Kalau dulu, memang susah nak cari pakaian sukan yang sesuai untuk muslimah. Tapi sekarang ni Alhamdulillah kita ada pilihan. Ciri-ciri pakaian sukan mestilah diperbuat daripada material yang ringan, tidak panas dan cepat kering. Dan bila sebut muslimah, pakaian muslimah mestilah yang patuh syariah.
Bagi mereka yang berbadan kurus lurus, lebih mudah dan banyak pilihan. Tapi bila badan kita agak berisi dan bentuk pear, perlulah memilih baju sukan yang agak kembang di bahagian bawah atau disebut juga sebagai potongan A. Tak bolehlah pakai baju potongan lurus biasa tu, jadi ketat di bahagian bawah pulak.
Jadi, apa pakaian sukan muslimah pilihan saya? Buat masa sekarang, ada dua jenama pakaian sukan muslimah yang saya suka dan selesa pakai.
NASHATA
Nashata merupakan jenama pakaian sukan muslimah yang pertama saya cuba beli dan memang jatuh suka dengan material, potongan dan kekemasan jahitan. Baju yang saya pakai dalam gambar di atas ni namanya Riada Jinz Top. Labuh, longgar di bahagian bawah, rekaan sporty namun masih sopan dan feminin. Material polyester microfiber yang sangat ringan, sejuk dan selesa walaupun berjam lama saya melakukan aktiviti di hutan. Setakat ni saya ada dua helai baju jenama Nashata dengan potongan begini, bolehlah buat bergilir masuk hutan.
Seluar yang saya pakai tu pun jenama Nashata - Riada Active Pants, sangat selesa material dan potongan seluarnya. Selepas tu keluar Riada Active Pants II, saya beli tapi materialnya tak sama - terlalu lembik jadi mudah melekap.
SYUACTIVE
Satu lagi jenama pakaian sukan muslimah yang saya suka - SyuActive. Potongan baju SyuActive semuanya sama, iaitu labuh dan longgar di bahagian bawah. Cuma berbeza rekaan dan warna. Material microfiber dan eyelet yang ringan dan selesa dipakai. Setakat ni saya dah memiliki empat helai baju sukan SyuActive sebab ia sesuai dan selesa untuk aktiviti santai.
Materialnya lebih tebal berbanding baju Nashata, jadi kadar lekapan tu kurang. Sesuailah untuk saya bawa masuk dalam air dan pakai sebagai pakaian aktiviti santai lainnya.
Saya pernah juga membeli sehelai tudung sukan SyuActive, material dan potongan memang selesa. Cuma bagi saya ia sangat nipis jadi melekap bila dipakai. Jadinya setakat ni saya masih kekal memakai tudung sarung material denim dengan potongan slim di bahu jenama Imani Collections.
Ada yang nak cari pakaian sukan muslimah? Saya syorkan dua jenama ni. Boleh buat carian laman web dan kedai Shopee - Nashata, manakala untuk SyuActive boleh dapatkan di Shopee dan Facebook mereka. Biasanya saya beli sewaktu promosi atau gunakan kupon Shopee untuk mendapatkan penjimatan.
thanks for sharing..nampak selesa dua2 brand tu..tudung pun selesa..
ReplyDeleteUntuk aktiviti sukan memang sesuai pakai pakaian dari material polyester microfiber ni. Selesa ringan dan mudah kering. Material jenis berat, melengkap memang tak selesa lah. Tq share kak. Nanti boleh belek-belek.
ReplyDeleteBagus.. bersukan bukan tak boleh menutup aurat kan.. Ada je pakaian yang sesuai di pasaran
ReplyDeletebestnyaaa tgk gambar hiking ni.. hmm rindu nak hiking
ReplyDeleteSama la Atie, akak ni sebenarnya rindu hutan...belek-belek gambar lama je lah. Pastu datang idea buat entri baju sukan..hehe
DeleteNampak longgar, kain tak melekap di badan.
ReplyDeletePatuh syariah.
Terima kasih kongsi. Itulah pakai t-shirt biasa jadi kurang selesa.
ReplyDeleteNampak menepati syariah ni heheh. Pakai longgar mudah nk bergerak dr pakai baju ketat2
ReplyDeleteselesa nampaknya.
ReplyDeleteand sesuai utk kita :)
longgar. terbaik!