Friday, 19 February 2021

Difret | Kisah Perjuangan Menuntut Keadilan dan Hak



DIFRET, sebuah filem dari Ethiopia yang mengangkat kisah perjuangan menuntut keadilan serta hak wanita dan kanak-kanak yang tertindas . Filem yang diterbitkan pada tahun 2014 ini digarap berdasarkan kisah benar.

Adat Yang Menindas, Undang-Undang Yang Tidak Adil
Difret mengisahkan Hirut, seorang budak perempuan berusia 14 tahun yang telah diculik sewaktu dia dalam perjalanan pulang dari sekolah. Tujuan penculikan adalah untuk berkahwin secara paksa (adat masyarakat setempat membenarkan lelaki menculik gadis yang ingin dikahwini). Tetapi Hirut tidak berminat untuk berkahwin di usia muda (perkahwinan kanak-kanak), sebaliknya bercita-cita ingin melanjutkan pelajaran ke universiti.

Lebih tragis, pada malam penculikan tersebut Hirut juga telah dirogol oleh lelaki yang menculiknya. Hirut kemudiannya telah membunuh lelaki tersebut sewaktu dia sedang dalam usaha melarikan diri. Hirut kemudiannya menghadapi tuduhan di mahkamah kerana melakukan jenayah pembunuhan.

Nasib malang Hirut mendapat perhatian dan pembelaan oleh seorang peguam wanita bernama Meaza melalui organisasinya, Andinet Women Lawyers Association. Pelbagai usaha dilakukan Meaza untuk mengubah keputusan mahkamah yang tidak menyebelahi Hirut. Apakah pengakhiran kisah ini? Pengakhiran yang membuatkan saya turut sama mengalirkan air mata!

Rentetan daripada kes ini, undang-undang menetapkan bahawa perbuatan menculik untuk berkahwin secara paksa adalah satu kesalahan dan akan dikenakan hukuman penjara 5 tahun.

* * * * *

Terasa satu kepuasan bila menonton filem Difret. Kesungguhan Meaza dan keberanian Hirut juga memberi suntikan motivasi kepada semua yang sedang berjuang membebaskan diri dari penindasan lelaki. Ya, walaupun di negara kita tidaklah ada adat yang menindas wanita, tapi masih ada lelaki yang meletakkan wanita di kaki untuk dibuat sesuka hati.

Satu lagi yang saya suka bila menonton Difret ni, saya dapat melihat kehidupan dan suasana di Ethiopia. Menginsafkan.

Filem Difret ni saya tonton di YouTube je. Ada sari kata bahasa Inggeris. Filem ini juga memenangi anugerah di Sundance Film Festival dan Berlin International Film Festival pada tahun 2014. Siapa ada masa, boleh la tonton Difret ni ya.


8 comments:

  1. Cerita yang buat kita bersyukur kerana kita ada kebebasan memilih.

    ReplyDelete
  2. Menarik kak , selalunya filem mcmni mesti akan mengalirkan airmata ... sbb usaha org yg teraniaya

    ReplyDelete
  3. love this kind of genre yang menunjukkan woman's power :)

    ReplyDelete
  4. suka juga cerita camni..mesti ada babak sedih dan shida of cos xleh menahan air mate!

    ReplyDelete
  5. wak pon baru tgk difret ni tuari.. walopon daif mereka getap menghormati tetamu kannn.. 😇

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Wak...mesti nak ajak masuk rumah, nak masakkan makanan. Kagum.

      Delete
  6. Syukur ada yang membela. Jika tidak, tanpa undang undang senang je kena tindas.

    ReplyDelete
  7. Syukurlah kita menjadi rakyat Malaysia.
    Rasa teringin nak tonton.

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita ^_^