Wednesday 31 July 2019

Koleksi Khas Pos Malaysia Sempena Hari Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong Ke-16

Ada peminat setem kat sini? Kalau ada, kita geng! Walaupun saya dah tak aktif mengumpul setem (disebabkan susah nak dapat koleksi setem terpakai), tapi hati ni tetap teruja bila nampak setem keluaran khas Pos Malaysia.

Sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI pada 30 Julai 2019, Pos Malaysia mengeluarkan koleksi khas berikut :

Setem 60sen

Setem 80sen

Setem RM1

Lembaran Mini - RM5

Sampul Surat Hari Pertama (First Day Cover) dengan Lembaran Mini - RM5.50

Sampul Surat Hari Pertama (First Day Cover) dengan setem - RM2.90


Koleksi khas ini mula dijual mulai hari ini 30 Julai 2019 di pejabat pos atau secara online di https://www.eziemall.com/. Saya sudah pun membuat belian secara online untuk Lembaran Mini, tapi tak beli setem sebab dijual dalam kuantiti yang banyak (lembaran setem 16 keping untuk setiap setem 60sen, 80sen dan RM1). Kalau di pejabat pos mungkin boleh beli kuantiti sedikit.

Kepada peminat setem kena dapatkan cepat koleksi khas ni sebab saya jangkakan ianya menjadi koleksi yang sangat laris. Lambat...habis!

8 comments:

  1. Koleksi setem yang perlu disimpan oleh peminat2 pengumpul setem.

    ReplyDelete
  2. alamak..kena beli ni...almaklumla...orang pahang kannn...

    ReplyDelete
  3. wahh menariknya nih.. hrp2nya ada lg lah kt pos opis bawah ni nnti

    ReplyDelete
  4. Hehe.. Dulu2 je mengumpul. Skg tak kumpul da..🙈🙈

    ReplyDelete
    Replies
    1. normal tu..keutamaan dan gaya hidup dah berubah :)

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****