..bagus buat tarikan mcm ni..
ReplyDeleteMenarik, tapi jika ramai yang berjualan lagi bertambah meriah.
ReplyDeletemenarik, ada rezeki bolehlah ke sana juga nanti
ReplyDeletemenarik tmpat ni. macam-macam ada dah di Perlis. bolehlah ambil feel macam di Thailand
ReplyDeleteUnik jual dalam bot.
ReplyDeleteHikmah tidak dapat makan char kuutiau, dapat singgah tempat baru iaitu pasar terapung.
Hehe..betul NA.
DeleteLawanya view dia
ReplyDeletesuka ni kalau peminat ootd
Wah! Baru tau ada tempat macam ni...
ReplyDeleteMenarik ni!
ReplyDeleteKalau bawa anak2 sukalah ni, ada mini zoo.
Kalau dtg perlis harus singgah ni..mcm ala thailnd ni pasar terapung..bestnya kt malaysia pun ada.
ReplyDeletePernah nampak ada orang share kat facebook. Menarik jugak buat macam ni, ada daya tarikan dia ala negara jiran. Tapi itulah buka sabtu ahad je kan. Mungkin hari biasa kurang sambutan kot. Teringat ingat pulak Pulut Ayam Thai Perlis. Pernah makan masa sarapan bercuti di Perlis dulu.
ReplyDeletemenarik juga konsep pasar terapung ini
ReplyDeleteCCL duduk di Perlis tapi xsampai2 lagi nak jejak kaki ke pasar terapung ni .
ReplyDelete