Monday 7 March 2022

Janji Temu Kedua Dengan Pakar Periodontik | Rawatan ‘Root Surface Debridement’

Selepas janji temu pertama dengan doktor pakar Periodontik (catatannya DI SINI), Alhamdulillah…janji temu kedua untuk rawatan Deep Cleaning (Root Surface Debridement) gigi bahagian atas, selamat dilakukan pada hari Khamis, 3 Mac 2022.

Kali ni saya dapat slot akhir, iaitu pada pukul 5 petang. Di sini susah sikit kalau nak memilih slot mengikut masa sendiri, nanti makin lambat pulak janji temunya.

Klinik Freeda Woon - Periodontics & Dental Specialist Clinic
Prosedur rawatan sama saja seperti pada janji temu pertama (kecuali x-ray tak perlu dilakukan lagi). Doktor Freeda memberi suntikan bius pada bahagian dalam atas mulut saya, entah berapa suntikan semuanya saya tak pasti. Berbanding rawatan kali pertama (untuk gigi bahagian bawah), kali ni saya terasa sakit sewaktu suntikan dilakukan pada bahagian lelangit. Keluar air mata jugaklah saya dek menahan kesakitan. Kalau tak silap saya, ada dua suntikan dilakukan pada bahagian lelangit. Menurut doktor, suntikan pada lelangit terasa menyakitkan sebab berhampiran tulang.

Seterusnya bila bahagian atas mulut saya sudah merasa kebas, rawatan deep cleaning dilakukan. Sesekali saya cuba juga membuka mata (di sebalik safety glasses) untuk melihat peralatan apa yang digunakan. Tetapi dengan segala percikan halus air dan sinaran cahaya lampu yang terang, memang sebaiknya saya pejam mata sajalah sepanjang rawatan. 

Selesai deep cleaning, doktor mengambil bacaan ukuran gigi. Hasil bacaan ini nantinya akan digunakan untuk melihat sejauh mana kejayaan hasil rawatan deep cleaning yang telah dilakukan. Hasilnya akan dinilai selepas dua bulan rawatan.

Dan yang terakhir, doktor melakukan splinting (‘ikat gigi’) untuk 4 batang gigi. Lebih panjang dan saya terasa lebih tebal berbanding splinting gigi bahagian bawah. Memang ada rasa ketidakselesaan sebab ada sesuatu pada bahagian sebelah dalam gigi. Tetapi bila melihat gigi jadi lebih elok rapat dan tidak goyang, saya rasa gembira dan melupakan rasa tak selesa tersebut. 

Caj rawatan untuk janji temu kedua.
Proses rawatan kali ni mengambil masa 1 jam. Alhamdulillah selesai! Tempoh masa penyembuhan gusi adalah selama dua bulan, insyaAllah janji temu seterusnya pada bulan Mei. Apa rawatan selanjutnya? Itu bergantung kepada keadaan kesihatan gusi saya. Kalau semuanya baik-baik saja, saya cuma perlu buat rawatan susulan setiap 6 bulan. Semoga Allah beri kesembuhan kepada gusi saya dan tak perlulah saya menjalani rawatan lanjutan.

Perjalanan balik ke tanah besar (Seberang Perai) melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang. Masa ni sudah pun melepasi pukul 7 malam.
Kesan ubat bius tadi hilang sepenuhnya kira-kira 2 jam selepas rawatan. Barulah saya boleh kembali bercakap dan makan secara normal. Kali ni, saya terasa ada sedikit kesakitan (kesan rawatan deep cleaning tadi) selepas ubat bius hilang. Esok paginya juga masih kurang selesa, tetapi Alhamdulillah selepas itu semuanya kembali normal.

Saya catatkan semuanya di blog untuk rujukan sendiri pada masa akan datang dan sebagai perkongsian bagi mereka yang menghadapi masalah penyakit gusi seperti saya. Nak buat rawatan ni pun bukanlah mudah, saya perlukan semangat dan sumber kewangan. Memang banyak kosnya, tetapi kesihatan itu adalah kebahagiaan. Terima kasih Allah, dengan kehendak-Nya segala urusan berjalan lancar.






.

14 comments:

  1. Betul sis, rawatan begini modalnya besar. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Semoga segera beransur pulih.

    ReplyDelete
  3. membacanya pun buat ciknur terasa aduhaiii takutnya nk buat rawatan gigi ni
    seram sejuk satu badan

    ReplyDelete
  4. Saya jarang mendapatkan rawatan pergigian.. Gigi pun dah banyak rosak terutama di sebelah geraham..

    ReplyDelete
  5. Semoga rawatan kali ni ada perubahan lebih baik. Nanti tak perlu ada rawatan susulan lagi. Semoga cepat baik gigi akak. Aamiin...

    ReplyDelete
  6. Betul kena ada sokongan mental dan kewangan.
    Harap hanya susulan setiap 6 bulan sahaja nanti. Amin.

    ReplyDelete
  7. Semoga Ujie cepat sembuh...

    ReplyDelete
  8. semoga lepas ini baik2 saja...

    ReplyDelete
  9. Moga lepas ni tak ada masalah dan baik2 saja.

    memang betul rawatan gigi mmg kosnya besar, mcm anak hari tu sakit gigi sebab wisdom tooth dia ganggu gigi lain, kena cabut dengan kos RM750 kalau tak silap..mmg urut dada.

    ReplyDelete
  10. hari tu nak buat scaling pun takut2..anak pulak memang menangis la bawak ke klinik gigi..semoga baik2 saja kak ujie

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah
    yang penting, gigi dan gusi terpelihara

    ReplyDelete
  12. Teringat masa prosedur buang gigi bongsu dulu tapi ini nampaknya lagi menyakitkan. Paling tak suka inject pada lelangit. Boleh menangis

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****