Monday 12 July 2021

Kucing Tidur


Rupanya-rupanya istilah ‘kucing tidur’ bagi durian ada dalam kamus DBP…hehe.

Orang lain dah lama ber’durian’, kami baru merasa durian untuk musim kali ini. Dapatlah isi durian ‘kucing tidur’ ni. Sebiji durian, cuma ada empat ulas. Isinya tebal, rasanya manis. Beli kat pasaraya C-Mart, tu yang siap ada tanda harga. Pertama kali beli durian kat pasaraya tau…haha. Durian jenis apa? Tak pasti pulak.

Hajat di hati nak merasa makan durian di Balik Pulau sementara tinggal di PP ni. Tapi nampaknya belum ada rezeki. Pandemik hampir membataskan segalanya. Takpelah, semua ini datang daripada Allah. Kita hamba-Nya cuma perlu kekal sabar dan terus berusaha serta berdoa supaya dapat melepasi detik sukar ini.


20 comments:

  1. ada ya maknanya dlm kamus dewan..hehe..ingatkan gelaran saja2 je..cantik duriannya..

    #saya dah buat ulasan buku Cinta Hari-Hari Rusuhan bulan lepas..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh..baik, nanti saya cari entri ulasan tu ya :)

      Delete
  2. Ooo.. Sudah rasmi rupanya perkataan ini.. ingatkan cakap-cakap mulut sahaja.

    ReplyDelete
  3. Cantik isinya kak penuh, walaupum cum 4 ulas tapi puas makan

    ReplyDelete
  4. Haha baru tahu isi seulas dalam satu pangsa ialah kucing tidur.
    Tebal dan gemuk. Lagi baguskan satu biji ada daripada banyak biji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..lepas ni Na makan durian bolehla cari kucing tidur.

      Delete
  5. Ohh ada juga ye dalam DBP. Dulu kecik kecik berebut nak kucing tidur. Takpe kak, lambat ber'durian', janji dapat rasa.

    ReplyDelete
  6. Saya hanya dengar-dengar saja kucing tidur tu. Saya suka sangat kalau dapat isi durian kucing tidur! Selalu berebut dengan anak buah.
    Oh! Masih sabar menanti kedatangan musim durian di tempat kami!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh sana belum lagi. Lepas ni dapat tengok tayangan durian LD dari Amie pulak..hehe

      Delete
  7. Saya hanya mampu tengok je sis. ehhehehe...
    tapi hari ni baru faham kenapa dipanggil kucing tidor. tq sis.

    ReplyDelete
  8. Oh.. Dah diiktiraf rupanya istilah kucing tidur. Sedapnya durian, merasa makan seklai je. Harga kayangan di Selangor ni

    ReplyDelete
  9. Cantik rupa bentuk isi durian tu . Nampak macam isinya tebal

    ReplyDelete
  10. ari tu, beli durian D88.
    dpt la 2 kucing tidur.
    dok explain kat anak-anak tentang kucing tidur.
    seulas dalam satu pangsa.
    da diorang bertanya, "kenapa kucing, kenapa tak haiwan lain?" ha ha ha ha...
    sungguh KBAT diorang ni tau.

    ReplyDelete
  11. Saya klik tajuk entri ni, di 5 Catatan Paling Popular MInggu Ini. Ingat, dapat tengok kucing, tapi tengok durian. Hehe... baru tahu, istilah kucing tidur ni. Comel durian dalam gambar. Kecik je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...tak ada kucing dalam entri ni.

      Sekarang musim durian, agaknya ramai buat carian pasal durian kucing tidur. Itu jadi 5 carian paling popular..

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****