Cerita hari Ahad lepas, buat pertama kalinya saya merentas daerah setelah beberapa bulan berkurung dalam lingkungan yang dibenarkan. Untuk info, mulai 10 Ogos 2021 beberapa kemudahan seperti rentas daerah dibenarkan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap bagi negeri PPN (Pelan Pemulihan Negara) Fasa 2 dan seterusnya.
Punyalah rasa teruja nak pergi berjalan-jalan merentas daerah je pun…hehe. Dan berdebar juga nak melepasi SJR (Sekatan Jalan Raya) di sempadan daerah SPS - SPT. Sampai di SJR, kenderaan berbaris panjang. Nampak polis bertanya dan menjenguk ke dalam kenderaan, tak ada yang lepas begitu saja. Tiba giliran kami, polis bertanya “Nak ke mana puan?”. Polis berada di bahagian sisi penumpang, jadinya sayalah yang kena menjawab. Lepas tu polis tanya pasal vaksin dan mahu lihat bukti. Saya hulurkan kad vaksinasi saya dan suami. Memang dah sedia awal-awal kad tersebut, rasanya lebih mudah berbanding hulur telefon. Polis melihat tarikh vaksin dan mengangguk kepala. Selesai. Boleh teruskan perjalanan. Hehe…terasa begitu berharganya kad vaksinasi, kalah kad pengenalan masa ni kan!
Tempat tujuan kami - AEON. Sebelum masuk, sekali lagi kena tunjuk bukti sudah vaksinasi lengkap. Kali ni barulah saya tunjuk sijil digital di MySejahtera. Suasana AEON agak tenang, tak ramai pengunjung. Maklumlah, yang lengkap vaksinasi saja boleh masuk memanglah tak ramai.
Kedai pertama dituju - Daiso. Kedai kegemaran saya ni. Suami saya cuma nak membeli buku nota di sini, buku yang ada dah nak habis guna. Saya pulak bila dah masuk sini, mesti nak terambil juga beberapa barang kegunaan rumah. Itu menarik, ini menarik. Takpe, kita bantu gerakkan ekonomi! Alasan yang menyejukkan hati. Dalam Daiso ni pun cuma ada dua tiga orang pelanggan selain kami, tak ramai. Juga bukan semua bahagian dibuka jualan, bahagian barangan penjagaan diri/kecantikan diletak pita merah putih.
Dari Daiso barulah kami membeli-belah barangan dapur di pasaraya Aeon. Biasanya beli barang di kedai runcit atau pasaraya berhampiran rumah, di sini dapatlah lebih banyak pilihan barangan. Itulah bezanya. Sama seperti di Daiso, di sini pun nampaknya tak ramai orang. Tak perlu berbaris panjang di kaunter bayaran.
Sebelum balik, teringin pulak nak menikmati nasi Arab. Saya buat carian di aplikasi Google Maps, jumpalah restoran Qasar Hadramawt. Baca ulasan menarik, jomlah kita cuba. Kami beli dan bawa pulang, tak makan di restoran. Dan nampaknya memang tak ada pun pelanggan yang makan dalam tu. Masing-masing datang dan minta bungkus. Itulah yang sebaiknya, situasi masih belum selamat. Berbalik kepada rasa nasi Arab di restoran ni, Alhamdulillah sangat memuaskan selera! Tiada gambar sebab sampai rumah je tak sabar nak makan.
Itulah kisah kad vaksinasi yang laku digunakan. Panjang meleret pulak jadinya. Takpelah, simpan cerita untuk memori akan datang. Detik di mana kita merindui kebebasan dan menghargai setiap hal-hal kecil. Kita tak perlukan hal besar untuk rasa bahagia dan bersyukur. Dapat pergi AEON, masuk Daiso, makan nasi Arab dan oh ya dapat makan sofuto Family Mart…dah sangat gembira dan syukur!
Semoga kita dapat kembali pada keadaan yang asal..
ReplyDeleteketat ye kak kat sana, kami sejak pkpd selangor haritu, dari rumah di selangor nak ke pejabat di kuala lumpur takde sjr pun. Mungkin laluan dana selamat dari sjr, buat masa ni tak pernah pergi lagi mall. Kalau ke mall pun dana jelah yang lepas sebab dah 2 dos Edy tak lepas lagi.
ReplyDeleteBetul itu perkara kecil pun boleh buat gembira. Hehe saya pun gembira kalau beli barang diingini.
ReplyDeleteAlhamdulillah.
Alhamdulillah mujur polis bagi kebenaran untuk teruskan perjalanan lepas tengok kad vaksin .
ReplyDeleteSeram sejuk nak melepasi SJR tu walaupun tak buat salah. Strict juga belek satu satu isi kereta. Memang berharga sangat kad vaksin tu. Saya pun rasa nak merentas daerah juga nak menikmati keindahan pantai.
ReplyDeleteSeronok lain macam dapat keluar dan shopping tanpa bersesak bila dah lama terperap kat rumah ni kan.
jangan cuba2 buat 'experiment social' pula ya ..hehe
ReplyDeleteHaritu Zhi pegi minum kopi (dine-in).. rasa macam peliknyaaaa orang pandang and zhi sendiri pun rasa pelik bila dah lama x makan kt kedai. Oh, the world we live in! Apalah semua ni..
ReplyDeleteKak Ujie..Aeon kami boleh je masuk seperti biasa tak pula minta yg lengkap dos saja dibenarkan..tp xtahu pulak kot dah tukar rules kan..
ReplyDeletenampak gaya sedap nasi arab tu,smpai xdan bergambar kak ujie heheee..kdg2 saya pun mcm tu juga kak ujie..heheee
Daiso... saya perlu waktu lebih satu jam untuk belek-belek barangan di sini heheheee.
ReplyDeletePandemik buat kita menghargai hal-hal kecil kan kak. Dulu kita pandang mudah kesempatan jumpa kawan dan keluarga, bila dah susah dapat jumpa ni haih tetibe teringat-ingat. Alhamdulillah Penang dah Fasa 2. Selangor dan KL masih banyak pantang-larangnya. Huhu
ReplyDelete