Setelah sekian lama tak ke IKEA Batu Kawan, semalam sengaja saya dan suami nak berjalan jauh sikit dari rumah sambil membeli makanan di IKEA. Memang stor IKEA ditutup sejak PKP 3.0, tetapi bahagian jualan makanan masih beroperasi.
Pembelian makanan secara pesan dan bawa pulang di IKEA Bistro.
Tak boleh masuk bersama ke bahagian kaunter tu, saya tunggu di sini sajalah memerhati suami membeli. Kalau agak ramai sikit, pengawal keselamatan akan mula bersuara. Matanya memang tak lepas memerhati bahagian kaunter.
Kegemaran saya - frozen yogurt. Kali ni tak boleh buat sendiri, semua dibuat oleh staf. Sementara menunggu makanan belum siap, froyo ni bergambar dulu.
Dah siap, nak balik perlu melalui kaunter stor IKEA. Terasa sedih tengok situasi begini. Sepi dan suram. Tadi pun selesai membeli, staf di kaunter berpesan “…datang lagi ya, support kami”.
Sewaktu kami tiba di pintu keluar, nampak ada dua orang polis datang membuat pemantauan. Bagus begini, apalah guna peraturan kalau tiada pemantauan oleh pihak berkuasa.
Dari IKEA kami terus balik ke rumah untuk menikmati hidangan tengahari yang dibeli tadi. Kebetulan tadi kami lupa bawa bekas sendiri dan rancang untuk beli je bekas di sana. Tapi rupa-rupanya tak perlu, IKEA dah sediakan bekas kotak begini.
Bekas bebola daging ni juga diperbuat daripada bahan kertas yang tebal dan kukuh.
Tadi petang diumumkan kemudahan bagi individu yang telah divaksin lengkap dan berada di negeri dalam fasa 2 (dan seterusnya), antaranya dah boleh makan di kedai. Tapi rasanya tak berani saya nak makan di kedai dalam situasi sekarang walaupun PP berada dalam fasa 2. Hari ini saja dilaporkan 360 kematian kes COVID-19, tertinggi sejak pandemik melanda negara. Juga dengan varian-varian baru yang muncul disebabkan mutasi virus dalam badan manusia. Semuanya membuat kita perlu kekal berhati-hati.
Beginilah situasi kita hari ini. Walaupun bercerita tentang makanan (sesuatu yang menggembirakan), jauh di sudut hati sedang bersedih dengan berita duka yang saban hari singgah di media sosial. Semoga Allah beri kita semua kesempatan untuk hidup bebas seperti sebelum pandemik.
Lama tak melangkah kt ikea . Rindu nak makan meatball ikea
ReplyDeletesedihnya pesanan staf tu kak ujie..ckp terkesan dgn kata2 tu..kalau bukan kita sape lg nk support huhuu..Allahu..
ReplyDeleteTerliur tengok makanan ikea ni. Walaupun duduk dekat je dengan Ikea tapi tak sempat lagi nak merasa. Huhu
ReplyDeleteLamanya tak makan Ikea. Patuh betul pengurusan dengan SOP. Syarikat ternama kan, kalau ada kes nanti rosak reputasi. As for me, dine in tu kalau bukan waktu puncak ok gak kot. Rindu juga makan semeja dengan rakan-rakan
ReplyDeletewow..bestnya meatball IKEA yg femes tu...time pkp ni, ada org buat bisnes amik order meatball ikea..ramai peminat..
ReplyDeleteSaya pun sudah lama tidak makan makanan IKEA. Hehe suka bebola daging dengan kentang putar, kuah dan jem elderberi.
ReplyDeleteAha memandangkan Puan Ujie boleh pergi, harap dapat beli selalu untuk sokong perniagaan.
teringin pulak bila tengok akak kongsi menu di ikea nih... yelah sedihnya ikea tutup untuk pembelian langsung tapi tetap boleh beli secara online...
ReplyDeleteselalu paling wajib mesti beli karipapnya...
yelah kalau dana pun masih takut lagi kak sebab kes harian masih lagi berbelas ribu...
sedih kan tgk keadaan skang.
ReplyDeletehrp2 semuanya kembali pulih seperti dulu.
rndunya nk pegi ikea batu kawan. baru smpt pergi 1-2 kali je. ni dh berbulan tak balik penang..
Bilalah Melaka nak ada Ikea ni .
ReplyDeleteSedihnya tengok IKEA kosong macam tu, selalu mesti ramai saja...and that meatball, yummehhhh :P
ReplyDeleteohh IKEA bukan juga cafenya ye. Sedihnya tengok sepi macam tu. Struggle nak survive dalam pandemik ni. Senang lah juga dorang dah siap sediakan bekas. Tak pernah rasa yang akak beli ni. Biasa beli karipap je lah. Selagi kes makin tinggi memang tak berani lah nak keluar lama lama kat luar kalau tak ada urusan.
ReplyDeletePernah pergi sekali IKEA
ReplyDeleteTapi tak pernah cuba meatball Ikea tu . Sedih tgk kosong je IKEA tu . insyaAllah kita support
rindu pula dengan meatball ikea.. sejak PKP tahun lepas mmg x menyinggah ke ikea cheras walaupun kerap juga lalu sebelah Mex Highway.
ReplyDeleteRindu ikea 💖
ReplyDeleteSedihnya bila tengok keadaannya sunyi sepi. Rasa macam dah lama betul tak pergi ikea.
ReplyDeleteSedihnya dengar pesanan staff di kaunter. Tak dapat bayangkan bagaimana peniaga kecil di luar yang menghadapi kesukaran di musim wabak ini. Moga semuanya akan pulih seperti sediakala.
ReplyDeleteSemoga lepas ni kita semua dapat membeli belah di Ikea lagi...rindunya nak shopping macam dulu2..macam mana la staff2 Ikea nak survive kalau tiada yang berbelanja di sana kan? yang penting harga barangan murah x?
ReplyDeletelama xmakan menu ikea
ReplyDelete