🎶
Kereta lembu
Dari Melaka
Di tarik pula oleh
Lembu perkasa
Hah… kereta lembu
Rodanya dua
Jalannya tak laju
Sejam sebatu
🎶
Semasa nak buat entri giveaway ni, saya teringat pula lagu Kereta Lembu. Terus buat carian dan letak sebahagian lirik di sini. Lirik selanjutnya tak sesuai letak sebab ada unsur syirik - mandi safar di pantai. Apa pun, kereta lembu merupakan khazanah warisan yang harus dikekalkan. Salah satu caranya, dalam bentuk buku. Kiranya, bertuahlah siapa yang dapat buku Kereta Lembu dari Melaka ni.
Jom sahabat blogger kita sertai giveaway oleh blogger Fairus ni! Saya tak tahu nak tag siapa, mujur juga ia cuma syarat pilihan. Tapi nampaknya memang dah banyak penyertaan yang diterima tu. Bagi yang nak sertai, terus klik pada poster di atas ya. Tarikh akhir adalah pada 8 Mac 2022.
Semoga berjaya.
ReplyDeleteAamin. Terima kasih NA.
DeleteSemoga beroleh rezeki!
ReplyDeleteAamin, terima kasih Syaz.
DeleteTak pernah tahu lagu kereta lembu tu kak. Dah jarang nampak kereta lembu kan. Bagus juga dibukukan supaya tak pupus dek zaman.
ReplyDeleteTu tandanya Fiza jauh lebih muda daripada akak, pasal tu tak pernah dengar lagu Kereta Lembu 😁
Deleteada jumpa replika kereta lembu dekat melaka! selalunya kereta kuda, jarang pakai kereta lembu..
ReplyDeleteTengah ingat-ingat, yang dulu akak jumpa masa ke Melaka tu kereta kuda atau lembu ek..😅
DeleteTerima kasih atas sokongan. Ianya dihargai.
ReplyDeleteSama-sama :)
Deletegood luck
ReplyDeleteGoodluck
ReplyDelete