Friday, 25 February 2022

Gempa Bumi Lemah di Pagi Jumaat

Sarapan Pagi Menu Johor
Pagi tadi sebelum pergi bekerja, encik suami keluar membeli sarapan pagi kami di sebuah kedai yang menghidangkan menu Johor. Selain nasi lemak, mereka jual sate, lontong, kacang pool dan mi bandung.

Pilihan saya - lontong biasa. Dah ada telur rebus separuh biji, encik suami tambahkan pula telur mata. Sedap rasanya, kena dengan selera saya. Saiz hidangan sederhana, tak sikit sangat dan tak terlampau banyak.

Pilihan encik suami - mi bandung daging. Pun sedap dan kena selera kami. Ikutkan, dua-dua menu ni saya suka. Tapi biasanya kami ambil menu berbeza, boleh kongsi dan merasa dua masakan berbeza.


Gempa Bumi Lemah
Selepas sarapan bersama di rumah, encik suami keluar bekerja. Selesai kemas itu ini di bawah, saya naik ke bilik di tingkat atas. Duduk di hujung katil yang sudah pun dikemas, pegang handphone dan melayan media sosial.

Tingkap bilik yang dibuka.
Sejak dari awal pagi saya buka kedua-dua tingkap yang ada di bilik untuk aliran masuk udara segar. Tiada tiupan angin, tenang saja. Tetapi semasa saya sedang duduk di katil tadi, tiba-tiba saya terasa hembusan angin masuk menerusi kedua-dua tingkap. Bidai tertolak sedikit dek hembusan angin.

Sejurus selepas itu, saya rasa katil yang saya duduki bergoyang. Hairan. Biasanya kalau ada lori besar lalu depan rumah, memang terasa rumah seperti bergegar. Tapi bukan katil yang bergegar atau bergoyang. Kejadian ni berlaku cuma beberapa detik. Selepas itu kepala saya terasa pening. Saya mula rasa keliru, eh tadi betul ke katil bergoyang atau kepala saya yang pening jadi rasa bergoyang?

Saya tunggu beberapa ketika kot kejadian tadi berulang (untuk memastikan bahawa saya tidak berkhayal). Tiada apa yang jadi. Keadaan tenang-tenang saja. Saya pun letak handphone, bangun bertukar tempat duduk di kerusi dan mula menyelak lembaran buku pula. Saya pun tak faham kenapa saya buat tindakan begitu 😅

Selesai membaca beberapa bab pendek, saya ambil semula handphone dan buka WhatsApp. Oh, rupa-rupanya kejadian yang saya alami tadi adalah gempa bumi lemah! Ya Allah, tak terfikir langsung. Ada jiran yang turut sama merasa gegaran lemah tersebut, tetapi ramai juga yang tak perasan bila ia berlaku. Adik saya yang bekerja di Bangi pun turut sama terkesan, bangunan pejabatnya segera dikosongkan. Kakak saya yang berada di Pontian pun dapat merasa gegaran tersebut, tapi dia fikir sebab tak cukup tidur menjaga anak kecil yang tak sihat.

Gempa bumi
Info dari page Fb Malaysian Meteorological Department.

Peta menunjukkan kadar kekuatan gegaran yang dirasai di Indonesia dan Malaysia.

Sekitar pukul 12 tengah hari tadi, berlaku gempa bumi kedua dengan ukuran 4.9 pada skala Richter. Tidak sekuat yang pertama pada pagi tadi. Katanya cuma dirasai di Lembah Klang.

Satu pengalaman buat saya, balik rumah NS dapat ‘merasa’ gempa bumi. Walaupun cuma gegaran lemah, tetapi yang sedikit dan sekejap begitu pun dah menjejaskan diri (rasa pening kepala). Entah bagaimana mereka yang berada di pusat gempa. Sesungguhnya pada setiap kejadian ada sesuatu untuk kita fikir dan ambil pelajaran.




19 comments:

  1. Dua dua menu favourite tu. Beli kat mana tu kak?
    Saya tak perasan pulak. Tahu tahu tengok media sosial dah kecoh. Dulu pernah rasa masa tsunami. Gegaran tu buat kita pening dan confused. Sekarang ni apa jadi kena alert. Semoga semuanya baik baik je disana dan disini jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli kat Semangkuk. Dari hway LEKAS, exit Pajam, belok kiri. Semangkuk kat deretan kedai sebelah kanan jalan. Bukak untuk sarapan pagi je.

      Delete
    2. Fiza, kelmarin 1st time akak makan kat kedai tu. Servis slow, dia layan orang beli bungkus dulu. Kedai pun agak huru hara. Kiranya, kalau beli bungkus jelah yang OK.

      Bagitau siap-siap, nanti kecewa pulak Fiza datang 😅

      Delete
    3. Exit Pajam eh. Baik, nanti kot terlalu boleh singgah. Ohh baik bungkus macam tu. Terima kasih bagitahu siap-siap. Senang tak kecewa menunggu lama nanti.

      Delete
  2. teringat masa merasai gegaran sewaktu tsunami 2004. ingat siapalah yang goyang katil asrama. semoga warga Sumatera yang terlibat dengan gempa selamat semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau duk katil atas mesti lagi terasa goyang tu kan.

      Delete
  3. kawasan rumah saya pun selalu akan merasa gegaran kalau negara jiran berlaku gempa sebab kawasan rumah berhampiran dengan kawasan pantai barat

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Pengalaman. Walau kejap, rasa bimbang jugak.

      Delete
  5. Saya ada whatsapp member di Pekan Baru, Indonesia, memang gegar kuat juga di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga mereka selamat. Tak terbaca berita pulak pasal situasi sana.

      Delete
  6. Sedap pekena lontong. Hehe tapi pelik buat telur mata letak dalam lontong.
    Saya tidak rasa ada gegaran. Tahu apabila baca blog orang. Tapi dahulu ada rasa gegaran gempa masa duduk di Bandar Seri Putra, Selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..itulah, tak pernah2 encik suami pergi tambahkan telur mata kat lontong.

      Oh BSP, saya pernah jugak duduk area sana.

      Delete
  7. sedapnya menu lontong akak tu, mee bandung pun alahai nampak pekat jugak tu....
    dana yang tingkat 6 dekat opis memang terasa betul kak... gegaran dia tu memang sampai berlari lah budak opis yang tak biasa dengan gegaran gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti kuat gegaran kat opis Dana tu. Takut jugak.

      Delete
  8. Tahu dqri adik yg duk tingkat 13 bgtau ada gegaran
    Allahuakbar mcm2 terjadi skrg ni

    ReplyDelete
  9. dua2 sedap...pandai chef tu masak..

    kt sini tak terasa gempa haritu..

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita ^_^