Monday 12 October 2020

Jalan Lama Bentong

Ahad, 11.10.2020

Dari Bentong untuk pulang ke rumah di Pulau Pinang, saya dan suami tak terus masuk lebuh raya. Tetapi kami memilih untuk melalui jalan lama. Memandangkan hari masih siang dan kami tiada apa nak dikejarkan, bolehlah ambil pengalaman melalui Jalan Lama Bentong.

Menghampiri pukul 11 pagi, kami berada di Jalan Bentong - Genting Sempah. Laluan yang agak sunyi, cuma sesekali ada kenderaan lain. Jalannya berliku-liku, ada kalanya begitu sempit. Hampir di sepanjang laluan kami disajikan pemandangan hutan di kanan kiri jalan, juga sebatang sungai yang mengalir agak deras di sebelah kiri jalan.

Saya menurunkan cermin tingkap kereta untuk menikmati udara nyaman. Terubat sedikit kerinduan saya pada suasana hutan. Melalui jalan lama begini memang kadang kala terasa sedikit seram dan risau, lagi pulak bila melalui kesan runtuhan tebing tinggi. Tapi perasaan seronok menikmati hijau alam sambil melayan jalan berliku lebih mempesona. Ia perasaan yang sama sewaktu saya melalui Jalan Tapah - Cameron Highlands, seram bercampur seronok.

Jalan Lama Bentong ini memang sunyi dari kenderaan bermotor, tetapi meriah dengan para penunggang basikal. Jadinya kadang-kala kereta perlu dipandu perlahan mengikut rentak roda basikal mereka. Hendak dipintas pada laluan seperti ini tentulah mengundang bahaya.

Selain sungai yang dapat dilihat di sebelah kiri jalan, di laluan ini juga terdapat kolam air panas di sebelah kanan jalan. Kami sekadar melaluinya tanpa berhenti, jadinya tiada info berkenaan kolam air panas. Perjalanan ini juga akan melalui air terjun yang agak menarik di sebelah kanan jalan. Disebabkan agak sukar untuk berhenti di bahu jalan yang sempit, kami sekadar melihat sambil lalu.

Sekitar 11.50 pagi, kami melalui Jalan Genting Highlands - Batang Kali. Hati-hati jangan terlanggar beruk yang berkeliaran di jalanan.

Perjalanan kami diteruskan hingga ke Tanjung Malim, Perak. Sebelum tu singgah sebentar makan tengahari di Batang Kali. Di Tanjung Malim, sempat saya ajak suami ‘melawat’ kedai kek Azlina Ina sebelum kereta kami memasuki lebuhraya PLUS sekitar pukul 1.45 petang untuk meneruskan perjalanan ke utara.

Video perjalanan di Jalan Lama Bentong berdurasi 24 saat.


11 comments:

  1. Relax jew beruk-beruk di tepi jalan tu.

    ReplyDelete
  2. gambar no. 1 tu, sempit tul jalannya..mcm one way je..green view yg menyegarkan..

    ReplyDelete
  3. best nampak jalan dia, nyaman ja sbb keliling pokok kan

    ReplyDelete
  4. best kan lalu jalan kampung @ jalan dalam.
    aida ni kampung dekat aje, seremban. so memang kami takkan lalu highway, kecuali kalau ada hal kecemasa.
    selebihnya, memang kami lalu jalan dalam. stop makan. stop beli itik salai. beli belacan. beli buah2an. seronok! nyaman tgk hijau-hijau.

    ReplyDelete
  5. Montel beruk sana tu.
    Cantik laluan tepi jalanraya sebelah tebing Batu natural.

    ReplyDelete
  6. tak pernah lalu sini, selalu ikut highwa je kat sini

    ReplyDelete
  7. Dapat melihat keindahan alam semula jadi

    ReplyDelete
  8. kak ipar kak ana duk Bentong Ujie, beberapa kali juga suami ajak try jalan lama ni ke Gombak tapi kak ana tak mau sebab macam seram je bila baca dari perkongsian dan kisah2 misteri jalan lama ni, nampak pun seriau gak ni :)

    ReplyDelete
  9. Seronok jalan dalam sebab tidak banyak kereta dan seronok lihat pemandangan di kiri kanan jalan.
    Teringat masa darjah 6 abah bawa kereta dari KL ke Kelantan. Ikut jalan dalam memang banyak berhenti untuk tengok tempat-tempat menarik. Eh rindulah pula!

    ReplyDelete
  10. sekali sekala seronok juga ikut jalan lama..
    tak bersesak mcm kat highway kan..tenang saja
    Azlina Ina..mcm familiar nama dia :)

    ReplyDelete
  11. waktu siang okay lagi nak melalui jalan lama. kalau malam seram dibuatnya. Memang kena hati hati memandu. siang seronoklah dapat menikmati permandangan alam flora dan fauna.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****