Wednesday, 16 June 2021

Terung Berlada @ Balado

Terung masak berlada @ balado
Terung masak berlada atau balado ni merupakan antara masakan kegemaran saya dan suami. Terungnya tu kadang-kala saya goreng menggunakan minyak yang banyak dan kadang-kala saya masak menggunakan air fryer.
 
Tapi cara paling biasa saya buat dan paling saya suka hasilnya adalah cara goreng menggunakan sedikit saja minyak (ala-ala dibakar). Kuali ditutup supaya terung cepat lembut.

Biasanya untuk masakan terung berlada ni, bahan-bahannya ditumbuk kasar atau kalau guna chopper ni pun boleh disesuaikan nak kasar atau halus. Saya lebih suka hasil yang halus.

*****************************

RESEPI TERUNG BERLADA @ BALADO
  • 3 biji terung panjang saiz sederhana
  • 5 biji cili merah - dikisar
  • 2 biji cili api - dikisar
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • Sedikit belacan - dikisar
  • Pes asam jawa - dibancuh dengan sedikit air
  • Garam & gula
1. Terung dibuang kulit secara berselang seli, dipotong kepada tiga bahagian dan dibelah empat. Kemudian digoreng sehingga terung lembut. Ketepikan.
2. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.
3. Masukkan air asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
4. Masukkan terung goreng tadi, gaul rata. Sedia untuk dihidang.


Inilah resepi yang saya gunakan untuk hasil masakan kali ini. Kadang-kadang saya gantikan belacan dengan bilis. Kadang-kadang juga saya cuma tuangkan sambal ke atas terung goreng, tak digaul rata.







.

13 comments:

  1. suka terung balado..saya suka yang ada minyak banyak..

    ReplyDelete
  2. Masak terung berlada gini memang sedap
    Boleh tambah2 nasi

    ReplyDelete
  3. Oh ada guna belacan tapi ok juga boleh gantikan dengan bahan lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya NA, boleh je guna belacan atau ikan bilis. Kalau takmo letak dua-dua tu pun boleh, cuma kurang sedap la kalau di tekak saya ni..hehe

      Delete
  4. Nampak sedap, tapi saya tak pernah makan terung. Macam mana rasa terung eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu saya pun tak makan terung, sekali try terung berlada ni kat kedai..eh okey je takde rasa pelik pun. Sejak tu jadi peminat terung. Cubalah ya…baru tau rasa dia.

      Delete
  5. sedapnya Ujie :) lama kak ana tak masak terung berlada gini :)

    ReplyDelete
  6. Sedap sangat ni masak terung balado!

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaaaaa..AD suka letak ikan bilis sekali

    ReplyDelete
  8. tq kak ujie utk resepi ini..
    shida terung kena goreng celup tpg baru suami boleh mkn hahaaa..
    sejenis yang xmakan benda lembik2 aduhai ~

    ReplyDelete
  9. Favourite jugak ni terung berlada. Saya suka guna kaedah guna minyak sikit dan tutup kuali tu. Jimat minyak dan kurangkan makanan berminyak. Paling paling malas, saya bakar terung kosong gitu pun sedap juga cicah sambal.

    ReplyDelete
  10. antara lauk feveret aida.
    lauk memang tak boleh takde sayur.
    so, memang pelbagaikanlah masakan sayur tu.
    balado ni memang sesuai dgn byk sayur.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****