Tuesday, 3 August 2021

Scone dan Strawberi Dari Cameron Highlands

Hari Jumaat lalu, suami saya ada kerja di Cameron Highlands. Sebelum balik sempatlah beliau membeli sedikit buah tangan dari CH. Menurut cerita suami, hampir semua kedai tidak beroperasi. Jalan pun tak sibuk. Kampung Taman Sedia (lokasi suami membeli buah tangan) pun lengang. Begitulah suasana CH dikala pendemik.

Buah tangan dari CH, sekilo strawberi dan sebekas scone.

Beli pada hari Jumaat, sampai rumah pada hari Sabtu. Dah ada beberapa biji yang mula diselaputi kulat dan lembik. Buah strawberi ni suami dapat pada harga yang rendah, cuma RM15/kg. Saiznya bercampur besar dan kecil, tapi banyak yang besar. Mungkin sebab orang tak berjalan ke CH, jadinya penjual menurunkan harga bagi pembeli di CH. Sebelum tu suami ke sebuah kedai lain, harga strawberi di situ masih mengekalkan harga biasa iaitu RM25/kg

Tips simpan buah strawberi - alaskan bahagian bawah bekas penyimpanan strawberi dengan tisu dapur, tutupkan juga bahagian atas strawberi dengan tisu dapur. Tisu dapur dapat menyerap lembapan pada buah strawberi seterusnya mengelakkan terjadinya kulat. Betul ke tak? Cubalah sendiri ya. Setakat hari ini, memang langsung tak berkulat buah strawberi yang saya simpan cuma ada yang lembik. Tinggal sikit je, hari ini habislah dimakan. Tips ni saya terbaca di Facebook.

Scone House of Scones ni pula suami beli di kedai Opah Strawberries & Jams. Satu bekas ni RM20 - ada 4 biji scone pelbagai perisa, 4 pek mini Anchor Butter dan 2 bekas jem strawberi. Tapi sebab tak banyak perisa yang tinggal, perisa red velvet tu terpaksa ambil dua. Kiranya ni ada 3 perisa berbeza jelah - red velvet cheese, lemon cheese, strawberry cheese. Masa dapat ni saya buka, harum bau scone. Jem strawberi tu pun sedap baunya.

Pihak Opah Strawberries juga ada buat pengeposan untuk scone ni. Dan mereka pun ada ejen bagi memasarkan scone serta produk-produk lain ke luar CH. Harga jualan tak samalah kalau kita beli sendiri di CH ni, sebab mengambil kira kos bawa turun dan komisen ejen. Kalau nak tau lebih lanjut boleh ke Facebook - Opah Strawberries & Jams.

Ni scone perisa red velvet dan lemon. Saya panaskan guna air fryer suhu 160 darjah, 5-6 minit gitu (lebih sesuai guna microwave, jika ada). Belah dua, sapukan butter dan jem strawberi. Disebabkan scone lemon tu cuma sebiji, sebelah untuk saya dan sebelah untuk suami. Adil sama merasa. Rasanya? Sedap! Saya lebih suka perisa lemon berbanding red velvet.

Tak dapat ke CH, dapat buah tangan dari sana pun jadilah. Alhamdulillah.






.

22 comments:

  1. salam
    rinduu nk g Ch
    sedapp. strawbery freshbti
    kesian. kan peniaga2 buah2 disna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, ramai yang terjejas sebab CH tempat pelancongan.

      Delete
  2. Sejak pandemik semua tempat percutian seperti sunyi tak meriah macam selalu. Peniaga juga tak ramai dah sebab di CH saya dengar struggle untuk survive musim pandemik ni. buah, sayuran, bunga semua guna kaedah jualan online untuk terus survive. Semoga perniagaan mereka terus mendapat pendapatan berterusan. Jual murah tu strategi bagus juga untuk kekal laku hasil jualan. Macam tu ye kak cara untuk elakkan strawberri kekal okay. Biasa beli bawa turun bawah je dah mula lembik. Tq share. Scones saya tak pernah makan lagi. nampak menarik ada red velvet tu. Alhamdulillah dapat juga rezeki dari CH even dah tak jejak ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la Fiza masuk list nak makan apa bila dapat ke CH nanti - scone.

      Delete
  3. CH itu tidak pernah tidak lengang.
    Rindu juga pergi CH. Oklah ada kesempatan pergi sana. Kalau sahaja ambil angin/bercuti memang tidak boleh.
    Suka beli sayur-sayur juga di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambang mata kalau bab memilih sayur kan! Rasa semua nak ambik serba sikit. Hehe

      Delete
  4. teringat strawberry cicah coklat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang masak coklat sendiri ni, baru sedap makan dengan strawberi.

      Delete
  5. Waa.. apesal tak ikut suami ke Cameron Highlands tu, boleh ke lepak di hotel sehari dua.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau laaa ada surat majikan untuk saya juga..huhu

      Delete
  6. Sedap aroma lemon kan Ujie.
    Dulu kalau pergi GH rasa stress betul dengan kesesakan lalu lintasnya. Sekarang lengang pula, tapi tak boleh pula nak jalan-jalan.

    ReplyDelete
  7. bestnya kak, mujur masih ada kedai bukak utk beli scone dan buah tu kak... kesian kan tempat-tempat pelancongan di malaysia ni yang mula sunyi dari kunjungan pelancong... moga cepatla hilang covid nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya akak buat carian siap2 kat Fb, tengok page derang tu yang tau mana yang masih menjual masa sekarang ni. Pastu bagitau la kat suami. Hehe..

      Delete
  8. wah sedap , strawberi tu nampak fresh sangat ,

    ReplyDelete
  9. thankks share tips simpan strawberry tu. rindunya nak ke CH. siapa sangkka tempat paling sibuk sekarang dah sunyi

    ReplyDelete
  10. menarik scone tu..mcm xpernah mkn pulak ^_^

    ReplyDelete
  11. sedapnya stroberi & scones..

    ReplyDelete
  12. Tak pernah lagi cuba scone tu... Huhuu rindu nak pergi CH...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****