Semasa musim COVID-19 dan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berjalan, kita tak boleh terlalu memilih nak makan atau masak apa. Masak saja menggunakan stok bahan sedia ada di dapur.
Saya belek stok, masih ada satu pek perencah Nasi Briyani Maggi. Kebetulan memang dah lama tak memasak Nasi Briyani, teringin pulak. Nenas yang suami bawa dari ladang (tempat bekerja) pun ada, boleh buat pencuk (nama lainnya jelatah, acar).
Untuk kali ini, saya memasak Nasi Briyani menggunakan Philips Pressure Cooker (PPC). Selain tu, saya pernah juga memasaknya menggunakan rice cooker atau microwave. Kalau nak masak banyak untuk tetamu tapi PPC sedang digunakan untuk masak menu lain, maka saya akan gunakan rice cooker. Kalau nak masak sekadar untuk makan dua orang, saya gunakan microwave.
Bahan utama - satu pek perencah Nasi Briyani jenama Maggi. Satu pek ni dicadangkan untuk 4 orang (bersamaan 2 cawan beras), tapi selalu jugak saya buat untuk 6 orang (bersamaan 3 cawan beras) supaya rasa rempahnya berkurangan dan sesuai untuk anak kecil/orang tua.
Perencah ni saya dah gunakan sekian lama setiap kali memasak Nasi Briyani. Selalu juga menjadi hidangan untuk tetamu yang datang ke rumah, digandingkan bersama kari kambing atau ayam masak merah. Sebab ianya sangat mudah dan sedap!
Bahan-bahan untuk Nasi Briyani :
2 cawan beras basmathi (rendam ~15 minit)
1 pek perencah nasi briyani Maggi dijadikan pes
bawang besar potong dadu
hirisan isi ayam
kismis
badam
Disebabkan bawang dah tinggal sikit dan tak tau bila akan pergi beli, saya gunakan sedikit je tu. Kismis pulak terpaksa guna yang hitam sebab tu je stok yang ada. Saya lebih suka guna kismis kuning. Dan kali ni tak letak badam sebab takde stok.
Mula-mula kita On BAKE - CHICKEN untuk proses menumis. Masukkan sedikit minyak sapi (saya guna minyak masak biasa je), lepas minyak panas bolehlah tumis bawang besar. Kemudian masukkan hirisan ayam supaya ia digoreng sedikit kecut. Akhir sekali, masukkan pes Nasi Briyani Maggi. Tumis sehingga keluar minyak seperti dalam gambar.
Masukkan pula beras, kacau seketika bersama bahan tumis tadi. Kemudian masukkan air, sukatan ikut je paras untuk 2 cawan beras yang ditandakan dalam periuk PPC ni. Masukkan kismis dan badam (jika ada), kacau sikit dan off BAKE.
Sekarang kita nak masak nasi pulak. Tutup periuk, tombol SEAL. On STEAM/STEW → KEEP PRESSURE TIME (KPT) → tekan MIN. sehingga 7 minit → Start.
TIPS : Walaupun PPC ada mode Rice, tapi saya lebih suka guna mode Steam/Stew untuk memasak apa jua jenis nasi. Lebih cepat dan mengelakkan masalah berkerak. Tak kira banyak mana beras, masih sama set KPT kepada 7 minit saja.
Selepas sekitar 11 minit, PPC berbunyi beep. Off PPC untuk mengelakkan nasi berkerak dan biarkan tekanan dilepaskan secara automatik. Kalau nak cepat makan, boleh lepaskan tekanan secara manual. Beginilah rupa Nasi Briyani kita. Kacau nasi guna chopstick untuk mengelakkan beras patah.
Nasi Briyani saya kali ni dihidang bersama Ayam Masak Merah dan pencuk. Kalau tak buat pencuk, biasanya saya gantikan dengan salad dan tomato. Satu lagi yang kurang - papadom, tak simpan stok pulak.
Nasi Briyani ni masih sedap dimakan gitu je tanpa lauk, sebab dalam tu dah ada hirisan ayam dan kismis. Untuk 2 cawan beras Basmathi tadi, sesuai dimakan untuk 5-6 orang dewasa. Sebab beras Basmathi ni macam mengembang, jadi banyak. Kalau pakai beras biasa, 2 cawan memang cukup saiz hidangan biasa untuk 4 orang.
Wahhhhh sedapnya kak, sesekali tukar nasi yg biasa putih je
ReplyDeleteHihi...betul. lagi pulak time PKP ni memang hari2 memasak, bosan jugak sama je.
Deletebyk cara memaasak nasi - microwave, PPC & rice cooker...saya pun suka nasi beriani yg rempahnya mild, tak heavy..sedapnya..
ReplyDeleteByk cara memasaknya...tinggal rajin atau tak je nak buat :D
DeleteSedap ni kak ujie... Bukan esher2 ni..boleh lah mintak cik abg bli perencah ni..
ReplyDeleteTapi bahaya..jadi makan banyak la pulak. Haha
Deletesemua nampak sdp bila tgh craving mcm2 ni
ReplyDeleteBetul sangat.. :D
Deletemudah kan ada pressure cooker. jadi rajin nak masak kalo ada sbijik..
ReplyDeletemula nak buat macam2 menu =D
Mmg memudahkan kerja2 dapur. Dan bila dah ada, wajib rajinkan diri utk guna..kang membazir pulak dah beli :)
DeleteHusband pun ada beli time awal2 PKP hari tu. Tp belum buat lagi. Tengok ni terus rasa nak buat. Hehehe.
ReplyDeleteSelamat menjamu selera!:)
Deletesemua pressure cooker boleh guna utk resepi ini ke? baru nak beli satu yg baru tapi tak tau nak beli jenama noxxa atau pun pressure cooker la gourmet ni
ReplyDeleteResepi sama untuk mana-mana PC. Tapi cara guna (nak tekan button apa, masa memasak), tu berbeza bergantung kepada model PC yang kita pakai.
Delete