Saturday, 31 October 2020

Senaman Tangga dan Surat Pertama

SENAMAN TANGGA

Antara senaman yang paling mudah dibuat, tak perlu peralatan dan tak perlu masa khusus - senaman naik turun tangga. Sambil turun membuang sampah, saya peruntukkan sedikit masa untuk senaman mudah ni.

Nak turun ke bawah, jangan guna lif sepenuhnya sampai ground floor. Berhenti di tingkat 2 atau 3, dan teruskan ke bawah menggunakan tangga.

Lepas siap buang sampah, saya naik menggunakan lif sehingga tingkat 12 atau 13. Kemudian sambung dengan mendaki anak tangga ke tingkat 16. Walaupun taklah banyak mana, tapi cukup untuk meningkatkan kadar denyutan jantung dan sebagai senaman otot kaki. Lama-lama bila dah biasa, boleh tambah lagi anak tangga yang perlu didaki.

Bagi yang ada tangga di rumah atau di tempat kerja, bolehlah buat senaman naik turun tangga ni. Melangkah dengan perlahan dan hati-hati, kalau rasa tercungap tu boleh berhenti kejap dan buat teknik deep breathing (tarik nafas melalui hidung dan hembus menggunakan mulut). Buatlah ikut kemampuan, kita bukan atlet nak cipta rekod tapi kita cuma nak menjaga kesihatan diri.


SURAT PERTAMA


Lepas buang sampah tadi tadi (sebelum naik atas), saya singgah jenguk peti surat yang dah agak lama tak diperiksa. Anak kunci diputar, penutup peti surat dibuka dan ada satu sampul surat yang ‘berisi’ di dalamnya. Baca nama....wah, nama saya!

Surat pertama untuk saya di rumah PP ni...tersenyum sendiri. Terus teringat seorang sahabat blogger yang minta alamat rumah di sini. Mungkinkah darinya?

11 comments:

  1. Rumah saya ada tangga. Memang kerap naik turun sebab bilik tidur di atas. Kalau hendak buang air pun di atas.
    Saya tahu daripada siapa :)

    ReplyDelete
  2. kat ofc pun saya selalu naik turun tangga..mujur ofc ditingkat satu shj .. huhu

    ReplyDelete
  3. Memang bagus naik turun tangga, terutama untuk tingkatkan kadar denyutan jantung. Tahniah dapat surat pertama di rumah PP. Utusan membawa tuah tu... heheeee.

    ReplyDelete
  4. Rumah zhi ada tangga, tapi selalu naik lif. uhuk~ ok lepas ni nak naik guna tangga lah.

    ReplyDelete
  5. betul tu, tangga adalah alat senaman percuma hihi.
    wah bestnya dapat surat, dari siapa agaknya tu? *buat2 tak tau*

    ReplyDelete
  6. aaa dari blogger mana tu!! tak sabar nak tau

    ReplyDelete
  7. Naik turun tangga mmg bgs utk kesihatan. πŸ‘.2 benda kak uji dpt.. 1) buang sampah 2) senamπŸ˜…

    ReplyDelete
  8. Walaupun dah berumahtangga tapi rumah saya tak ada tangga. hihi
    jadi, execise simple je macam star jump.

    Sy rasa tu mesti dari kak D_ _ _ kan :)

    ReplyDelete
  9. Sha selalu buat senaman turun naik tangga ini di pejabat sebab dah dapat duduk rumah bawah.. hehehe.. memang bagus untuk jantung..

    ReplyDelete
  10. senaman tangga ni elok, kan.
    rumah aida ada tangga. so pagi hari memang aida amalkan naik turun 5 set.
    then baru mandi, prepare diri utk solat subuh dan gi keje.
    tangga kecik, berpeluh pun tak hi hi hi... tapi jadik la kan.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****