Wednesday 10 July 2019

Buah Tiga Rasa : Laici + Rambutan + Durian

Saya mula mengenali buah ini melalui perkongsian ahli grup Facebook Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri, terus rasa teringin nak makan. Tapi apakan daya...jika di negara kita, buah ni terdapat banyak di Sarawak. Dan ianya buah bermusim, bukan sentiasa ada. Boleh je kalau saya nak minta adik yang menetap di Sarawak untuk pos buah ni, tapi tak perlulah menyusahkan dia sebab belum tahap mengidam pun kan. Haha!

Allah itu Maha Mendengar dan Maha Tahu. Minggu lepas, suami balik kerja dengan membawa beberapa biji buah ni. Pemberian kawan yang baru balik dari Sarawak. Alhamdulillah...bolehlah buat saya merasa.

Inilah rupa buah MATOA / buah KRISTAL. Juga dikenali dengan nama lain - buah kasai, buah ketuk, longan kristal, pometia pinnata. Mungkin juga ada nama lain mengikut tempat masing-masing.

Menurut info, pokok buah Matoa berasal dari negara Papua New Guinea dan ianya tumbuh liar. Jika di Malaysia, ia terdapat banyak di Sarawak. Dan kini sudah ada yang mula menanamnya secara komersial di Semenanjung Malaysia, tapi belum meluas jadi kita pun tak jumpa buah ni dijual di sini.


Saiznya sederhana, tak besar dan tak kecil. Bentuk agak lonjong. Kulit berwarna gelap dan keras. Tapi bukanlah terlampau keras, saya cuma tekan sedikit buah ni di meja (atau di mana-mana permukaan kukuh) untuk membuat ia merekah dan mudah dibuka.


Inilah rupa buah Matoa / Kristal. Rupa macam buah laici. Bila saya makan, terasa macam makan buah laici dan rambutan. Dan ada sedikit macam rasa durian. Eh...sebiji buah dengan tiga rasa sekaligus! Tahap kemanisannya sederhana. Ok, sedap!


Gigih sangat kan...tengah-tengah ngap pun sempat ambik gambar nak tunjuk ketebalan isi buah. Haha! Maklumlah, pertama kali makan buah ni dan bukan senang nak dapat. Isinya agak tebal dan bijinya macam rupa biji durian.


Tak lengkap cerita kalau setakat tunjuk buah, kita tunjuk rupa pokok Matoa pulak. Pokok ni dah ditanam tak lebih dari 3 tahun, masih belum berbuah. Tentunya bukan pokok saya lah, lokasi tak dapat diberitahu. Cukuplah untuk kita tengok dan tahu beginilah rupa pokok Matoa. Ianya akan membesar dan tinggi lagi.


Close-up rupa daunnya.

Sekarang tengah musim buah Matoa / Kristal di Sarawak, kot yang ada yang ke sana bolehlah cari buah tiga rasa ni. Selain berbentuk lonjong seperti yang saya makan, ada juga yang berbentuk bulat. Tak pasti rasanya sama sahaja atau ada beza. 


9 comments:

  1. Tak pernah jumpa lagi...tapi nampak macam buah mata kucing versi lonjong aje tu.

    ReplyDelete
  2. Kat nerseri2 di sini dah ada jual benihnya
    Orang panggil longan kristal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh minta contac no org yg jual benih tu?

      Delete
  3. buah ni mudah di jumpa di indonesia dan sarawak juga, pernah nampak org tanam pokoknya di sini... tp masih tak banyak lg... nk jumpa org jual kt psr tani or pasar malam mmg takde lah

    ReplyDelete
  4. Tak pernah jumpa lagi buah ni.
    Sedap tu.. 1 buah ada 3 rasa.

    ReplyDelete
  5. Unik tu ujie sampai ada 3 rasa.teringin jugak nak cari kot ada jual tu.

    ReplyDelete
  6. unik nyer.
    indah ciptaan Allah.
    tak dpt plak merasa ekk.
    jauh nun di seberang lautan.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah....tunggu masa untuk petik sahaja...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****