Rumah yang kami sewa di PP ni tak dilengkapi dengan alat penyaman udara (air conditioner). Jadinya pada dua bulan pertama berpindah di PP, kami cuba jugaklah tidur hanya dengan tahap sejuk kipas siling dan tingkap bilik yang memang hampir sepanjang hari dibiar sedikit terbuka.
Masa mula-mula memang ok saja, selesa tidur sebab musim hujan dan tak berbahang. Tapi bila tiba musim panas terik dan bilik pulak menghadap matahari petang, memang tak lena tidur dibuatnya. Asyik terjaga malam dek kepanasan. Walaupun rumah di tingkat 16, bukan mesti berangin sejuk sentiasa.
Kami mula memikirkan dua pilihan, sama ada nak minta tuan rumah pasang alat penyaman udara atau kami beli saja alat penyejuk udara (air cooler). Manakala alat penyaman udara mudah alih (portable air conditioner) tak termasuk dalam senarai kerana kami dah berpengalaman menggunakannya suatu masa dulu. Agak leceh, perlu letak berdekatan tingkap dan halakan hos ke luar tingkap. Bunyinya juga agak mengganggu tidur saya.
Kami kemudiannya memilih untuk beli air cooler saja atas faktor saiz bilik tidur yang kecil (akan terlampau sejuk jika guna air cond.) dan cuma menyewa untuk tempoh 2 tahun. Air cooler tu nanti boleh jugak digunakan untuk rumah kami di NS bila kami kembali menetap di sana. Tak rugi membeli.
Saya mula membuat carian info berkenaan jenama air cooler yang ada dipasaran. Buat carian di Google dan juga Facebook. Baca setiap komen-komen di Facebook juga membantu kami dalam membuat keputusan. Beberapa kali jugak kami ke kedai elektrik untuk mendapatkan info. Memang bukan mudah nak buat keputusan, sebab ramai yang bagitau beli air cooler cuma membazir sebab tak sejuk dan leceh perlu kerap isi air.
HONEYWELL AIR COOLER
Akhinya, kami memilih air cooler jenama Honeywell. Saya jumpa harga paling rendah ditawarkan di Shopee dan kebetulan seller di Pulau Pinang. Saya terus chat dengan seller untuk bertanya lokasi kedai dan berhasrat nak datang beli di kedai. Tujuannya supaya dapatlah kami guna secepat mungkin.
8.8.2020 - kami beli Honeywell Evaporative Air Cooler 25L CL25AE ni dengan harga RM699 di kedai Ban Huat Electrical yang terletak di Butterworth.
Spesifikasi air cooler kami. Dengan kapasiti water tank 25 liter, tak perlulah kami isi air setiap hari. Biasanya kami isi setiap 2-3 hari sekali. Bergantung kepada kekerapan penggunaan sehari. Biasanya cuma guna semasa solat dan sepanjang waktu tidur malam.
Lebih dua bulan menggunakan air cooler ni, Alhamdulillah kami suami isteri sangat berpuashati! Sangat sejuk walaupun pilih low speed. Kuat sungguh anginnya. Tapi tentulah tak sama seperti kita guna air cond yang terletak tinggi dan lebih menyeluruh rasa sejuk.
Bahagian bertutup hitam tu tempat isi ais. Mula-mula je kami isi ais/ice pack, lepas tu rasa tak perlu. Set Speed-Low, Swing dan Mode-Cool dah cukup memberikan rasa sejuk selesa. Kalau cuaca mendung atau hujan, cukup guna Mode-Fan.
Cara penjagaan? Mula-mula kita wajib baca buku manual supaya faham. Kalau tak baca buku manual, kita ingat rosak atau tak bagus air cooler ni. Juga boleh buat carian di Youtube supaya lebih mudah faham.
Contohnya, air cooler ni akan mengeluarkan semacam bau akuarium yang dah lama tak tukar air. Itu maksudnya kita perlu bersihkan water tank. Tolak air cooler ke bilik air dan buka bahagian bawah untuk buang air yang ada dalam water tank. Kemudian masukkan air dan biar ia mengalir keluar. Siap! Sebaiknya buat proses pembersihan begini sekali dalam seminggu. Sesekali bersihkan juga dust filter dan honeycomb pads yang terletak di belakang air cooler. Kalau nak ia berfungsi dengan baik, kena buat rutin penjagaan begini.
Ok, untuk sesiapa yang masih mencari air cooler mungkin boleh pertimbangkan untuk beli jenama Honeywell ni. Ada pilihan model lain, ikutlah kesesuaian keperluan kita. Bagi saya dan suami, air cooler model CL25AE ni memang memenuhi keperluan kami dan setakat ni sangat berpuashati!
Apa yang penting, beli dan guna air cooler sesuai dengan ukuran ruangan yang dicadangkan. Jangan main beli je tak baca spesifikasi, lepas tu marah-marah kenapa tak sejuk 😀
.
Alhamdulillah..kena maintain dgn baik..
ReplyDeleteSaya ada air cooler jenama ini pakai di rumah lama. Sekarang letak tepi sahaja.
ReplyDeletedah lama cari air cooler ni... instead of pasang AC, nak beli ni jimat sikit kan
ReplyDeleteHa'ah..guna ni memang jimat banding guna air cond.
Deletebetul tu, yang aircond portable tu tak berbaloi sangat
ReplyDeletebagusnya boleh bawa ke mana2.
ReplyDeletekalo ruang kecik sesuai la air cooler..kt umh mertua ada juga tp tk sejuk keseluruhan la sbb ltk kt ruang tamu...kiranya sape yg duduk berdekatan je la rasa sejuk..tp kebanyakkan rumh skarang majoriti rmi pasang ekon sbb bila cuaca panas..membahang btul..kdg2 psng ekon +kipas pn still panas lg
ReplyDeletemenarik..boleh cuba letak kat bilik kan..boleh sejuk keseluruhan blik..lg2 time cuaca panas lit lit ni..
ReplyDeleteummi ada satu jenis media..mmg berbaloi beli..bill letrik pn jimat..kalau musim panas mmg pakai sb die boleh sejukkn udara berbanding kipas... tp ummi xtau macm mana nak cuci debu dalam ecooler ni..haha..sb da xbrape sejuk bile habuk banyak sgt...
ReplyDeleteUmmi boleh try search kat YouTube, senang tengok video terus :)
DeleteMacam ada plan juga nak beli air cooler. Nak letak kat kampung sebab bila musim panas memang panas ya amat. Susah nak lelap mata kalau panas ni. Ada baca juga air cooler memang kena rajin bersihkan. kalau tidak memang masalah bau tu ada. Tq share kak.
ReplyDeleteSama-sama :)
Delete