Wednesday 1 April 2020

Penulis Novel Kegemaran | Tere Liye

Selain Ramlee Awang Murshid, saya turut menggemari hasil karya seorang penulis Indonesia - Tere Liye. Saya mula 'berkenalan' dengan karya penulisan Tere Liye melalui novel Rindu, sekitar tahun 2017. Selepas itu saya menjadi benar-benar 'rindu' nak membaca semua karya yang dihasilkan beliau, dan mula menjadi pengumpul koleksi novelnya.

Koleksi karya Tere Liye milik saya buat masa ini, ada 18 buah. Dan masih banyak lagi yang belum saya miliki dan baca. Semua ni novel, kecuali Dikatakan Atau Tidak Dikatakan Itu Tetap Cinta merupakan kumpulan sajak. Ajaibnya, saya bukan peminat sajak tapi kali ini boleh suka dengan sajak-sajak beliau.

Menariknya karya Tere Liye, tema ceritanya pelbagai. Menjadikan saya tak bosan membaca setiap novelnya. Kisah perjuangan hidup, politik, cinta, konflik diri, agama, inspirasi, fiksyen sains, fantasi dan humor semuanya diolah dengan sangat menarik.

Kalau ditanya mana satu novel Tere Liye yang best dibaca? Boleh saya katakan semua koleksi yang saya miliki di atas memang best dibaca. Kecuali satu saja yang saya kurang terasa nikmat sewaktu membacanya - Berjuta Rasanya. Dan kalau ditanya novel mana satu untuk saya cadangkan bagi pembaca yang pertama kali mahu 'berkenalan' dengan karya Tere Liye? Jawapan saya - novel Rindu. Itu jawapan saya, berdasarkan minat saya.

Novel bersiri genre fantasi dan fiksyen sains yang sesuai untuk remaja. Tapi saya yang 'remaja purba' pun sangat meminati novel siri Bumi ni, sentiasa ternanti-nanti novel sambungannya.


Tere Liye...Bukan Nama Sebenar
Ramai yang menyangka Tere Liye itu seorang wanita berdasarkan nama. Hakikatnya, beliau adalah seorang lelaki dengan nama sebenarnya Darwis. Menariknya, beliau adalah seorang akauntan dan menulis novel hanya sebagai hobi.

Beberapa karyanya juga pernah diadaptasi ke filem - Hafalan Shalat Delisa, Moga Bunda Disayang Allah dan Bidadari-Bidadari Surga.


Ada sesiapa geng saya - peminat karya Tere Liye? 🙋




12 comments:

  1. Wah!Peminat novel rupanya. Saya pula minat tulisan Pramoedya Ananta Toer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pramoedya...tau nama penulis ni, tapi belum pernah baca karyanya. Mesti best jugak.

      Delete
  2. wahhh rajinnya kumpul. ray kecewa last time sbb terlepas a few series lepas tu terus merajuk tak nak beli yg series dah XD.

    ReplyDelete
  3. wow..ulat buku masih ada lagi zaman now..

    hahaha nampak rare juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa..tu pun minat dah 'cair', byk sgt gangguan media sosial.

      Delete
  4. masa PKP ni makin rajin membaca buku sbb ada masa terluang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sgt, membaca membuatkan kita 'berjalan merata', walaupun cuma duduk di rumah :)

      Delete
  5. rajin membaca ye. penulis tu nama hindustan tu.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah baca lagi hasil tulisan beliau.. teringin nak baca siri Bumi tu..

    ReplyDelete
  7. Kt mana sy bole dptkn buku tere liye tajuk bintang? Ada 9 buku untuk complete kan. Yg sy dpt cuma 3 je bumi, bulan dan matahari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf baru perasan komen awak, sekarang dah boleh beli di Shopee : tokobukutereliye.my
      Setakat yang saya tau sekarang ada 14 buah buku dalam siri ini. Mungkin juga sudah bertambah 😄

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****