Tuesday 15 March 2022

Nak Buku PERCUMA?

 

Sebelum ni saya ada maklumkan nak memberi SEBUAH BUKU secara PERCUMA kepada SEORANG BLOGGER. Jadi di sini saya nak menawarkan peluang kepada semua sahabat blogger yang berminat dengan judul buku terpilih dan sanggup memenuhi sedikit syarat.

Tujuan saya beri buku percuma? Sebagai hadiah kepada sahabat blogger yang berminat dengan buku dan saya mahu hasil pembacaan buku tersebut dikongsikan di blog supaya dapat menyemarakkan lagi dunia perbukuan.

——————————————————————

CARA DAN SYARAT :
1. Pilih salah satu judul buku berikut :
  1. SEPERTI AIR YANG MENGALIR, Pahrol Mohamad Juoi (226 halaman / bukan fiksyen)
  2. TENANG, KITA ADA AL-QURAN, Hafizul Faiz (290 halaman / bukan fiksyen)
  3. MINIMALIS, Faridah Ghazali (232 halaman / bukan fiksyen)
  4. KUNANG PESISIR MORTEN, Raiha Bahaudin (233 halaman / fiksyen)
  5. PENULIS YANG DISAYANGI TUHAN, Bahruddin Bekri (388 halaman / fiksyen)
- nak tahu lebih lanjut berkenaan buku di atas sebelum membuat pilihan? Boleh buat carian di internet atau terus lihat ulasan buku di Goodreads.

2. Kemudian tinggalkan komen “Saya nak buku _______ (nyatakan judul pilihan).

3. Seorang penerima buku percuma akan dipilih secara rawak menggunakan Random.org.

4. Blogger yang terpilih perlu membaca buku yang diterima dan membuat perkongsian hasil pembacaan buku tersebut di blog dalam tempoh 30 hari selepas menerima buku.

- panduan untuk membuat perkongsian hasil pembacaan : semasa membaca, buat catatan ringkas berkenaan apa yang kita rasa sewaktu membaca, kata-kata yang mengesankan, bab menarik dan pengajaran yang kita perolehi daripada buku tersebut. Tiada yang salah atau betul dalam membuat catatan perkongsian buku, tujuannya hanya untuk berkongsi buku apa yang telah kita baca.

——————————————————————-

Tawaran ini saya buka hanya untuk sahabat blogger yang beralamat di Malaysia dan sehingga hari esok RABU 16 Mac 2022. InsyaAllah hari Khamis saya akan maklumkan siapa penerimanya. Tapi kalau tawaran ini tidak bersambut, pun tak mengapa. Sebab saya faham juga yang syarat dikenakan mungkin sedikit membebankan.



15 comments:

  1. Wahhh menarikk

    saya nak buku SEperti Air Yg Mengalir๐Ÿฅฐ✌️

    ReplyDelete
  2. Saya nak buku Seperti Air Yang Mengalir, Pahrol Mohamad Juoi.

    ReplyDelete
  3. menarik tawarannya..rasanya tak mampu penuhi syarat #4..huhu..

    ReplyDelete
  4. Saya nak buku TENANG, KITA ADA AL-QURAN.

    Insya Allah akan buat ulasan.

    ReplyDelete
  5. Salam. Saya nak buku Penulis Yang Disayangi Tuhan. Harap ada rezeki

    ReplyDelete
  6. Menariknya.
    Saya berminat tapi rasanya tidak mampu sebab minggu depan hingga penghujung April ada komitmen dengan Seri Paduka Baginda.
    Saya doakan semoga berjalan lancar.
    Moga ada peluang yang lain pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  7. Saya nak buku PENULIS YANG DISAYANGI TUHAN.

    Harap ada rezeki :)

    ReplyDelete
  8. saya nak buku MINIMALIS

    ๐Ÿ˜๐Ÿ˜€

    ReplyDelete
  9. Saya nak buku Kunang Pesisir Morten :)
    Moga ada rezeki aamin

    ReplyDelete
  10. Berminat.. Tapi rasanya tak sempat nak baca dalam sebulan.. Saya sendiri kena siapkan beberapa buah buku tahun ini.

    ReplyDelete
  11. TERIMA KASIH SEMUA. Penerima bertuah sudah saya umumkan pada entri berikutnya ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  12. alaaaaa dana baru buka blog akak arini... ala tak dapat buku free....

    ReplyDelete
  13. Tahniah semua yang bertuahh ! :)

    ReplyDelete
  14. Lambat datang sini. Menarik dealnya kak :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita ๐Ÿ˜Š

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****