Jika berkunjung ke Taman Negara Pahang, Kuala Tahan, kita mempunyai banyak pilihan penginapan bergantung kepada bajet dan ciri-ciri keutamaan.
Kesemua penginapan ni berada di Kampung Kuala Tahan, kecuali Mutiara Resort (satu-satunya penginapan di dalam kawasan Taman Negara dan paling mahal).
Bagi saya dan suami, kami memilih untuk menginap di Tebing Guest House setelah membaca review baik mengenai tempat ini.
Pandangan hadapan Tebing Guest House, kemas dan menarik.
Penginapan ini dibuka pada Oktober 2016, kiranya masih agak baru. Tengok bahagian luar ni pun saya dah suka, nampak bersih dan landskap yang sedap mata memandang.
Bilik penginapan kami - Standard King Room berharga RM140/malam (buat tempahan di Agoda dan bayar masa sampai). Ruang bilik yang sederhana luas (muat untuk kami solat berjemaah) dan dengan dekorasi ringkas tapi menarik. Saya suka padanan warna yang digunakan. Paling utama bagi saya - kemas dan bersih!
Kemudahan membuat minuman panas disediakan. Malamnya kami berehat dalam bilik je sambil minum teh dan nescafe panas. Kalau nak lepak minum kat depan bilik (ada set kerusi meja) pun boleh.
Bilik airnya pun cukup memuaskan. Cuma satu masalah di sini - tekanan air di sinki dan salah satu paip di dinding yang sangat perlahan. Tapi ini bukanlah masalah besar bagi saya berbanding dengan rasa selesa sepanjang menginap di sini.
Subuh Yang Indah
Sewaktu bangun nak menunaikan solat Subuh, sambil menunggu giliran nak masuk bilik air...tergerak hati nak menjenguk langit di luar. Saya selak langsir dan membuka tingkap kaca bilik. Tepi bilik, ada tembok batu memang tak nampak sekitar. Saya dongak ke atas...Masya Allah, cantik sungguh langit gelap ditaburi bintang! Dengan pantas saya capai handphone...
Lepas solat Subuh, saya dan suami berjalan-jalan di luar kawasan penginapan. Menikmati suasana Subuh di kampung yang menjadi pintu masuk ke Taman Negara. Masa ni langit dah bertukar kebiruan, cantik pulak pokok Kekabu ni berlatarkan langit kebiruan.
----------------------------------------------------------
Walaupun harga bilik di sini saya dapati lebih tinggi berbanding penginapan lain di Kampung Kuala Tahan, saya rasa ianya sangat berbaloi dengan keselesaan menginap di sini. Sangat bersih dan lokasinya yang tak jauh dari jeti untuk ke Taman Negara (cuma perlu berjalan kaki beberapa minit melalui tepi sekolah). Staf pun baik melayan.
Jalan Sungai Deli, Kampung Kuala Tahan,
Jerantut, Pahang.
013-584 3476
Facebook : Tebing Guest House
Bersih & kemas kwsn hotel..cantik pokok kekabu bckground langit biru..
ReplyDeletecantik persekitaran guest house ni
ReplyDeletedana dah lupa dulu duduk kat mana kak, maklum dah lebih 10 tahun dah lupa hehehe... tapi cantik guest housenya... sesuai untuk suka keadaan tenang
ReplyDeletechantek dan menarik., rasa nyaman je dok dlm hutan kannn., ;p
ReplyDeletecantik, kemas dan bersih.. memang best..
ReplyDelete