Thursday 4 February 2021

Hyacinth

Baru-baru ni saya dan suami ke IKEA mencari meja dan kerusi untuk kemudahan suami bekerja dari rumah. Masa lalu di bahagian pokok hidup, mata terpandang si cantik ni...

Si cantik bernama HYACINTH (Hyacinthus). Bawang (bulb) pokok ni saya tengok memang macam rupa bawang biasa. Hyacinth ni bukan saja cantik tau, malah berbau wangi. Pakai mask tak menghalang saya menikmati keharumannya. Harganya? RM19.90.

Yang ni pulak ada 3 bawang dalam satu pasu. Tak perasan berapa harganya. Yang RM19.90 tu pun berkira nak membeli, yang ni memang membelek jelah kan...haha. Memang seronok, dapat jugak saya tengok Hyacinth depan mata. Selama ni mampu tengok gambarnya je.

Lama jugak saya membelek Hyacinth ni, menikmati kecantikannya dan keharumannya sambil berfikir-fikir nak beli ke tak...nak beli ke tak ni? Tengok saya lama sangat terpaku kat bahagian ni, suami suruh ambil satu.

Tapi akhirnya saya tak ambil pun, mengenangkan saya baru je menyebabkan kematian beberapa pokok kaktus. Hyacinth ni lebih mahal, tak sanggup membayangkan kematiannya. Agak-agak kalau beberapa hari ni terkenang-kenang, barulah kita datang lagi sini membeli ya. Hehe!

Ada yang pernah cuba tanam Hyacinth ni? 


13 comments:

  1. sungguh memang cantik bunga tu kak, tapi saya pun akan berkira kira jugak nak membeli walaupun harga mampu milik

    ReplyDelete
  2. Cantiknya..ni kalau mak iena nampak dia suruh beli ni :)

    ReplyDelete
  3. Cantik bunga itu tumbuh atas bawang.
    Ya nanti belilah. Nanti rasa menyesal.

    ReplyDelete
  4. kalau dah minat seeloknya beli ..xde la asyik teringat ingat.. hehe

    ReplyDelete
  5. alamak kpe saya xprasan pun pokok ni masa pi ikea bulan lepas?
    selalu tang pokok2 mmg saya lalu je hahaa..xsgka ade ssuatu yg menarik lg ^_^

    ReplyDelete
  6. Salam Ujie...lama tak nyinggah sini..

    ReplyDelete
  7. cantiknya kak.... nanti nak suruh edy tengok lah kot kalau dia ke ikea cheras nih... dana takde pokok bunga ala-ala omputih ni hehehhe...

    ReplyDelete
  8. Sewaktu travel ke Danang, Vietnam saya sangat tercari-cari bau harum di French village ba Na Hills. Di situ penuh dengan bunga tulip tapi tulip tak ada bau. Ketika duduk di tepi kolem, baunya makin kuat. Rupanya dari bunga hyacinth di belakang saya. Sedap baunya!

    ReplyDelete
  9. Saya baru tahu yang kat Ikea, ada jual pokok hidup. Maklumla, duduk luar bandar. Hehe.. cantik pokoknya.

    ReplyDelete
  10. Lama tak pergi IKEA. Tahu tahu dah ada bunga baru. Cantiknya Hyacinth. Harga dia pun cantik.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****