Saturday 3 July 2021

Jalan-jalan Hujung Minggu (versi PKP)

Dengan sekatan PKP - tak boleh merentas daerah dan pergerakan tidak melebihi 10 km radius, beginilah acara ‘jalan-jalan’ hujung minggu saya…

Ke Lesong Mart Membeli Barang Keperluan

Inilah kedai yang menjadi kunjungan saya hampir setiap hujung minggu. Kat sini dapatlah saya membeli ayam Ladangku dan telur ayam segar (kuning telur yang masih kukuh dan elok bentuk bulatnya). Kerap kali bila membeli telur ayam di pasaraya berhampiran rumah, saya dapat telur ayam yang dah tak segar.

Kat kedai ni terdapat banyak pilihan produk buatan Muslim. Saya dapati di bahagian utara ni memang lebih rancak penghasilan produk Muslim berbanding di tempat lain. Jadinya ada banyak pilihan produk dan bermacam jenama. Antara produk dari utara yang saya suka guna - rempah kari cap 0 dan kicap Mudim.

Hmm…saya tak tau nak rasa geli hati atau rasa marah dengan peraturan sekarang. Alat tulis dah jadi barang larangan jual. Geleng kepala.


‘Makan Angin’ Dari Dalam Kereta
Selesai membeli barang keperluan, saya ajak suami ‘makan angin’. Kereta kami menghala ke IKEA Batu Kawan.

Deretan pokok kelapa yang menarik perhatian saya.

Unit kediaman dan unit komersial Utropolis, Batu Kawan. Tahun lepas semasa nak mencari rumah sewa, Utropolis ni antara yang masuk dalam senarai pilihan kami. Syukur jumpa rumah lain (yang sekarang saya duduk), sebab Utropolis ni mahal (bagi kami) dan persekitaran yang tak berapa seronok untuk didiami. Cuma seronok dekat dengan IKEA dan Design Village je la, mudah nak jalan-jalan. Tapi musim pandemik bukan boleh jalan-jalan pun, semua tutup. Hehe.

Kereta kami kemudiannya masuk ke Kawasan Perindustrian Batu Kawan sebelum menghala balik ke rumah. Barulah tau kilang Western Digital pun ada kat sini. Ternampak juga bangunan asrama Western Digital (macam belum beroperasi), nampak ada papan tanda klinik dan kedai gunting rambut di bangunan tersebut. Bagus sungguh.

Ok, beginilah cerita jalan-jalan hujung minggu saya hari ini. Sengaja saya abadikan di blog sebagai satu memori, maklum saja keberadaan saya di PP ni hanyalah sementara.






.

18 comments:

  1. Betul.. tadi saya ke kedai, bahagian rak jualan alatan tulis yang sedikit tu pun kena palang.. padahal dekat je dengan kaunter bayaran. Capai pun boleh. Apa punya aturanlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun dah banyak pihak yang bersuara, tetaplah aturan pelik tu kekal begitu.

      Delete
  2. nyaman rasanya sesekali amik angin kan.
    lama dok rumah, nikmat!

    di sini, aida pun kerap singgah di kedai Muslim.
    best. terutama part barang makanan frozen.
    donut. kuih2 melayu kita. bila perlu, kita goreng sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa..betul. Memang membeli kuih frozen kat kedai tu pun, senang nak sarapan/minum petang. Hehe.

      Delete
  3. Bagus juga banyak produk bumiputera boleh dicuba.
    Lagi satu bantu ekonomi juga.

    ReplyDelete
  4. brg muslim kat tempat saya nih... kalau nak repeat beli... stok plak xde... selalu sgt mcm tu....

    rasa ok.. rage pun ok.... tp nk bali.. stok dah xde dan xmasuk2 dah... sedih juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm..memang tak seronok gitu.
      Kat kedai sini okla, cepat je restock barang. Minggu ni takde, dtg minggu dpn dah ada.

      Delete
  5. Rasa happy dapat keluar membeli barang walaupun kedai biasa. Banyak barangan tu. Banyak pilihan untuk pembeli. Jalan jalan menikmati angin luar satu nikmat juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah walau kedai biasa, tapi agak lengkap untuk keperluan harian. Nak pegi Tesco, Giant..tak ada yg dalam daerah/radius 😄

      Delete
    2. Betul tu. Buat masa ni ada kedai dekat banyak pilihan pun dah cukup baik dah. Takpe, lepas Malaysia pulih boleh pergi shopping jauh sikit.

      Delete
  6. Kat area rumah ni ada gak lesung mart tp mcm x byk pilihan Brg2 nye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh..sayang jugak gitu kan.
      Kat sini penuh sentiasa raknya. Leka saya belek..hehe.

      Delete
  7. Saya pun teringin makan angin seperti dulu. Rindu segala suasana dan tempat yang pernah dijejaki sebelum PKP. Pasar ikan, pasar sayur, pasar tani semua saya rindu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan…tahun ni langsung tak pernah ke pasar tani/pasar malam. Huhu..

      Delete
  8. Baguslah barang2 yg dijual segar. Sekali sekala keluar beli brg dapur pun dh happy

    ReplyDelete
  9. samalah..kak ujie..kami punya bosan..pusing2 atas jalan asal xlebih 10km..xkeluar pn drive je duk dalam keta hahaaa^^ janji dpt tgk keadaan luar kan..

    ReplyDelete
  10. tak pernah jumpa lagi rempah kari cap O dan kicap mudim...sekali-sekala keluar mmg lapang fikiran..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****