Wednesday 28 July 2021

Di Mana Terangnya Bulan

Judul : DI MANA TERANGNYA BULAN
Penulis : Bahruddin Bekri
Penerbit : PTS Litera
Tahun terbit : 2013
Jumlah muka surat : 339
Harga : RM25

Buku yang saya miliki ini merupakan buku edisi 1+1, sebuah buku dengan dua judul novel. Saya membelinya kerana nak membaca novel berjudul Penulis Yang Disayang Tuhan (boleh baca ulasannya DI SINI). Setelah sekian lama, barulah saya membaca judul satu lagi iaitu Di Mana Terangnya Bulan.

Melihat kulit buku, saya sangkakan watak utama novel ini adalah seorang perempuan. Tetapi rupa-rupanya novel ini mengisahkan watak seorang pelajar lelaki di Kolej Melayu Tinggi bernama Kamarul. Ia berkisar perjuangan Kamarul demi meneruskan pengajiannya di kolej tersebut. Tetapi ceritanya tidaklah seringkas itu.

Kamarul menghadapi pelbagai cabaran - teman serumah yang tiba-tiba menghilangkan diri dan kemunculan lelaki berambut panjang yang tiba-tiba menjadi teman serumahnya. Kamarul juga secara terpaksa telah terlibat dengan geng penjenayah. 

Walaupun kisah Kamarul penuh dengan keserabutan pelbagai masalah, novel ini disampaikan secara humor yang sering membuat saya tersenyum geli hati. Mana tak geli hati, kalau ketua geng penjenayah merupakan seorang yang minat memasak dan suka memberi nasihat.

Petikan novel 
Hati ini umpama cahaya bulan. Ia akan memancar pada kelakuan dan sikap kita. Jadi sekiranya hati kita gelap, dan samar, ia juga akan dapat dilihat pada sikap kita. Mudahnya, hati kita ini, boleh samar, boleh gelap dan juga boleh menjadi terang. Tetapi, samar, gelap dan terangnya bulan bukan kerana cahayanya sendiri. Tetapi cahaya daripada matahari. Hati kita juga begitu, samar, gelap dan terangnya hati kita bukan kerana hati itu sendiri tetapi akibat daripada apa yang kita niatkan. Niat itu yang memancarkan cahaya kepada hati, ia juga yang memberikan gelap dan samar. Jadi berhati-hati dengan apa yang kamu niatkan.” - halaman 335.

Di Mana Terangnya Bulan, bacaan santai yang menghiburkan dan membawa mesej yang baik kepada pembaca. 


18 comments:

  1. suka genre mcm ni, dlm keseriusan, ada humor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..cerita ni saya kira cukup rencah rasa.

      Delete
  2. Wah mendalam maksud peti kan tersebut. Buat kita berfikir.
    Hehe salam serius dan berbahaya ada juga lawan ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak pula silap. Kena betulkan secara automatik.
      peti kan=petikan
      salam=dalam
      lawan=lawak

      Delete
    2. Hehe..takpe Na, boleh agak Na nak tulis apa sebenarnya tu.

      Delete
  3. Kat shopee ada tak ni? Macam menarik je jalan cerita dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba cari, kot masih ada penjual yang simpan stok.

      Delete
    2. Eh, mediana ni...diana rashid kan? Takyah beli, pinjam dari saya jelah. Bukan jauh pun rumah kita..hehe

      Delete
  4. Selamat membaca dan moga memberikan manfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kita cari manfaat dalam setiap pembacaan.

      Delete
  5. Tengok cover saya pun ingatkan cerita tentang seorang perempuan. Rupanya lelaki. Adakah teman serumahnya berubah jadi perempuan? Tak pasal pulak Kamarul terlibat dengan jenayah. Lucu gak tu ketua penjenayah bagi nasihat dan memasak. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...tiap pagi ketua penjenayah masak sarapan.

      Delete
  6. Ye ke kak? Alahaiii sweet pulak ketua penjenayah ni. Hihi

    ReplyDelete
  7. penulis yang disayang Tuhan tu pun baca reviewnya macam best. nak carilah buku ni.harap ada di Shopee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak Penulis Yang Disayang Tuhan tu saja, sekarang ada terbitan baru edisi kemaskini. Akak jual di ig warungkakibuku :)

      Delete
  8. Niat! Ia memancarkan cahaya kepada hati.
    Betul tu... teringat travelog Ustazah Basikal. Setiap pagi niat dan doa yang baik-baik. Moga semuanya baik-baik!

    ReplyDelete
  9. Lama tak baca novel.... last bila pun dah lupa hihi...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****