Monday, 19 October 2020

Catatan Hujung Minggu

Catatan hujung minggu lalu...

Sekitar pukul 5 pagi hari Sabtu, saya dan suami dah bergerak dari rumah di Pulau Pinang menuju ke Bentong, Pahang. Beginilah sejak dua bulan terakhir, hampir tiada waktu hujung minggu nak bersantai di rumah. Ada tanggungjawab yang perlu dibereskan oleh suami di Pahang, dan saya jadi peneman. Risau jugak kalau suami memandu sendirian untuk perjalanan jauh, kot mengantuk masa memandu. Kalau ada saya, memang saya asyik bercakap itu ini dan sibuk ambil gambar (pemandangan sepanjang perjalanan selalu menarik perhatian saya) 😄

6.45 pagi - pemandangan indah bukit batu kapur di Ipoh. Mendamaikan.

7.40 pagi - melewati pemandangan indah bukit-bukau disinari matahari pagi di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands. Kali ini kami terpaksa melalui Cameron Highlands kerana nak mengelak melalui Kuala Lumpur/Selangor yang sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Boleh juga isi borang permohonan dan cop di Balai Polis terdekat dengan rumah, tapi tak sempat nak buat gitu.

8.30 pagi - singgah sekejap untuk sarapan pagi di YZ Agro Farm, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata. Berbeza dari kunjungan sebelum ni, pagi ni Kampung Taman Sedia nampak agak lengang. Mungkinkah sebab orang-orang Kuala Lumpur/Selangor/Putrajaya tak dapat datang?

Buah strawberi di YZ Agro Farm, boleh beli yang dah siap dipetik. Harganya RM12 untuk 500 gram.

Dari Tanah Rata, perjalanan diteruskan melalui Jalan Ringlet - Sungai Koyan. Nampaknya banyak bahagian jalan yang runtuh dan yang ni paling teruk. Keseluruhan jalan tak boleh dilalui, rosak teruk. Pihak berkaitan dah membina sebatang jalan sementara di bahagian bahu jalan yang tak terjejas, muatlah untuk laluan sehala. Perlu bergilir dengan kenderaan yang datang dari hadapan. 

Pandangan dari sudut lain runtuhan jalan tadi. Saya sempat ambil gambar dari dalam kereta sebab menunggu giliran melalui jalan sementara. Pemandangan yang ngeri dan menakutkan.

Alhamdulillah kami selamat sampai di Bentong sekitar pukul 11.30 pagi, setelah melalui perjalanan lebih 6 jam. Syukur hotel ada bilik kosong bolehlah saya check-in awal dan berehat. Pening jugak kepala lalu jalan berliku-liku, turun naik bukit tadi 😇. Suami pulak teruskan perjalanan ke tempat kerjanya.

Esok pagi (Ahad) sekali lagi kami melalui jalan yang sama tadi untuk kembali ke Pulau Pinang. Fuh! Sebelum ni jarang-jarang dapat naik Cameron Highlands, kali ni sampai dua hari berturut naik 😅. Tapi naik dan lalu jelah kan...


14 comments:

  1. Bahaya apabila tengok jalan yang ada tanah runtuh.
    Memang tidak boleh tidur kalau jalan berliku dan berpusing- pusing.

    ReplyDelete
  2. seramnya tengok jalan yang rosak tu kak ya... dahla jalan nya melalui lereng hutan
    bestnya kak boleh lalu CH selalu, dana baca pun penat rasanya suami akak kene memandu jauh je selalu...

    ReplyDelete
  3. bestnya road trip! tapi jalan raya tu takot nya tgk.. ni pernah jadi dekat jalan teluk bahang ke batu feringgi hari tu

    ReplyDelete
  4. srnkny ke cameron la kak.. tp menakotkn pulak tgk jalan raya dia retak macam tu...kalau hujan lagi mengerikan..

    ReplyDelete
  5. cantiknya view! tapi tu lah, risau kan tengok tanah runtuh tu..haihh

    ReplyDelete
  6. Oh, anda sungguh istri yang baik ..., menghibur dan menemani suami agar tak mengantuk mengendarai kendaraan di perjalanan ��

    Meski akhirnya terasa pening setelah melewati jalan berkelok-kelok ����

    ReplyDelete
  7. Semakin banyak tanah runtuh di sana. Risau betul kalau pergi ada jalan runtuh. Mujur ada pihak yang bertanggungjawab settlekan hal tu. Best tu kak pergi Cameron Highland. Tak dapat singgah dapat lalu pun jadilah kan.

    ReplyDelete
  8. semoga dipermudahkan segala urusan dan selamat perjalanan pergi dan balik.

    ReplyDelete
  9. cantiknya view di waktu pagi..CH lengang masa weekend..

    ReplyDelete
  10. Biar lambat asalkan selamat. Memang kena hati-hati kalau lalu jalan bermasalah.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah perjalanan bjalan dgn lancar :)
    teruk juga jalan kat CH tu ya kak ujie..lama sgt dah saya x ke CH..

    ReplyDelete
  12. Seramnya jalan yg runtuh tu.. tapi alhamdulillah perjalanannya lancar... Lama tak pergi CH. Dulu masa ke sana teringat jalan yang berliku-liku sampai ada yang mabuk kereta

    ReplyDelete
  13. lamanya tak menjejakkan kaki ke CH

    ReplyDelete
  14. aduh. bahayanya! seram aida kalu berhadapan dgn jalan sebegitu.

    rindunya nak naik CH. last year few times naik sana bwk anak-anak.
    thn ni sekali pun x dpt :(
    rindu!

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****