Judul : AKU, BUKU & KOTA KAHERAH
Penulis : Shahriman Jamalullayl
Penerbit : Toko Buku Azbakia
Tahun terbit : 2020
Jumlah muka surat : 242
Harga : RM35
Aku, Buku & Kota Kaherah merupakan sebuah memoir perbukuan penulis yang terjebak dalam dunia pesona buku ketika bergelar penuntut di Kaherah, Mesir sekitar pertengahan tahun 90-an hingga awal tahun 2000.
Kaherah, kota lubuk buku dan perkenalan rapat dengan seorang pemuda Mesir membuatkan penulis mula mengenali dengan lebih mendalam tentang dunia buku-buku lama, terpakai dan langka di Mesir. Dari seorang peminat buku, beliau menjadi seorang yang ‘ketagih’ buku!
Penulis ‘membawa’ kita ke kaki-kaki lima jalan raya di Kaherah, bertemu dengan penjual buku-buku terpakai, ke pasar buku terpakai Sur al-Azbakiyyah dan juga ke Ma’rad Kitab (Pesta Buku).
Menerusi penceritaan penulis, barulah saya tahu wujudnya manusia yang ‘gila buku’ sehingga tahap sanggup mencuri buku yang diinginkan, jika gagal membeli. Juga wujudnya manusia yang ‘ketagih buku’, meskipun tidak membacanya tetapi dengan menyelak helaian buku-buku lama dan menyedut aroma buku lama sudah cukup seolah-olah menyegarkan jiwa. Pelik bunyinya kan?
Buku ni sangat sesuai untuk dinikmati oleh pencinta buku, juga mereka yang pernah atau sedang bergelar penuntut di Mesir.
.
Teringin hendak tahu budaya sukakan buku di Mesir. Tidak boleh hadam sanggup curi buku lagi.
ReplyDeleteBudaya membaca buku di Malaysia masih rendah terutama orang macam wak ni.
ReplyDeletenak baca 'tarik' dan 'tolak' di pintu premis juga kadangkala x sempat nak baca.
ReplyDeleteBoleh jd motivated baca buku ni...motivasi utk tingkatkan semngat nak baca buku..
ReplyDeletemenarik betul buku ni
ReplyDeletesepertinya berat ya buku ini
ReplyDeleteSeorang yang gila buku pastinya akan sentiasa mencari bahan bacaan dan membaca tanpa jemu. Menjadi inspirasi untuk mereka yang suka membaca :)
ReplyDeleteAdoi.. baca review ni macam nak cari juga buku ini.. huhuhu..
ReplyDelete