Friday 15 January 2021

Penulis Yang Disayang Tuhan


Judul : PENULIS YANG DISAYANG TUHAN
Penulis : Bahruddin Bekri
Penerbit : PTS Litera
Tahun terbit : 2013
Jumlah halaman : 354
Harga : RM25


Novel Penulis Yang Disayang Tuhan ini saya beli di Shopee setelah tertarik dengan perkongsian ulasan buku oleh seseorang di Facebook. Novel terbitan tahun 2013 ini dijual pada harga diskaun, dapatlah saya beli pada harga RM21.25.

Uniknya buku ini, ianya edisi 1+1. Satu buah buku, terdapat dua judul novel. Tapi ada masalah juga, bila terlampau tebal dan buku bersaiz agak kecil, jadi susah nak selak tiap halaman untuk membaca.


Penulis Yang Disayang Tuhan
Novel ini mengisahkan Usamah, seorang penulis novel yang tidak lagi mahu menulis dek rasa kecewa. Kecewa kenapa? Yang tu kena baca sendirilah. Tapi kerana desakan hidup, Usamah akhirnya terpaksa menerima tawaran oleh Johari Salim seorang penulis legenda. Di sinilah segala cerita bermula, di mana Usamah perlu menemui lima orang bekas penulis.

Membaca novel ini juga umpama saya sedang mengikuti siri kelas penulisan. Ia disampaikan dalam bentuk penceritaan melalui watak Usamah yang mengajar penulisan kepada Aliya Nurul Iman dan tiga orang pendatang asing tanpa izin iaitu Suparno, John Stalone dan Adinda Aisyah. Sesuatu yang unik apabila kita sedang membaca novel, tapi kita juga sedang belajar menulis novel.

Unsur humor juga diselitkan dalam novel ini melalui watak-watak sekumpulan pendatang asing tanpa izin. Pun begitu, ia masih mengandungi pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah mereka.

Saya berpendapat novel ini merupakan bacaan permulaan yang baik bagi mereka yang berminat dalam menghasilkan karya. Selain mengajar teknik penulisan, ia juga memberi panduan/ingatan agar para penulis menghasilkan karya yang mempunyai nilai akhlak yang baik. Bukan sekadar hiburan kosong.

Novel yang mengingatkan kita agar menjadi ‘penulis yang disayang Tuhan’, kerana dengan izin-Nya jari-jemari penulis boleh menulis, dengan izin-Nya penulis mempunyai ilham dan dengan izin-Nya penulis menemui kejayaan yang dicari. Menjadikan penulisan sebagai ibadah.


Petikan Novel
“Contoh paling mudah, lihat sahaja skrip-skrip filem kita. Mereka mengatakan mahu membuat filem yang ada mesej, memberi keinsafan kepada masyarakat. Namun oleh kerana terikat pada struktur penceritaan barat, jadi kejahatan itu diperlihatkan hampir sembilan puluh peratus dalam tayangan. Hanya pada minit-minit akhir sahaja watak utama tadi ditunjukkan sedang menangis di atas sejadah ataupun sedang mencangkung di atas kubur dan insaf.

Kamu fikir, adakah penonton akan insaf dan mendapat pengajaran daripada kisah itu? Pasti mereka datang ke panggung bagi melihat adegan ranjang dan itulah yang mereka dapat. Hiburan kosong.” - halaman 326, Penulis Yang Disayang Tuhan -






 .

10 comments:

  1. review ni nampak menarik sngt.. alaaaa bg la spoiler pleaseeee

    ReplyDelete
  2. Baca entri ini tiba-tiba teringat lagu Ramli Sarif: Aku Menulis Bukan Kerna Nama.

    ReplyDelete
  3. Novel rupanya, saya ingat komik bila terpandang cover dia tadi 😊

    ReplyDelete
  4. Wah sindiran penulis untuk renungan. Betul banyak tunjuk kejahatan hujung baru tunjuk sudah insaf.

    ReplyDelete
  5. Menarik juga. Nanti nak cari dan baca. Thanks share ye sis

    ReplyDelete
  6. Sambil membaca, ambil pengajaran dan boleh tambah ilmu penulisan sekali :)

    ReplyDelete
  7. wak dh lama x baca buku novel.. huhuhu

    ReplyDelete
  8. tgk cover pun dh nampak keunikkan buku ni. kadang2 drama melayu tak sampai mesejnya.

    ReplyDelete
  9. sama dgn wak lat..saya pun dah lama x membca dgn serius!

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****