Friday, 18 June 2021

Belacan Pun Beli Online?

Sebenarnya dah begitu lama saya tak membeli belacan. Saya pun dah lupa entah bila dan di mana kali terakhir saya membeli belacan. Sebabnya, selama ni saya mendapat bekalan belacan secara percuma daripada adik ipar yang menetap di Perlis. Biasanya bila adik ipar balik ke kampung kami di Johor, pasti akan bawa bersama pelbagai makanan seperti belacan dan gula melaka dari Perlis. Jadinya ada la bahagian untuk saya.

Tapi bila negara kita dilanda pandemik, pergerakan pun terbatas. Akhirnya stok belacan saya yang biasanya tak pernah putus, habis jua. Apa lagi, buka aplikasi Shopee dan buat carian ‘belacan Perlis’. Tekan itu ini, siaplah acara membeli-belah belacan dan juga ikan kering. Hehe.

Lepas beberapa hari, sampailah belacan yang dibeli. Saya pilih belacan HM Kuala Perlis. Ni bungkusan 100 gram, RM1.50 sebungkus. Beli lebih teruslah senang.

Rupa belacan, jenis lembab. Memang beginilah yang biasa adik ipar saya bagi. 

Saya beli juga ikan gelama kering sebab nak cukupkan RM15, dapat percuma pos. Kebetulan memang tak ada stok ikan kering di rumah ni. Ikan keringnya pun elok bersih.

Belacan dah pun saya guna dalam masakan. Memang puas hati, sedap. Kalau ada yang nak membeli belacan secara dalam talian, bolehlah cuba beli di kedai ‘azlinafirdaus’ ni. Pembungkusan pun baik, ada bubble wrap.

Haa…mudah sungguh sekarang kan? Hampir semua benda kita boleh beli dalam talian. 



10 comments:

  1. Belacan pun lain-lain rasanya kan. Ada yang terasa sangat garamnya, ada yang sedang-sedang saja.

    ReplyDelete
  2. Stok belacan memang perlu ada kat dapur

    ReplyDelete
  3. Sekali teringat cerita P. Ramlee.. jual belacan takde lesen, jual ganja ada lesen.. hihi

    ReplyDelete
  4. Time pkp ni semuanya beli online . Tekan2 je mudah sampai ke depan pintu rumah

    ReplyDelete
  5. Mudah ha semua ada..AD alergik dengan belacan, mula la hidung gatal klo makan belacan..sedap tu ikan kering gelama

    ReplyDelete
  6. Hehe di rumah ini susah hendak habis belacan sebab mak dan abah elak masukkan dalam masakan. Saya sahaja yang guna. Lagipun di Melaka ada orang jual belacan. Hehe jauh datang belacan Puan Ujie.

    ReplyDelete
  7. ok juga beli online brg dapur..kita x penat hehee..tunggu je sampai brg nya kan hehee

    ReplyDelete
  8. Bila pandemik ni terpaksalah kita cari online juga. Belacan lembap macam tu sedap. Dulu saya suka beli belacan ABC terasi tu. Mudah nak guna pun sebab dia pack kecik kecik macam bungkusan gula gula. Sekarang dah tak ada stok belacan dah. Dah kurang macam belacan. Gantikan dengan ikan bilis atau udang kering je.

    ReplyDelete
  9. cantik produknya..puas hati..

    mudah sekarang ni..siap duit je..

    ReplyDelete
  10. terkenang kat satu kenangan.
    aida kursus ke langkawi.
    di cafe, sambal belacannya sgt sedap.
    terus order belacan perlis kat adik tu.
    sedap rasa dan baunya.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****