Wednesday, 18 August 2021

Musim Cempedak Pun Tiba, Kita Buat Cempedak Goreng

Sebelum ni puas makan durian, buat serawa durian. Kali ni tiba pula musim cempedak. Sana sini nampak orang jual cempedak. Terbayang aroma harum cempedak goreng, aduhai sedapnya! Kena beli ni.

Suami beli cempedak ni di Kedah. Harganya RM8/kg. Berat cempedak ni hampir 3 kg.

Berdebar juga saya masa suami belah buah cempedak ni, kot isinya mengecewakan. Alhamdulillah isinya banyak, bolehlah saya buat cempedak goreng. Kalau makan gitu je, saya kurang suka.

Sebiji buah cempedak tadi, Alhamdulillah dapatlah 3 kali kami menikmati cempedak goreng.

Resepi Cempedak Goreng Rangup :
*sukatan anggaran untuk 20 ulas cempedak

 Bahan
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Sedikit air kapur makan
Air secukupnya
2 sudu besar minyak panas

Cara
  1. Satukan semua bahan kecuali minyak panas, kacau sebati sampai jadi bancuhan tepung yang tak pekat dan tak cair (jangan cair sangat sebab nanti nak tambah minyak panas). Sementara tu dah boleh panaskan minyak di kuali untuk menggoreng.
  2. Tambahkan minyak panas dalam bancuhan tepung, kacau sebati. Sedia untuk digunakan.
  3. Masukkan cempedak, gaul rata dan goreng.
* fungsi air kapur dan minyak panas untuk merangupkan gorengan.
* gunakan minyak yang banyak supaya gorengan masak sekata dan gunakan minyak yang cukup panas supaya gorengan rangup dan kurang berminyak.

Ada pilihan cara lain lagi untuk resepi gorengan yang rangup. Tapi inilah resepi yang biasa saya guna untuk buat apa-apa gorengan, ikut cara mak saya. Air kapur tu saya guna bila ada je, kalau tak ada pun masih rangup cuma saya dapati tak serangup bila ditambah air kapur.

Gorengan cempedak terakhir untuk sarapan pagi semalam. Masak sendiri, boleh makan banyak. Lepas tu bila timbang berat badan, mulalah risau berat naik! Haha.



24 comments:

  1. dah 2 hari ngadap.menu ni he hee mkn puas2 kat en somi

    ReplyDelete
  2. Oh guna air kapur. Haah makan puas-puas apabila tiba musim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah abis musim, susah pulak nak mencari.

      Delete
  3. sedapnyaaaaa kite punya feveret ni.. tapi selalu kite beli yang dah siap goreng.. mahal betul sekarang harga dia haha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengarnya ada yang jual rm1+ untuk seulas cempedak goreng.

      Delete
  4. Replies
    1. Ni pun kira ok kot Wak. Ada yang berbelas RM sekilo.

      Delete
  5. Saya ada tanam sebatang pokok cempedak di belakang rumah.. Harap-harap nanti berbuahlah..

    ReplyDelete
  6. Oh tak pernah lagi buat guna air kapur. Mungkin akan datang boleh cuba.

    Hehe kebetulan baru 2 hari lepas makan cempedak goreng. Nyummy!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba letak minyak panas je, kalau takde kapur makan. InsyaAllah tetap rangup.

      Delete
    2. Baik, nanti Cik TK cuba! Terima kasih!!

      Delete
  7. semalam kak ana jumpa kat kedai acheh sekilo rm 6 harga cempedak ni, sedap buat goreng kan ujie :)

    ReplyDelete
  8. bila tiba musim cempedak ni , arwah mak saya selalu buat sarapan cempedak goreng. saya makan je, cuma tak berapa gemar bila cempedak yang dimakan buat rasa saya tercekik sbb isi dia tebal sangat. haha

    sekarang ni berbuah cempedak dah tak setebal dulu, padahal pokok yang sama. merajuk kot sebab mak saya dah tak ada. haha

    ReplyDelete
  9. Harumnya aroma cempedak goreng!
    Biasanya cempedak goreng dah habis, baunya masih lagi ada di dapur!

    ReplyDelete
  10. Jarang dah nampak kapur dalam bekas. Ingat dulu guna untuk letak kat tempat kena gigit nyamuk. elok. Tak pernah tahu pulak boleh guna untuk rangupkan kuih bergoreng ni. Sedapnya cempedak. Belum jumpa cempedak lagi. nanti nak beli jugaklah.

    ReplyDelete
  11. Takut nak beli cempedak..takut kena scam xde isi...

    ReplyDelete
  12. boleh cuba resepi kak ujie..shida selalu guna tepung goreng siap cap adabi tu jer...hat rangup ^_^

    ReplyDelete
  13. Kalau beli sekarang ni, seketul dah 50sen

    ReplyDelete
  14. sedapnya..puas makan..Alhamdulillah, dapat buah yg baik..

    ReplyDelete
  15. sedapya cempedak..tk merasa lagi

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****