Monday 2 March 2020

M Selepas M

Lakaran sejarah negara pada 1 Mac 2020...


Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8, selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad.

-------------------------------------------------

Saya tak mau mengulas tentang isu politik, kerana saya sendiri tak memahami keributan yang berlaku. Apa pun, Alhamdulillah...proses peralihan kuasa berlaku dengan aman.

Berkenaan dua tokoh pemimpin ini, saya memiliki dua buah buku yang berkaitan khusus tentang mereka :

Buku DOKTOR UMUM - Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya masih belum berjaya menghabiskan bacaan walaupun setelah sekian lama. Sekarang dimuka surat 408. Saya ambil masa sebab perlu baca dengan perlahan untuk memahami setiap kejadian yang diceritakan. Lagi pulak, saya baca beberapa buah buku dalam satu jangka masa, bergantung kepada mood. Hahaa..masih nak bagi alasan ya!


Buku MUHYIDDIN - Kesinambungan Perjuangan Bermartabat. Sebuah buku lama kepunyaan Allahyarham Bapak saya, tercatat tarikh (tulisan tangan Bapak) '30/5/93' pada muka surat pertama buku. Masih belum saya baca, tapi tetap menyimpannya dengan niat akan membacanya. Atau sekurang-kurangnya sebagai kenangan saya kepada Bapak.


Ya Allah, rahmatilah tanah air kami yang tercinta ini...


10 comments:

  1. dana pun sama kak, takmo nk ulas panjang sbb tak paham sangat psl keributan di akhir bulan februari, banyak sangat cerita sampai tak tau nk percaya yg mana 1.. dana pun ada buku tun m tuh, dana ada buku BM dan BI, mula-mula beli buku BI lepas dha kuar buku BM dana beli, tapi bila abah nampak buku yg BM tu abah mintak... kita pun bagi lah, sudahnya buku BI tu terkulat-kulat nk abis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus abah Dana nak baca buku tebal gitu ya.

      Yg BM ni pun kdg berulang ayat akak baca sbb nak pahamkan. Kalau BI..mmg ke laut la akak..hahaa

      Delete
  2. selamat membaca..ooo..ada buku ttg TS Muhyiddin..bagus ni..

    ReplyDelete
  3. Mudah2an kemelut politik negara segera berakhir

    ReplyDelete
  4. mugo negara akan tatap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.. aminn

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkan urusan pemerintahan Malaysia.. alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. Bagus jugak buku ni.. Library kami mencari buku-buku mengenai PM8 ni.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****