Tuesday 1 June 2021

Cerita Beg Plastik di Pulau Pinang

Nak Beg Plastik? RM1!
Kelmarin kami ke KFC, suami seorang jelah masuk untuk membeli sementara saya menunggu di dalam kereta. Tak lama kemudian, suami datang semula ke kereta untuk mengambil beg belanja kami. Katanya, orang-orang yang beratur di hadapannya semua kena caj RM1 untuk beg plastik. Daripada membayar RM1, lebih baik berpatah balik ambil beg belanja di kereta. Hehe. Kalau tak mau beg plastik, susah pula nak bawa makanan yang dibeli.

Biasanya kami memang siap-siap bawa beg belanja setiap kali masuk pasaraya. Tapi ni masuk KFC (buat pertama kali sepanjang berpindah ke PP...haha), itu yang tak terfikir nak membawa beg sendiri.


Tiada Beg Plastik
Yang ni kisah masa baru berpindah ke PP - suatu hari tu saya berbelanja di Daiso, sampai di kaunter saya bagitau nak plastik (masa tu caj beg plastik 20 sen). Petugas di kaunter jawab, “takde beg plastik harini”. Saya buat muka kurang faham, petugas pun bagitaulah bahawa hari tersebut memang tak ada beg plastik dan tak jual beg plastik. Ooh...

Saya beli barang kecik-kecik banyak pula tu. Maka saya terpaksa pergi ke rak jualan dan berfikir-fikir nak beli barang apa untuk dijadikan ‘beg’. Akhirnya saya ambil bakul jaring untuk isi baju kotor sebagai ‘beg’. Bakul jaring tu pun bolehlah digunakan untuk isi baju kotor di rumah, bukanlah membazir pun.


Pulau Pinang - Hari Tanpa Beg Plastik (Isnin-Rabu) dan Beg Plastik RM1 (Khamis-Ahad)

Sejak Julai 2019, kerajaan Pulau Pinang sudah melaksanakan kempen ‘tiada beg plastik’ pada setiap hari Isnin. Mulai Januari 2021 pula, kempen tersebut dibuat untuk 3 hari iaitu Isnin, Selasa dan Rabu. Tiada beg plastik ni maksudnya kita nak beli pun mereka tak jual, macam kisah saya di Daiso tulah.

Selain kempen ‘tiada beg plastik’, mulai Januari 2021 kerajaan Pulau Pinang juga menaikkan caj beg plastik daripada 20 sen kepada RM1 untuk hari Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Tapi pelaksanaan kempen dan caj RM1 tersebut nampaknya belum menyeluruh di semua premis perniagaan (setakat ni pasar awam dan penjaja memang dikecualikan). Contohnya kalau saya beli di kedai runcit, masih dapat beg plastik percuma seperti biasa. Cumanya kalau setakat beli barang sikit tu memang saya akan menolak diberi beg plastik.


Beg Guna Semula
Sebelum ni memang saya sediakan beg belanja di kereta. Tapi sekarang sejak tinggal di PP lagilah banyak jenis beg saya sediakan di kereta. Yelah, kalau tak bawa atau tak cukup nanti leceh pulak. Walaupun sesetengah orang suka letak je barang dalam troli dan terus bawa ke kereta, tapi saya lebih suka siap-siap mengisi dalam beg guna semula.

Antara jenis beg guna semula dari IKEA yang saya sediakan di kereta. Skynke tu pulak boleh lipat kecil dan simpan dalam beg tangan, mudah.
Saya suka guna beg IKEA ni sebab murah dan berkualiti baik. Selain tu saya sediakan juga beg tahan haba untuk jenis bahan basah seperti ayam, ikan dan makanan sejuk beku. 

——————————————————-

Mungkin ada yang tak bersetuju dengan langkah kerajaan Pulau Pinang dalam hal beg plastik ni, saya pula secara peribadi menyokong usaha yang dilakukan. Kalau tak buat secara semacam paksaan begini, sampai bila-bila pun orang ramai susah nak berubah (termasuk diri saya). Walaupun begitu, masih ada perkara yang perlu ditambah baik dari semasa ke semasa berkenaan isu penggunaan beg plastik ni. Contohnya, mungkin pada masa akan datang perlu ada kempen peniaga menyediakan beg kertas sebagai ganti beg plastik.

* kalau nak tahu ke mana hala duit RM1 dalam kempen ini dan hal-hal berkaitan kempen, boleh baca DI SINI.



10 comments:

  1. Selangor pun ada cara begini.
    Melaka takdelah wajib tiada beg plastik terpulang pada pasaraya macam TESCO memang tidak bagi plastik kecuali barang basah.

    ReplyDelete
  2. Bagus amalkan tiada beg plastik. Melaka dulu dah amalkan. Tapi sejak pentadbiran saling bertukar-tukar, saya lihat beg plastik dah digunakan semula. Perancangan dah bagus, pelaksanaan pula tak betul

    ReplyDelete
  3. Saya ada membuat giveaway terbaharu. Sudikanlah menyertai. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Bagus kalau terus haramkan penggunaan beg plastik sekali guna ni

    ReplyDelete
  5. Saya suka amalan say no to bag plastic ni tapi ada je kedai-kedai macam kedai baju yang tak amalkan. Start dari diri sendiri. Saya tak suka simpan beg plastik banyak-banyak di rumah lainlah kalau boleh guna semula untuk isi sampah

    ReplyDelete
  6. thank you for the info..kadang2 terlupa bawa beg masa shopping..kena displinkan diri..

    ReplyDelete
  7. Berbeza ye dengan hari tanpa plastik hari sabtu tu. Yang tanpa plastik hari sabtu tu seluruh Malaysia masih ON kan. Tapi masih boleh beli plastik lagi. Kalau gantikan paper beg pun okay juga sebenarnya tapi mungkin sebab kos juga. beg IKEA tu wajib ada. serbaguna dan tahan lasak. berbaloi membeli.

    ReplyDelete
  8. Memang kena bawaklah beg shopping sendirilah, kalau tak jenuh nak bawa barang..

    ReplyDelete
  9. Dengan pandemaik mcm skg ni..elok juga bawa sendiri semuanya :)
    kekal selamat kak ujie :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****