Thursday 19 August 2021

Lagi Kiriman Dari Kampung

Bulan lepas kami terima kiriman buah rambutan dan manggis dari kampung (entrinya DI SINI). Semalam petang, sekali lagi kami terima kiriman dari kampung. Adik ipar poskan dari Johor pada hari Isnin dan semalam hari Rabu selamat kami terima. Jauh dari selatan ke utara tanah air. 

Kali ini mak mentua kirimkan buah pulasan. Penghantaran menggunakan khidmat kurier Gdex.

Tahun ni buah-buahan di sekeliling rumah menjadi, tapi anak-anak pula tak boleh balik. Buah dikirim tanda ingatan dan nak bagi anak-anak merasa.

Alhamdulillah buah pulasan yang dikirim elok semuanya, tak ada yang rosak. Buahnya bersaiz besar dan tebal isinya. Dengan sekali hadap, hampir habis saya dan suami makan.

Beginilah di musim pandemik, tak dapat bertemu cuma buah dikirim tanda ingatan. Kasihnya emak, ingat pada anak-anak. Siapa sangka, tiba detik masa begini yang mana kita tak boleh pulang ke kampung walaupun duduk dalam satu negara. Sudah 8 bulan saya dan suami tak menjenguk mak-mak kami di Johor sana. Semoga kita semua diizinkan Allah bertemu dengan orang tua kita dan ahli keluarga lain dalam suasana yang gembira.


27 comments:

  1. Alhamdulillah
    Rezeki dari kampung dikongsi bersama

    ReplyDelete
  2. Bestnya dapat buah pulasan....SA teringin sangat..tapi tu la..xde plak nampak orang jual

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..dapat juga akak merasa buah pulasan. baru cakap cakap haritu. Rezeki sampai pada masanya. Tudiaa hampir habis sekali hadap. Seronok kan dapat makan buah pulasan. Elok elok buahnya walaupun dihantar dari selatan nun jauh tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa akak makan aritu memang terus teringat kat Fiza tau..haha

      Delete
    2. Hehehe..Saya pun baca entri ni teringat komen akak dalam entri tu. Tahu tahu rezeki akak sampai :)

      Delete
  4. Alhamdulillah.. Dapatlah merasa hasil dari kampung.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.Rezeki.Gerampnya tengok isi pulasan tu.Terliur.Hu3.

    ReplyDelete
  6. Betul cantik rupa pulasan dalam kotak. Alhamdulillah tiada yang rosak. Hehe makan dengan syukur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Na..makan dengan syukur dapat merasa buah dari kampung dan syukur elok je semua.

      Delete
  7. Sedapkan pulasan..shida pertama kali makan kak ujie itu pun org kirim ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh..mungkin sebab pulasan ni banyak belah selatan kot.

      Delete
  8. cantikny/.. sedap pulasan.. macam nk suruh adik tanam pulasan kat kg..heheh
    . pandemik ni mmg harap org kg anta buah..hehe..sb nk beli malas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanam la...buah pulasan ni bukan buah yang senang jumpa macam rambutan.

      Delete
  9. Alhamdulillah . Dapat juga merasa rezeki dari kampung

    ReplyDelete
  10. Sedap kan pulasan ni. Kalau boleh rentas negeri, mesti dah balik kampung kan..huhu..takpe, buat masa ni Alhamdulillah boleh post. dapatlah jugak merasa pulasan ni kan

    ReplyDelete
  11. dapat makanan pengganti rindu..hukhuk

    ReplyDelete
  12. sedapnya pulasan..Alhamdulillah, yang jauh diingati..

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah. Ada jalannya untuk kongsi rezeki.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****