Judul : INI SEKOLAH KITA
Penulis : Hidayu Hatta/Musa Nuwayri/Faris Isa
Penerbit : Thukul Cetak
Tahun terbit : Cetakan keempat, 2018
Jumlah muka surat : 124
Harga : RM25
Buku Ini Sekolah Kita merupakan catatan pengalaman tiga orang mahasiswa Malaysia di Jordan yang menumbuhkan pendidikan untuk anak-anak mangsa perang Syria. Mereka melakukan pelbagai cara dan melalui pelbagai cabaran, demi pendidikan anak-anak ini.
Keikhlasan serta kesungguhan mereka dan para sukarelawan lain sangat mengagumkan saya. Bukan mudah nak membahagi masa dan tumpuan untuk dua perkara besar - menjadi penuntut universiti dan memberi pendidikan untuk anak pelarian Syria. Mereka membina sekolah. Sesungguhnya mereka adalah anak-anak muda yang berjiwa hebat!
Membaca coretan pengalaman para penulis di buku ini, membuatkan saya terasa sebak dengan nasib yang menimpa anak-anak pelarian ini. Seperti kisah Rasya, anak perempuan sekitar umur lima atau enam tahun yang ditemui penulis sewaktu dijalanan sedang meminta sedekah. Rasya ingin mewarna bersama penulis, tapi anak ini rupa-rupanya tak pernah mewarna dan tak mengenali warna. Sedih, kasihan nasib mereka.
Ini Sekolah Kita, buku yang nipis tetapi sarat dengan emosi dan semangat juang. Bacaan baik untuk kita semua melihat hidup pada sisi lain sudut dunia. Buku ini tidak dicetak lagi (setakat ini) kerana penerbitnya sudah pun menamatkan operasi pada tahun lalu (2020). Buku ini saya dapatkannya pada harga rendah, tak sampai RM10.
Selain buku Ini Sekolah Kita, buku Lelaki Terakhir Menangis di Bumi (ditulis oleh Musa Nuwayri, salah seorang penulis buku Ini Sekolah Kita) juga membawakan kisah serupa - catatan pengalaman penulis menjalani dunia kemanusiaan di Jordan untuk anak-anak mangsa perang Syria. Saya dah membacanya lama dulu, tapi tak buat catatan di blog.
“Kita mungkin saja tidak mampu mengubah perkara yang berlaku pada masa lepas tapi kita paling kurang masih punya masa depan yang boleh dikawal dengan usaha dan doa yang tidak putus-putus kepada Dia.”
- Ini Sekolah Kita
Sedih baca buku yang kisah benar gini kan kak
ReplyDeleteMenariknya dari pengalaman sebenar..
ReplyDeleteNampak menarik buku ni..
ReplyDeletekesian budak2 menjadi mangsa perang..terbantut pembelajaran mereka..
ReplyDeleteSedih dengan kehidupan anak anak disana yang membesar dalam keadaan begitu. Terdedah dengan bahaya dan kehidupan yang belum menentu. Ada sinar buat mereka bila ada insan yang menghulurkan bantuan dari segi pelajaran mereka.
ReplyDeletebgs buku2 pendedahan kisah benar begini..membuatkan manusia sedar betapa penting kita memberi sumbangan kepada mereka dan mmmg ramai yang mempunyai semangat perjuangan membantu rakyat yg di tindas
ReplyDeleteDapat tahu pengalaman membina dan mengajar anak-anak warga Syria.
ReplyDeletebaca review dari kak ujie pn..dah rasa ckp bangga dgn mereka :)
ReplyDeleteBagusnya kisah benar ditulis untutlk tatapan ramai. Tentu banyak iktibarnya.
ReplyDeleteKisah benarkah..ala menarik..kenapa ditamatkan penerbitan..
ReplyDelete