Tuesday, 22 June 2021

Perspektif



Ketika kita diuji dengan kesukaran hidup, lalu menganggapnya sebagai satu permasalahan yang menghimpit diri. Ketika itu, fikiran kita akan semakin buntu dalam mencari penyelesaian. Semua jalan seakan tertutup. Jiwa semakin tertekan dan lemah.

Tapi ketika kita diuji dengan kesukaran hidup, lalu menganggapnya sebagai satu cabaran yang perlu dilalui. Ketika itu, fikiran kita akan lebih tenang dalam mencari jalan untuk mengatasi cabaran. Kita akan mulai melihat pilihan-pilihan yang ada. Lalu kita berusaha dan mencuba satu demi satu cara, sehingga kita berjaya keluar dari kesukaran tersebut. Mungkin cepat, mungkin lambat. Hasilnya, jiwa kita menjadi semakin kuat dan bersedia untuk menghadapi cabaran seterusnya.

Ini bukan hanya soal mengubah perkataan ‘masalah’ kepada ‘cabaran’. Tapi mengubah perspektif iaitu cara kita memandang segala kesukaran yang datang dalam hidup. Bagaimana perspektif kita terhadap satu-satu perkara, akan menentukan tindakan kita dan seterusnya akan membezakan hasil yang kita perolehi.

Kita memang tidak mampu mengubah takdir yang tertulis, namun kita boleh mengubah cara kita memandang dan menerimanya. Semoga itu mampu membuat jiwa kita lebih tenang dalam meniti onak duri di sepanjang perjalanan kehidupan ini.





7 comments:

  1. Benar Tu ujie..
    Cara Kita menerima cabaran yg positif itu dapat mengatasinya InsyaAllah..

    ReplyDelete
  2. PC selalu berdoa, minta Allah swt tidak palingkan hati PC dan fikiran PC untuk bersangka buruk kepaNYA ketika diberi ujian. Dan tidak kufur nikmat ketika dilimpahi nikmat.

    ReplyDelete
  3. ada orang kata..masalah itu seronok

    ReplyDelete
  4. Cabaran adalah ujian. Allah memberi kita ujian, dan Allah tahu kita mampu menjalani ujian tersebut. Kena redha dan menjalani ujian dengan sabar. Wallahualam.

    ReplyDelete
  5. Iyalah kena sentiasa ingatkan akhirnya akan ada kemanisan jadi bersabar dengan berusaha selain menunggu. Macam kita tengok cerita ada konflik, tengok bagaimana konflik ditangani dan akhirnya tidak sabar tunggu penghabisan.

    ReplyDelete
  6. masalah mematangkan kita, berdamai dengan takdir, buat hati lebih tenang..

    ReplyDelete
  7. Ujian dan cabaran dalam hidup sentiasa akan ada. Berdoa semoga Allah berikan kita kekuatan dan permudahkan segalanya. Tanpa cabaran mungkin akan membuatkan kita leka.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****