Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini dilanjutkan sehingga 14 April 2020 banyak memberi kesan ekonomi kepada kita.
Yang bekerja sendiri atau pemilik perniagaan kecil, pendapatan mereka terjejas. Yang bekerja makan gaji secara gaji harian, memang pastilah tiada pendapatan. Yang bekerja dengan syarikat swasta, mungkin ada yang tidak menerima gaji sepanjang cuti PKP. Kalau dapat pun cuma gaji asas, tak cukup menampung keperluan. Pendek kata, ramai yang terjejas dengan situasi semasa.
Antara langkah yang diambil untuk membantu individu dan syarikat yang terjejas oleh wabak COVID-19, pihak kerajaan mengumumkan penangguhan pembayaran balik pinjaman selama 6 bulan, secara automatik.
TUAN RUMAH TAK PERLU BAYAR PINJAMAN, MAKA PENYEWA TAK PERLU BAYAR SEWA RUMAH?
Hmm...ada segelintir yang berfikir begini. Terlupa bahawa apa yang ditawarkan kerajaan bukanlah tak perlu bayar pinjaman, tetapi sekadar penangguhan bayaran. Tetap kena bayar.
Tetapi, tuan rumah dengan menggunakan budi bicara wajar memberi kelonggaran bayaran sewa kepada penyewa, sekiranya penyewa didapati menghadapi kesukaran kesan wabak COVID-19.
Antara pilihan yang boleh dibuat :
▪︎ pengurangan kadar sewa.
▪︎ penangguhan bayaran sewa.
▪︎ pelepasan bayaran sewa.
Tempoh kelonggaran? Bergantung kepada tuan rumah...satu bulan, dua bulan, atau lebih. Tuan rumah pun masih perlu duit untuk menampung kos penyelenggaraan rumah, bayaran cukai harta, bayaran cukai tanah dan lain-lain. Paling penting, tujuan rumah disewakan adalah untuk menampung kos sara hidup pemiliknya (dan mungkin itulah pendapatan utamanya).
Kesimpulan di sini, keputusan memberi kelonggaran bayaran sewa rumah adalah bergantung kepada situasi ekonomi tuan rumah dan situasi ekonomi penyewa. Perlu saling memahami dalam menghadapi saat sukar begini.
Antara pilihan yang boleh dibuat :
▪︎ pengurangan kadar sewa.
▪︎ penangguhan bayaran sewa.
▪︎ pelepasan bayaran sewa.
Tempoh kelonggaran? Bergantung kepada tuan rumah...satu bulan, dua bulan, atau lebih. Tuan rumah pun masih perlu duit untuk menampung kos penyelenggaraan rumah, bayaran cukai harta, bayaran cukai tanah dan lain-lain. Paling penting, tujuan rumah disewakan adalah untuk menampung kos sara hidup pemiliknya (dan mungkin itulah pendapatan utamanya).
Kesimpulan di sini, keputusan memberi kelonggaran bayaran sewa rumah adalah bergantung kepada situasi ekonomi tuan rumah dan situasi ekonomi penyewa. Perlu saling memahami dalam menghadapi saat sukar begini.
‐----‐---------------------------------------------
Saya menguruskan penyewaan sebuah rumah kedai (bukan milik saya), dan penyewa ada meminta pengurangan bayaran sewa disebabkan kesan COVID-19.
Memandangkan penyewa menjalankan perniagaan salun rambut di tingkat bawah (kedai), dan dalam situasi sekarang tentulah perniagaannya terjejas. Penyewa jugak tak pernah culas membayar sewa seperti dalam surat perjanjian (sebelum/pada 7hb. setiap bulan). Maka, wajarlah dia diberi kelonggaran.
Tuan rumah kedai bersetuju beri pengurangan kadar sewa dengan potongan 30% untuk April dan Mei. Juga bersetuju bayaran sedikit lewat (selepas 7hb.).
Penyewa yang bagus, tuan rumah pun mudah nak beri kelonggaran. Harmoni.
Alhamdulillah dpt tuan rumah yg baik..
ReplyDeleteBergantung kepada tuan sewalah
ReplyDeletekalau dapat pengecualian, Alhamdulillah
Setuju kak bergantung pada kadar ekonomi tuan rumah, kerajaan bg penangguhan bukan tak payah bayar... dana pun segala hutang bulanan dana byr seperti biasa tak nak nanti-nanti susah pula
ReplyDeletesemoga dipermudahkanNya dlam kita menempuhi ujian ini, aamiin
ReplyDeleteI hope my landlord baik hati kasi bayar lewat sikit.
ReplyDeletebetul tu.. ramai juga confuse dalam group wasep. tangguh bukan xyah bayar.
ReplyDeletemaksudnya dianjakkan..
kalau mampu bayar bayarlah..
ReplyDeletekalau tak mampu apa boleh buat..tangguh sehingga keadaan pulih..
semoga wabak ini segera berakhir